Pages

Salam

Islamic Calender

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin Kepada Semua..Raya tahun ni, bees sambut kat rumah MIL.Petang raya, balik kejap rumah emak n ayah bees sebab nak ziarah umah pakcik2 sebelah ayah n emak..Malam tu plak trus balik umah MIL semual.

Pagi sebelum raya, rumah MIL dah penuh dengan ramai abang2 n akak2 serta anak buah..rasa kemeriahan raya baru terasa. Menu tahun ni sama cam tahun yang sebelumnya. Ketupat, lepat, kuah kacang, rendang ayam, rendang daging, kari ayam & kuah lodeh..Masing2 da dibahagikan tugas. Setiap tahun bees akan siapkan kuah kacang..
Petang tu berbuka ramai2. Cam x muat rumah, dalam bersesak2 rasa seronok. Menu simple untuk berbuka, sup ayam, roti kosong, kambing n ayam bakar. buat ayam bakar sebab MIL n bees x makan kambing. so dapatlah rasa bbq juga kan...x la tengok dia org je makan. bees x kisah kalau x makan, tapi mengenangkan MIL x kan la x buatkan sikit utk dia.
Pagi raya, bersiap2 la kat dapur utk sediakan hidangan bila diaorg balik sembahyang nanti. Balik saje dari Masjid trus bermaafan antara satu sama lain. Yang Pentingnya, anak ngan ibu dahulu serta fmly masing2 ngan MIL. Pastu barulah antara fmly sendiri and last pada keluarga yg lain..Lepas bersalaman n makan so acara yang ditunggu2 jua tiba. Apa lagi kalau bukan sesi bergambar. Bees selitkan antara gambar bees n family MIL.



Ini Bees Hubby ngan MIL



Hubby ngan abang-abang. 2 orang lagi balik umah MIL masing-masing..



Antara akak ipar yang ada pagi tu. bees yang bongsu..hahaha



Cucu lelaki MIL. Handsome2 semuanya..



Cucu perempuan MIL. Lebih ramai dari lelaki, dah besar masing-masing..kalah maksu..

Ini sebahagian ahli keluarga yang dapat berkumpul pagi tu..

Kemerdekaan & Pemergian Seorang Rakan Bowling

Assalamualaikum..

31 Ogos, detik kemerdekaan negara kita Malaysia. Kisah kemerdekaan yang lalu masih banyak lagi yang belum terungkai. Sedangkan para remaja pada zaman 50-an berjuang untuk kemerdekaan, kini anak muda berpeleseran dan berpasangan enak berpesta dan menjerit apabila laungan merdeka di laungkan. Apakah mereka ini faham erti sebenar merdeka. Yang menyedihkan, ramai yang kena tangkap khalwat dengan pasangan yang bukan muhrim. Dalam bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini kenapelah perkara ini masih terus berlaku. Masih dijajah dengan hiburan, mereka lupa apa yang dituntut oleh Islam. Merdeka hanya tahu melaungkan sahaja dan berpesta. Tunggu sajalah 9 bulan akan datang. Perkara ini akan berterusan jika tidak dibendung awal. Sebagai ibu bapa, janganlah harapkan pihak lain saja dan menuding jari pada orang lain. Salahkan pada diri sendiri dan lihat apa kekurangan yang ada.

Dalam orang lain sibuk untuk menyambut merdeka, Bees dikejutkan dengan suau berita yang memeranjatkan. Salah seorang rakan Bowling telah meninggal dunia akibat serangan asma. Berita sedih itu kami terima pada jam 11.59 malam. Shahizul Eza Mohd Kiblee (jaja) menghembuskan nafas yang terakhir pada 30 Ogos 2010 jam 11.00 malam dipangkuan isteri tercinta Noorashikin Abdul Wahab (ekin). Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk jaja. Semoga roh beliau ditempat disisi orang yang soleh. Berat mata memandang, berat lagi orang yang menghadapinya. Dengan keadaan sekarang, semoga ekin tabah dan sabar dalam menjalani hidup yang mendatang. Segala yang terjadi adalah perkara yang terbaik pada setiap makhluk ciptaannya. Hubby terkejut dengan berita yang diterima, terdiam dan menggigil. Seakan tak percaya sebab petang tu sempat dia write comment kat Wall hubby n last hubby reply adalah jam 9.00 malam. Malam tu bees n hubby bergegas kehospital untuk ziarah n menunggu hingga jam 3.30pagi. Ingatkan jenazah dapat dibawa keluar awal tapi disebabkan prosedur jenazah tidak dapat dibawa keluar. So , esok pagi kami akan terus kerumah ibu bapa jaja.

Jaja adalah antara rakan baik kepada suami bess. Sejak dari zaman menuntut di UTM. Walaupun jaja adalah junior hubby, mereka rapat. Pernah juga datang rumah, MIL kata dia nih jenis x kisah sangat. MIL selesa bila dia datang rumah. Bila Hubby pi UPM dia pun sambung kat UPM..Memang tak dapat dipisahkan. Mungkin atas sebab perwatakan, mereka rapat. Mempunyai minat yang sama iaitu bowling dan sama-sama aktif mewakili universiti dalam sukan intervarsity. Pemergiannya amat dirasai oleh team bowling uthm.Perwatakan yang sentiasa ceria,mudah mesra, suka buat orang lain tertawa dan suke buat hal sendiri memang menyenangkan. Semasa hubby mengiringi jenazah ke tanah perkuburan islam tanjung labuh, perasaan bercampur baur. Ketika mahu meninggalkan tanah perkuburan, seakan tak sanggup untuk melangkah meninggalkan jasadnya disitu. Air mata mengalir laju dan perasaan sedih sudah tidak dapat dihalang. Hubby berhenti dan sempat juga membaca surah Yassin disitu. Setelah itu, baru rasa sedikit tenang. Semua kenangan bersama jaja akan kami simpan sampai akhir hayat kami. Kami mendoakan semoga roh jaja ditempatkan dikalagan para solihin.Al-Fatihah.


***Pagi ini pergi kerja melalui jalan yang sama setiap hari n teringat pula bila terserempak disimpang keluar Kampung Istana. Tiba di UTHM selesai touch id card, mesti tersempak lagi dan kami saling berbalas lambaian. Lambaian yang akan kami rindui.



Shahizul Eza Mohd Kiblee..Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah untuk beliau..