Pages

Salam

Islamic Calender

3 hari 3 malam

Assalamualaikum..

Cam pelik saje bunyi 3 hari 3 malam. Yang pastinya 3 hari 3 malam tu sungguh terisi.walapun perjalanan mengambil masa 2 malam, bees tak kisah. Janji dapat jumpa hubby. Hehehe...rindu sangat walau baru seminggu terpisah.
Hari sabtu pasgi kami pergila ke Queensbay. Ingatkan nak ke Jusco, tapi....amboiii mak aihhh..ramainya umat manusia. Da macam semut jumpa gula. Baru sampai susur da jam, tu belum nak masuk lagi & parking. Bila sampai giliran nak masuk, tiba2 ada orang letak kon n trus je tutp jalan tu..Bengang btul la..Apa yang boleh dibuat cuma cari parking lain..Tapi....punah harapan..sumer tempat penuh n sesak. Akhirnya buat decision kuar dari tempat yang sempit dan huru hara. So pusing-pusing lagi..Ntah da sampai mana-mane saje..
hubby: kita pegi the mall je lah. Tak ramai orang rasanya.
bees: errmmmm ok juga..minta-minta tak sesak la..
Sampai kat luar tu x de la nampak sesak sangat. Bila time nak parking, penuuhhhhh...Dari satu level ke satu level. At last sampai kat level 6a. Akhirnya jumpa parking. Tapi tempat parking pertama tu punya la sempit. Dia orang parking senget. 2 petak untuk 1 kenderaan. Apa punya manusia da..Tamak tul. Setelah berpusing 2 kali pada level yang sama dan tempat perking pun sempit last skali pusing kat hujung. Alhamdulillah dapat juga parking yg ok..
Pusing2 dalam pasific n melilau cari barang.. Tak jumpa jua. So shoping benda lain la..Sebelum balik sempat beli udang, sotong n sikit sayur. Esok nak masak untuk hubby. Masak guna dapur tuan rumah. Lain macam je bila guna dapur orang lain sebab da biasa dapur kat umah sendiri. Tak kisah la, janji masak untuk hubby esok tengah hari.
Pagi Ahad tu kami pi tengok umah sewa hubby yang baru. Alhamdulillah, dekat sikit ngan tempat kuliah. Kejiranan pun semua melayu. Pun rasa riuh je sebab keliling sumer orang da berkeluarga, so tak sunyi la. Rumah tu sebelum ni ada kawan dia sewa, nak keluar hujung bulan ni. Sampai saje, wife kawan hubby da siapkan breakfast. nasi lemak n ayam goreng. Langkah kanan la tapi member hubby tak sangka pkak bees ada so kira sesi perkenalan la. Wife dia dulu student UTHM. Skang ni sambung master kat USM sama ngan hubby dia. Pas abih ni member hubby balik semula ke Lumut sambung keja. Kalo tak silap ngan TLDM kot. Pas abih sembang sumer kami pun balik semula kerumah. Bees ada misi, nak masak..hehehee. Masak 2 jenis je. Sotong kembang sambal ngan sayur kacang buncis goreng. Keja senang je tu. hehehe..Sementara bees masak, hubby tolong sidai baju. TQ yang. Nak trus makan hubby kenyang lagi, so berehat sambil tengok tv je la.
Lepas zohor baru makan n petang tu truskan plan nak pi bukit merah. Saja jalan-jalan diwaktu petang. Syok juga bila idea tiba-tiba ni datang. Jalan-jalan keliling tasik, pi urut kat kerusi urut, tengok-tengok gelagat orang yang datang, makan ice-cream, beli souvenir sikit n balik. Tak boleh balik malam-malam sebab malam ni nak balik BP. Tiket kul 10.30 malam. Lepas Isya' bertolak pi bus stand. Ternampak pula kedai jual tudung so apalagi beli sehelai untuk diri sendiri n sehelai untuk MIL. Oleh sebab masih awal so hubby ajak makan kat pizza hut. Kul 10.10 beredar dari pizza hut n tunggu bus datang. Jam 10.30pm bus pun sampai. Rasa sayu je nak tinggalkan hubby sorang-sorang kat sane. Air mata jatuh lagi, tapi sempat juga cover ngan baju sejuk. lagipun disebabkan dapat duduk tepi tingkap so dapatlah lambai sampai bus bergerak. Miss u yangg..
Alhamdulillah, perjalan bees di pineng sangat sempurna. Bees sangat gembira n bahagia. Terima kasih Allah. Terima kasih khalid isa. I love u so much.
see ya on next trip.
Wassalam.

Bertandang kat rumah sewa

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sampai sudah kat rumah sewa hubby at nibong tebal. Semalam gerak dari batu pahat jam 7.45 malam. Transit kat Yongpeng. Lama juga menunggu. Jam 8.45 malam teruskan perjalanan k utara. sampai di butterworth jam 3.30 pagi. awal 1/2 jam dari jangkaan.
Kenape bus stand butterworth bukan p.buntar. Disebabkan cuti krismas maka tiket da abih. Last choice ialah butterworth..tak kisahlah, walaupun agak jauh dari n.tebal bees tetap nak pi..sampai umah sewa hubby jam 4.00 pagi..so kemas2 n zzzzzzzzz...hehehe..will update later..

Perginya tak kembali

Assalamualaikum..

Rasanya post ini agak lewat bees upload. Sibuk sikit sekembalinya dari cuti. 3 hari cuti, banyak urusan yang tertangguh.
Minggu lepas, tanggal 9 Muharram my BIL yang sulong telah kembali menemui pencipta-Nya. Mengikut doktor punca kematian adalah disebabkan spontaneous brainstem bleed. Arwah dimasukkan kehospital jam 5 pagi di HSA pada 8 Muharram. Pagi tu bees n MIL bergegas pi HSA. Tapi hanya dapat masuk ICU jam 1.30 - 2.30pm saja. Itupun sekejap je sebab tak boleh masuk ramai2. 2 orang sahaja dalam satu masa. Then kul 4.30 - 6.30 utk sesi petang. Bees menunggu En. suami sampai di HSA jam 8.30 malam.
Malam tu en.suami n bees balik BP sebab bees ada appointment kat HBP kul 10.00 pagi. Pas abih check-up kami gerak semula ke HSA sebab dapat panggilan yang mengatakan keadaan arwah dah semakin kritikal.
Jam 4.15 petang kami sampai. Dapatlah membaca yassin n en.suami duduk di sebelah BIL sambil mendekatkan mulutnya ke telinga. Sambil kumat kamit membacakan kalimah Allah, bees masih lagi trus membaca yassin. Bees tengok wajah kak long yang sugul n nampak titis air mata semakin laju.
Jam 5.05 petang BIL menghambuskan nafas yang terakhir diatas katil dikelilingi oleh adik beradik yang lain,adik2 ipar serta isteri dan anak-anaknya. Bila doktor dah sahkan bahawa BIL dah tiada, bees lihat kak long dah tak dapat tahan air mata. Serta merta menangis dihadapan yang lain. Anak sulong kak long apatahlagi. MIL sangat tabah, redha dengan pemergiaan anak sulongnya.
Keesokan harinya jenazah selamat dikebumikan di Bukit Alip, JB. Semoga Rohnya dirahmati Allah. Al-Fatihah.

Hari ke 14

Assalamualaikum..

Aku rindu. Makin hari terasa sunyi. Walaupun setiap hari berhubung, tapi tak sama bila ada disisi. Rasanya sudah lama x jumpa walau baru menginjak 14 hari. Banyak yang mahu diluahkan, tapi hanya di telefon .x sama bila berjumpa. Sunyii..

Jojo & Junior

Assalamualaikum...

Petang tadi pi kemas-kemasrumah. Lalang da tumbuh tinggi, sib baik bawa cangkul. dapatla buang rumput-rumput yang tak diingini. Paling susah nak buang lalang. Pastu siram pokok & boh baja. Tengok daun da mula kuning, bunga masih ada ada satu lagi dahan da mula keluarkan kuntum. Masa nak kluar rumah, sempat ambik arang & sabut kelapa yang dah lama. Panas terik mungkin sebabkan pokok tu kurang skit. Masa bees sampai pun dah kul 12.30 tgh. Lewat skit kluar sebab masak dulu. senang skit bila semua da siap.
Jam 2.00 dah siap kemas2 skit umah tu, so bleh la balik. Masa kluar rumah MIL tadi, sumer anak kucing ada dalam umah. Apa lagi, si Jojo memang tak berapa suka. Berbulu dia tengok bila ramai2 dok dalam rumah. Walaupun jojo memang penuh ngan bulu tapi lagi la berbulu bila anak2 kucing tu berkeliaran dalam rumah. Jojo memang tak suke sebab semua kawasan dalam rumah adalah kawasan lepak dia. Marah betul ngan anak2 kucing sekalian sampai dia lempang2 yg lain-lain. Bila buat camtu tak jalan, so berlakulah mogok. Mogok tak nak masuk rumah. MIL plak yang risau. Ni kes jadi kucing kesayangan la. Apa nak, sumer dapat. Kadang2 bees tak tahan, biarkan je x nak layan tapi still ada yang back-up.
Tengoklah gelagat mereka semua bila weekend..Merdeka sungguh...



Hahahaha..bila masa tido dia diganggu..


Muka ketat. Suke bila kacau dia tido..mesti menggigit n cekau tangan bees


Bila jumpa kotak, mesti nak gigit & jadi tempat persembunyian..Lagi teruk bila jumpa tissue dapur..1 or 2 gulung pun boleh habis di gigit. Tu belum lagi tissue kotak, habis lunyai digigit.


Anak kucing paling malas. Pas makan mesti tido. Sebab tu badan dia besar skit, nasib baik tak obbess.


Berehat seketika selepas mengemas sofa kat depan. Musuh ketat Jojo. Semalam da kena lempang ngan Jojo.

Hari Kelima

Assalamualaikum..

Pejam celik, pejam celik da 5 hari hubby x de. Rasa cam da lama sangat. Bila agaknye dapat jumpe. Minggu depan x pasti lagi bleh jumpa x, sebab ada kerja..errmmm
Tapi minggu ni nak post sandwich yang bees buat untuk hubby. Masa hubby nak pi aritu, sempat bekalkan nasi lemak & sandwich. Nasi lemak x sempat plak nak snap. Tower sandwich ni memang feberet hubby. Nak buatnya pun senang, tak de la amik masa lama sangat. Kalau nak kemana pun, samada pi jenjalan or cuti-cuti malaysia mesti dia soh buatkan. Suka tengok bila hubby suka makan.


Tower Sandwich yang condong.

Hari ke empat_part1

Assalamualaikum..

Harinih, da masuk hari keempat hubby pi..ermm terasa sunyi bila dok sorang2. Biasanya ada orang tido kan, skang nih pandai2 sendiri..Bila tido, mimpi yang bukan2 je..Nak kata x bace doa, x de plak. Baca sampai tertido ada la. Errmmm cepatla hubby habis blaja..
Niat hati nak turun weekend nih, MIL plak ajak pi jemputan kawin umah sedara kat JB. Nak turun minggu depan, ada keja plak sabtu ahad tu..errmmm nak pi minggu lagi satu cam dah dekat sangat ngan cuti krismas. Tak boleh ke hubby wat keja kat sini je???:C
Ada orang sarankan cuba mem'bizi'kan diri, mesti kurang sikit rasa sendiri. Rasanya da sibuk dah. Kat umah pun wat keja jugak..Entahlah..

p/s: Walau tiap-tiap hari telefon, tak sama bila ada depan mata.. Rindu sangattt...wwaaaaaa

1st day

Assalamualaikum..

Arinih balik keja, sorang, sampai umah tinggal berdua je kat umah ngan MIL..Nak tido, sorang2 juga..solat pun sorang2...errmmm...

Hari ini saja

Assalamualaikum

Hari ni da masuk 29 november, esuk 30 november. Saat dinanti tiba jua. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kamu. Amin.
Air mata menitis ke pipi, semakin lama semakin laju bagaikan bah di tengah sawah. Tiada apa yang dapat kuberikan, hanya doa yg termampu ku lafazkan mengiringi pemergianmu. Masih jauh lagi perjalanan itu yang harus ditempuh, sabar itu adalah pakaian dan taqwa itu adalah makanan.

....

Gambang Water Park Kuantan picture_part 2

Assalamualaikum..

Bilik hotel yang kamu duduk


Besttnyeee bila da penat jalan jauh n inilah yang ditunggu-tunggu


Sambil aring bleh la tengok tv


Bersihhhh


Skodeng pemandangan indah dari bilik. kalau pagi-pagi lagi best..

wassalam..

Gambang Water Park Kuantan picture_part 1

Assalamualaikum..

This Time nak letak gamba sekitar kat Gambang Water Park


Landscape kat pintu masuk


Beli tiket dulu


Tayang bracelet gambang


Bees pulak nak tayang bracelet..siap ada barcode...


nampak dari luar..wahh

Penulisan Buletin_KL_Sakinah

Assalamualaikum..

Letih skit arinih. Setelah 2 hari menghadiri kursus penulisan buletin, rasa cam banyak je bende nak buat. Moga2 apa yang diusahakan bakal terhasil dengan jayanya. Syukur alhamdulillah. Usai kursus jam 4.45 petang. trus balik opis n buka e-mail serta setelkan kerja tgh ari tadi. Balik opis sempat juga buat kerja yang tertunda masa kursus ni. walau masa rehat, tapi x kisah la kan. Tak kan la nak berkira sangat. Jam 5 harus pulang sebab mahu segera ke KL atas urusan hubby. So balik rumah dulu n buat apa yang patut. Jam 6.45 gerak dari rumah n tiba jam 9.30 malam. Sign la apa yang patut n gerak semula ke BP jam 1 pagi. Sampai di BP jam 4.30 pagi.
Pagi pergi kerja seperti biasa..Hari ni sambung kursus lagi..Waduuhhh mata ni udah mau rabakk menahan mengantuk. Mana x nye, slot pertama agak mendatar n suara pun kurang 'power'. Mana taknyer, kejap dekat ngan mic, kejap jauh ngan mic...Tajuk yang dibawa menarik, persembahan plak kurengg..Sib baik ada sudoku, bleh la layan sambil mendengar. Second slot, cerah biji mata. Penyampaian diselitkan dengan persembahan yang sangat menarik hingga x de rasa bosan..akhirnya jam 12.30 selesai.. Ini bermakna dapat la bees berehat sekejap..haha.

Semakin menghampiri

Assalamualakium..

Saaat-saat yang semakin menghampiri, terasa sekejap saja...Setiap hari kurasakan masa berputar bergitu cepat. Tapi itulah manusia, sepeti tidak bersyukur. Bila Allah memberi ujian yang sedikit ini, terasa seakan-akan ditarik semuanya. Dalam hati, Bees bersyukur sangat sebab masih diberi peluang menikmati bahagia bersama orang yang disayangi. Ya Allah, kau tabahkan lah hatiku dan dekatkanlah hatiku pada-Mu selalu.

Cinta Kita

Assalamualaikum..

Lagu ini khas ditujukan untuk mr hubby..Luv u so much..


p/s: suka dengan liriknya. video clipnya penuh emosi.

Menghitung hari



Assalamualaikum..

Apa agaknye yang bees hitung eh..wwaaaa.. rasa nak menangis. Tak sampai 1/2 bulan je lagi. Hari yang dinanti bakal tiba. Aku kena redha. Pengorbanan yang agak besar aku harus lakukan pada tahun ini. Mungkin bagi sesetangah orang itu hanya perkara kecil. Hati ini saja yang tahu. Ketawa tapi pedih rasa hati.

Gambang_Part 1

Assalamualaikum..

Pertamanya syukur kehadrat Allah kerana Allah masih lagi memberikan bees kegembiraan yang berterusan. Minggu lepas bees pi bercuti kat Gambang Resort, Kuantan. Sebelum hubby pi belaja, ni la last vacation utk end of year 2010.
Bees gerak Gambang jam 11.30 pagi, 12 november 2010, hari jumaat. Bees bawa bekal sandwich atas permintaan en hubby. Oleh sebab ari jumaat so hubby berhenti kat area chaah utk sembahyang jumaat. Jam 2.15 baru gerak semula ke Kuantan. ALhamdulillah perjalanan amat lancar. Kami check-in jam 5.00 petang. Agak lewat sedikit. Kata hubby kalo sampai awal bleh jalan2 tgk apa yang ada kat situ..


Entrance ke wet world Gambang..sebelum masuk kena beli tiket dulu..pastu Top-up gelang guna duit n bila kat dalam scan saje..Kena masukkan duit banyak skit..senang nak membeli..Kalau x cukup kredit, kat dalam pun ada kaunter untuk top-up..Dah macam handphone plak..


Ni kat entrance..Sape nak naik untuk keliling blok kena bayar...


Ariel view. Di dari balkoni bilik..Pembangunan yang sedang dijalankan untuk tambahan apartment yang ada..


eeee..x sabarnye nak mandi manda..Dari jauh tenguk pun da best, inikan pula bila da sampai nanti...wooohoooo..


Kat dalam lif nak check in bilik..

K lah..x larat nak bebel lagi..See me again on next post..

Wassalam

Sangat zalim

Assalamualaikum..




Baru buka fb, tiba-tiba ada video yang telah di post oleh seorang rakan. Siat kulit hidup-hidup. Ingatkan apa la agaknya, rupa-rupanya siat kulit haiwan yang masih bernyawa..Sedih betul tenguk..manusia jenis apa la agaknya. Ingat, haiwan tak reti rasa sakit ke..Bila wang yang dicari, rasa belas dan kasihan dah tak ada lagi. Pastu pukul camtu je, betul-betul menyeksa. Baik sembelih, kira beradab la sikit.. Tak kisahla binatang apa pun, dia tetap makhluk ciptaan Allah yang perlu dihormati..Tak faham.. Yang buat camtu elok dipanggil binatang..gerammm..

Nangka Mastura

Assalamualaikum..

Masa bulan puasa yang lepas ada balik kampung. Masa nak balik tu emak bawakkan nangka. sangat besar n berat. Alhamdulillah, rezeki drpd Allah sama- sama dibahai-bahagikan. Bawak balik umah MIL n buat buka camtu je n buat la pengat. Ada baki lagi, errmm
bees:" bagi kat org surau sikit boleh x mak?"
MIL:" boleh, daripada tak habis makan. "



lebih kurang 17kg. berat tuuu...


isinya besar, kuning n sangat mengiurkan...

Kenangan bowling JPS

Assalamualaikum..

Terlihat dalam file picture, ehhh gamba nih cam belum masukkan lagi. errmmm arituh upload kat mane eh???oooo FB...ok lah bees nak upload plak kat sinih..ingatkan nak upload pic masa hubby dok kat belakang ngan arwah jaja, tapi rasa x elok plak...ermmm masukkan la sikit daripada x ada kann...Game nih kalo x silap bulan julai yang lepas..sebab pastu sambut birthday bees.. Alhamdulillah, rezeki game aritu dapatla kongsi ngan kawan2 boling ..



bersama ngan ketua pusat kokurikulum sukan dan kebudayaan uthm. Tak sangka dia turun untuk memantau anak2 buah. sib baik turun game pagi tu, kalo x susah nak menjawab dik oiii..



muka-muka kegembiraan selepas penyampaian hadiah. Terima kasih untuk team ladies. walaupun k.long x de sebab kena kena kerja kat putrajaya, your spirit is with me...Next year kita buat lagi ye utk single, double n 4some..TQ to my beloved hubby for support me. Thank u Allah because i have u. muahhh..

Semerah Ros & Raya

Assalamualaikum..

Ros wangi, raya cantik. Sekarang bunga-bunga yang dahulunya amat susah untuk dijumpai kini telah banyak dijual. pegi saja nursery, ada berbagai2 jenis. dari yang kecil hingga yang besar.

' ye adik, ada banyak jenis bunga. Nak yang besar@kecil, tebal @ tipis, asli@ kacuk bla..blaa..'

inila seringkali perkataan yang didengari. Apapun, lama dah x pi nursery. Bunga yang ada kat rumah pun banyak yang da mati. Ada juga yang semakin besar dan menyenangkan hati. hahaha..best bila tengok pokok yang ditanam hidup subur dan berbunga banyak.

Bunga ros ada banyak warna, ape pun bees suka warna merah terang. Macam yang asli(kampung). Kalau ros cameron bees x berapa suka sebab susah nak jaga. Umah bees panas skit, so susah nak idup. ada beli beberapa kali tapi sumer mati. Bunga dia memang cantik. Lebih-lebih lagi bila bunga dia banyak.

Kalau bunga raya, takat ni x banyak jenis. cuma ada kalo x silap 3 jenis. bunga raya kampung, kacuk tipis & kacuk tebal...Ntah betul ke idak bees menyebutnya ni. Yang penting, pokok yang dimaksudkan adalah bunga raya..hahaha..sajee jee..

Nih bees ada attachkan bunga yang ada..



bunga raya jenis tipis n besar



bunga raya jenis besar dan tebal. Warna oren. suka tengok bila balik kerja.



Ini bunga ros kat umah emak bees. kat umah MIL tak berapa jadi la..



Ini pula bunga dahlia. MIL suka bunga dia. sangat cantik dan besar. Ada 3 jenis lagi yg x upload..tengah mencari failnya dimana???

Bahang Deepavali 2010

Assalamualaikum..

Salam semua, semoga sihat sejahtera hendaknya. Semalam balik kerja singgah jap pi carefour, beli barang skit. Masa nak masuk CF ternampak pula ada kawasan yang telah dipagar. Betul-betul kat tengah pintu masuk pasaraya CF. Sempatlah bees snap. Teringat, tahun sudah ada amik. Apa salahnya tahun ni amik lagi kan..cantik juga, cuma tahun ni design kurang menarik skit. so simple. tapi kalo suh bees buat memang jadi bentuk lain la. hahaha x nak sebutla ...







Minggu yang agak bercelaru

Assalamualaikum..



Minggu ni kepala banyak sangat nak fikir..itu,ini,situ, sini..blaa..blaaa.. pehh..sakit kepala datang semula..ingatkan cuti sabtu ahad dapat la rehat bersama sicomel-comel kat rumah...nak tengok gelagat budak berempat main kejar2 n panjat2..seronok tul... bleh la rehatkan minda jap...ermmm tapi sumer angan2 belaka..apa nak buat kannn..ermmm termenung lagi n dada da rasa sakit je..

Kuching & Kucing

Assalamualaikum..

Sama je bunyi dia kan..K.U.C.H.I.N.G & K.U.C.I.N.G. sama tapi x serupa. Satu bleh jalan2 minta makan, minta dimanja, suka memanjat, suka masuk kotak & satu lagi x bleh gerak mana, tunggu orang datang n yang paling penting dia ada satu je..


haaa..inilah kuching yang bees bg tau tadi...kannnn x bleh nak jalan or dimanja..kehh..kehh..ini la first time bees sampai ke kuching. Pi kuching pun atas sebab pi bersukan. Pertengahan bulan 6 2008. 1nd time bersukan untuk acara bowling..gegel beb masa nak pi sukan ni. bukannya pernah masuk game besar2 pun. Kalo takat MSSD pernah la, tapi rasa tak segugup masa nih..kah..kahh..Pengalaman pertama yang mengajar banyak perkara pada bees. Betapa pucatnya muka n takut masa game sampai pegang bola pun takut2. Hubby ada kat belakang masa tu untuk bg support.. tapi rasa gugup mengatasi segalanya.. Kesian kat hubby, mungkin masa tu dia rasa frust juga kot..sory, isterimu ini tak mampu untuk atasi rasa gugup tu.. Bees akan ingat peristiwa tu sampai bila2.



Ini lah kucing yang satu lagi. sangat manja dan mengada-ada..Terlebih manja. nakal pun ye juga. Pantang jumpe tissue, x kira tissue muka, dapur memang habis dia akan gigit.. Perangai yang tak hilang dari kecik. Tapi inilah yang menjadi penghibur bees. Hubby n MIL pun sayang kat dia nih. Kalo bab makan memang memilih. Menu makan memang nak sedap je..
" ha..budak jojo ni makan memilih betul..macam la tuan ko tu jutawan" MIL selalu bebel bila jojo bising2 kat dapur. Tapi bila bees cakap nak buang je, MIL yang tak kasi. buang yang lain x pe...errrmmm..sape yang manjakan jojo sebenarnya..hahaha
Menu makan mesti frieskies@whiskas, ikan bakar@rebus. Tiap2 hari. Sib baik umah dekat ngan pasar batu pahat. dapatlah beli banyak skit ikan tu ngan harga yang murah.. Jojo..oh jojo..

Tahajjud Cinta_Siti Nurhaliza

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Panggilan Haji

Assalamualaikum..




Dah masuk bulan zulkaedah..ini bermakna musim haji sudah bermula. Semestinya ramai sudah yang berangkat ke tanah suci..Kawan2 juga ada yang pergi tahun ini..hj kama,n a.ewan.. Bila agaknya masa bees kann..Insya-Allah..akan sampai jua masanya nanti..Bees doakan semua semoga mendapat haji yang mambur. Amin


"Ù„َبَّÙŠْÙƒَ اللّÙ‡ُÙ…َّ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ، Ù„َبَّÙŠْÙƒَ لاَØ´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙƒَ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ، Ø¥ِÙ†َّ الْØ­َÙ…ْدَ ÙˆَالنِّعْÙ…َØ©َ Ù„َÙƒَ ÙˆَالْÙ…ُÙ„ْÙƒَ، لاَØ´َرَÙŠْÙƒَ Ù„َÙƒَ."

Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintah-Mu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu kami sahut seruan-Mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu.”

Video daripada kumpulan Raihan



Ada satu lagi yg bees dapat dari youtube..



k. Jumpa lagi on next post..
Wassalam..

Karipap n Tortilla

Assalamualaikum..
Malam tadi sempat buat karipap untuk breakfast...semalam buat cucur badak. kelmarin buat tortilla tapi bukan untuk bekpes tapi utk makan ptg..hahaha..makan saje keje nye..mana tak gumuk....kan da jadi budak gumuk..nak kurus punye la susah, time nak kembang kejap je...

idea datang wat tortilla masa balik keja pas abih konvo.
(6.5.pm)
bees: yang, lapar x??
hubby: lapar jugak..
bees: nak makan ape?
hubby: x kisah.
bees: ok.

ermmm..buat tortilla sedaqp gak nih..tapi x ade ready made tepung tortilla..ermmm nak wat camne nih..x pe la..tolong MIL masak dulu. sambil masak, otak ligat nak cari menu lain. kalo nak masak mee hailam cam berat sangat plak..errrmm buat sendiri la..tapi resepi mana nak amik nih..hentam je la..ermmm ayam ada ke..alamak..sijuk n beku lagi..tiba2..haaa daging burger pun ok la kot..x lama nak masak..apalagi...keletung klentang kat dapurr wat tortilla..potong daun salad, tomato n bawang besar..lepek kan tepung yang telah diuli kat kuali, biarkan kembang sedikit(lempeng keras)..pastu masakkan daging burger. jangan terlalu garing..then potong2 memanjang. pastu sapukan mayonis kat lempeng keras tadi..taburkan bahan2 yang dipotong tadi...pastu letak lah daging. jangan lupa letak sos dan mayonis utk dresing...akhir sekali gulung la macam bantal peluk busuk...taraaa...da siap...x sampai setengah jam...ini la namanya chef segera...masak x ikut sukat buku, tapi sukat tangan je..sesedap rasa..lihat la hasilnya..sedap mata memandang..sedap lagi org yang memakannya..




inilah rupa tortilla yang telah dihasilkan dengan begitu gigih dan penuh perasaan kasih sayang...cehhh..ayatt..x hengat..


rupa karipap nih kira ok la kan...inti pun penuh..ye la..suke ati nak boh banyak mane intinya..

jumpa lagi di next chapter..
Wassalam..

Raya yang telah berlalu

Assalamualaikum...

Baru sempat nak update blog ni semula. Tak ada banyak karangan yang ingin digubah. Minggu yang agak pack. dari seminggu sebelum konvo dan seminggu setelah konvo. Ye Ye jer pasni free...Rupanya ada event da berderet..alamak, camne ni nak rehat..sabtu n ahad kena kerja lagi. Masa minggu tak ada kat rumah..susahlah camnih..Tak lama lagi hubby nak pi blaja, so kena tinggal la bees kat sini sorang2..nak menangis rasanya...lemah betul laa...
Ermmm..kena kuatkan semangat juga. Tekanan makin terasa. kerja semakin berlambak2. Tak tahu bila nak siapnya. Keja asal blom abih da tambah kerja baru lagi..blom buat kerja baru, kerja yang lain datang...huaaa..inilah namanya kerja. kalau x de kerja, dok lepak2 makan gaji buta namanya. main internet, chating, sembang2 yg tak perlu, jalan2 waktu kerja..adakah semua itu dibayar??? buatlah berpada2 k..

kali ni bees nak upload gambar masa pi beraya kat umah BIL kat Puchong n B.Kinrara..



Ini biras bees n anak buah. Muka lebih kurang je same. Macam akak n adik plak...



Mesyuarat meja kopi. sambil borak, sambil makan duku muar..sedappp..manissss btul duku tu..



Bees selaku tauke ladang yang salah tempat..Ingatkan masih kat BP..hahaha...Jangan marah eh a.anip n k.ct..



Bunga yang ada kat halaman..cantikkk..



Resberry.Masammmm...sepatutnya kena tunggu warna dia gelap skit. tapi bees x menyempat nak tunggu masak..tu kira ok la kan..kulit da warna merah..masam tapi sedappp..banyak btul buah dia. teringin nak tanam resberry ni tapi, susah plak nak dapat benih dia kat bp..erkkk lupa plak nak snap buah anggur..lenkali kalo pi sana bleh snap lagi..

k..wassalam..

Hujung Syawal

Assalamualaikum..

Pejam celik..pejam celik..dah akhir Syawal..Hari minggu banyak kena kerja..Minggu ni pun kena kerja sebab ada Majlis Konvokesyen Ke-10 iaitu pada 10.10.10...haaa cantik kan tarikh tersebut..cantik hanya pada abjad..banyak perkara tersirat dan tersurat..Kerja makin melambak dan x tau bila nak berkurang..Biasanya orang keja 8 jam bekerja satu hari tapi kami bekerja 8 jam 1/2..da tolak makan, solat n sewaktu dengannya..da macam robot pun ada...Kadang2 rasa stress sangat bila kerja terlalu banyak n minta dalam masa yang singkat..Cakap banyak tak guna, so buat je la..Kalau bercakap lebih sangat kerja pun x jalan susah juga camtu..biarlah masa kerja fully utilize..Lebih bermakna..

Petang tadi balik cepat..kul 5.15 dah nak kuar opis..Nak pi beraya umah member bowler..Umah Dr. Zie..Sebelum ini ada rancang nak datang tapi masa tak mengizinkan. Pi ngan hubby, mas, wawa n ekin..Kebetulan dr.zie baru balik dari amsterdam so kami dijamu ngan cheese n waffle with apple honey..cheese ada 3 jenis yg dihidangkan..original, smoked and black pepper..cheese boleh dimakan ngan biskut..bees n hubby suka yg original berbanding ngan black pepper or smoked...Sembang punye sembang, da maghrib n trus balik..

Sebelum balik, pi a.itam jap nak cari bakul nak wat isi gula-gula n ceklat..nak bagi kat jiran, anak dia nak bertunang..Masa bees bertunang n kawin dia ada bagi bees hadiah untuk hantaran..ni bukan kes nak membalas tapi sekadar hadiah kecil dari bees sebab x dapat nak hantar n x rewang..hahaha..

"Sampai rumah pun da kul 10.00 malam..ni blom makan malam lagi...sian kat MIL lom makan sbb tunggu kami..sesudah semuanye selesai, bermula lah projek nak siapkan hadiah tu...jenuh juga nak deco camne ceklat n gula2 nih..da la x rancang nak wat camne..rancangan asal masa beli tu cuma nak boh sumer je dalam bakul tu..tapi masa nak buat bila tengok x elok plak..sib baik ada bli bunga skit..kalo x, bontang kosong je...langsung x de seni...hahaha..wat keputusan singkat ikat sini sikit..gam sana sikit..jadilah sebuah masterpiece..cehhh..bleh ke kira camtu...ayat best sikit buah tangan dari bees n hubby untuk orang sebelah umah..projek ni siap jam 1.30 pagi...huargghhh...letih n mengantuknyer...esok pagi (arini) ada rehersal plak...x bleh jadi..kena cepat2 kemas...esok pasti ruang rehat sekejap je walhal 12.15 until 2.45..itu rehat orang lain..rehat aku...1.30-1.50...masih ada kerja yg tertangguh walhal kerja orang lain...tapi nak buat camner, dari x jadi ape n menjejaskan satu unit yang kecil ni baik habiskan sendirik...just shut my mouth n do the thing..if i can't stand anymore, something will happen. And nobody can stop me..Only Allah know what will happen n Allah give the best way for me.."

Apa la aku merepek nih...nih kes da x tahan la nih..Ape2 pun aku berdoa yang terbaik untuk semua. Sblom bees tutup tajuk hari ni, bess attachkan skali gamba hantaran tu..
Cantik tak....hahaha..inilah hasil keras tangan diwaktu awal pagi...







Apa yang ada

Assalamualaikum..

Ini bees copy dari post sorang rakan FB...Agak sukar pada mulanya bees nak post citer nie..agak sensitif..
‎* org selalu bebel kat aku ..kenapa aku x fully bertudung.. sbb
1.aku masih nak pakai baju yg rap2 ngn badan
2.sbb masih nak pakai baju yg jarang
3.sbb masih nak pakai legging tika jalan2
4. sbb masih nak pakai kain belah...
...x ke kelakar le pakai mcm tu tp kepala ada tutup juga...tolong la jgn beleter lagik kat aku..kasik nasihat sudahlah..

Bees pada mulanya nak post a comment kat status tu..tapi bila toleh kanan dan kiri harus banyak jua yg perlu diambil perhatian..Bees bukanlah seorang yang warak tetapi hanya insan biasa-biasa saja dalam mencari jalan untuk lebih baik dari sekarang. warak dan alim tu bagi bees tak boleh diukur dengan mata kasar. bagi bees, orang yang menganggap dirinya warak tu takbur dan tinggi diri. Mana ade orang bila cakap aku ni alim or warak dia cakap perlahan. Tapi kebiasaannya nada yang digunakan ada sedikit tinggi (riak/angkuh).
Pernah terjadi, bila ramai yang panggil dia ustaz trus saja bila berselisih jalan dengan dia trus buat2 tak nampak..senyum langsung tak dibalas..terasa juga la kan pada mulanya .Tak sama taraf agaknye..Kalau nak kate tak nampak, mustahil la..bukannya ada orang lain masa tu..Dah rabun tahap mata da kelabu asap agaknye... Lagi satu mungkin islam yang diajar tu tak soh hormat sesama manusia yang lain agaknya..hanya boleh bercampur dan menegur jika sama taraf saja...kadang2 terfkir, bukan nak cari salah orang tapi hairan dimana silapnya...Sama-samalah kita cari jalan untuk kearah yang satu.
Berbalik kepada comment kat atas tu, apa yang bees tahu Islam memang mawajibkan kaum wanita dan lelaki menutup aurat. yang salah tetap salah, dan harus dibetulkan. Cara menegur tu bagi bees agak2 la kan..laser x pe jangan la celupar..bagi bees mulut 'laser' tak semestinya tak elok, kita saja yang jadikan ianya tak elok. tapi mulut celupar ni spesis lain skit, dia dok tersasar dari jalannya..Cam bees pun banyak yang kurang juga..kadang2 kita rasa ok, tapi org lain pandangan lain plak..ermm..susah juga tu..

Kepada kawan2 semua, semoga apa yang kita usahakan akan memberikan impak kepada kehidupan kita semua. Amin.

Genap 3 tahun

Assalamualaikum..

Genap tiga tahun saat itu telah berlalu. Anggap itu semua adalah ujian daripada Allah. Semoga aku terus tabah dan terus berusaha hingga akhir nafasku..Sesungguhnya aku amat merindui saat2 indah bila adanya kamu..Gugur lagi air mata ini tak dapat dibendung lagi..dah tak tertahan rasanya.. Ya ALlah..