Pages

Salam

Islamic Calender

Kelengkapan

Assalamualaikum.

Kepala dah pening lagi.. Banyak betul barang nak kene beli bila masuk rumah.. Ermm memandangkan pindah sehelai sepinggang (ini bukan kes kena halau rumah yer) maka duit rasa laju jer keluar. Dah macam air terjun. Alhamdulillah, ada saving sikit so dapatlah buat wiring, lampu, grill, cat rumah, rumput & kerja-kerja awam asas untuk keperluan. Lepas ni dalam proses nak siapkan dapur pulak. List hanya barang keperluan asas seperti hob & hood, fridge, washing machine & ovent sahaja. Lain-lain equipment pending dolo yer.

1. Hob & hood - Rinnai
2. Washing Machine - Panasonic
3. Refrigerator - Panasonic
4. Ovent - ?????

Hohohoho.. Tak siap juga lagi. Nanti akan update lagii lah.

Wassalam

Balik NT

Assalamualaikum..

This week, bees ikut hubby balik Pineng naik kereta. Kebiasaannya kena naik bas. Memandangkan dah hujung tahun so, nak kurangkan cuti yang sedia ada dah sikit sangat. Nampak sangat menggunakan cuti dengan jayanya. Hahahaha. Baki cuti tinggal 5 hari jer, tapi kira ok la bukan terus habiskan. Dapatlah forward ngan GCR.
Malam tu kami gerak dalam jam 9.00 malam. Budak-budak berbulu kena tinggal ngan MIL, harap-harap tak buat hal. Kalau dalam perkiraan dalam jam 4.00 pagi sampai la kat rumah. Sedang-sedang la waktu tu. Kesian kat hubby tak tidur sampai pagi.. Bees saja yang tidur dalam kereta. Hobiii yaa..
Lebih kurang kul 11.00 dah nak masuk senawang, kenderaan bertambah banyak..Aiikk nak kemana dia orang malam-malam ni.. Hehehe macam aku sorang jer nak balik kann.. Rupanya jem, ada xcident rasanya. Sudaahhhh... Dah dekat dua jam, masih tak lepas-lepas lagi dari tempat xcident. Hubby dah start risau sebab mesti sampai lewat.. Ermmm memangpun.. Balik tu macam biasa berenti 2 tempat tapi rehat lama sikit. Satu kat Sungai Buloh ngan satu lagi kat Sungai Perak. Kat Sungai Perak hubby lelap kejap sebab dah tak tahan mata mengantuk sangat. Bees memang dah dari tadi tidur, pun masih tido jugak. Memang hantu tidur..Hahaha. Sebelum gerak buat la apa yang sepatutnya n teruskan perjalanan.
Akhirnya Alhamdulillah selamat sampai rumah jam 8.00 pagi.. Huargghh bees masih rasa nak tido lagi...

 

Muar bandar Diraja
 
 Jem yang panjang


 Inilah dia, Lori ayam rupanya. Nasib baik tak ada ayam. Masa ni ada beebrapa orang pekerja tengah memunggah kotak-kotak ayam ke lori yang lain.

Jalan kembali tenang


 Terowongg.. Sila buka lampu jika menggunakan terowong..

Dah sampai Parit Buntar, disambut dengan kabus & embun pagi..Sejukkk

Biasanya waktu-waktu gini dah sampai opis, tapi sekarang ni masih belum sampai rumah lagi..

Alhamdulillah, perjalanan yang panjang sudah sampai kedestinasi dengan selamat.

Wassalam..

Bertukar

Assalamualaikum..Gara-gara kesilapan kontraktor, lampu salah satu chandelier pecah.. Huaaa.. Sayangnya... Dah suruh kontraktor tu cari, tapi tak jumpa, maka terpaksalah ubah plan. so kami kena cari lampu baru.. waaa budget lari la camnih... Tak suke..tak suke..Ini

Ini lampu yg lama.. Hanya tinggal kenangan



Yang ni pengganti yg pecah tu.. Sib baik ok, kalo dak memang dah nanges guling2 depan kontraktor..

Will update yg lain2 kemudian..

Wassalam

Hutan Belantara

Assalamualaikum..

Tajuk memang hijau.. Tau lah tuan punya blog pun minat hijau.. Ermm apa yang hutan belantara ni ek??? Adakah tuan tanah pegi mengembara di lautan pohon-pohon. Memang mustahil la tuan tanah nak pegi tempat-tempat yang sebegitu, tak larat rasanya. Maklumlah tuan tanah ni agak 'berani' dengan gelap dan tempat-tempat sunyi..Kehh..kehh.. baru bunyi ranting kena pijak dah menjerit tak tentu fasal. Apa punya berani la.. Opss  banyak pulak melalutnya.
Memandangkan BIL nak kawin dah, so rumah MIL dah kena kemas-kemas la. Maka tuan tanah terpaksa melepaskan bilik tidur utama kepada ahli baru yer. So selepas ni, tuan tanah akan menjalani kehidupan secara nomad, bunyi dah macam semut pulak yer ..hahahaha
So bermulalah menebas rumput yang dah macam hutan belantara(seperti tajuk kat atas). Hutan belantara ni terjadi bila tanah yang ditinggalkan tidak berpenghuni dan tiada aktivi yang dijalankan. Lebih senang kata rumah tinggal la, cuma bezanya tidak berhantu. Tuan tanah yang jadi hantu, kejap ada..kejap tak de..
Nak membersihkan hutan belantara ni bukanlah satu kerja yang mudah. Memerlukan kudrat dengan sepenuhnya. Kalau takat meracun jer mungkin tak banyak masalah, tapi yang ni kayu kayan sudah kelihatan. Maka kerja-kerja membersih memakan masa yang agak lama. Dah la tuan tanah kat selatan, hubby pulak kan utara, apa boleh buat tunggu hubby balik la yer. Tapi sementara nak tunggu hubby tu, mana-mana yang boleh buat dulu, tuan tanah buat. Memang berpeluh habis. Buat kerja membersih satu hari jer sebab tak larat gila. Esuknya pergi kerja dalam keadaan badan semua sakitt..Huaaaa nak menagis pun ada masa tu. tapi nak buat camner, dah diri sendiri yang nak buat..sekarang rasakannn... Bukan sayang nak upah orang, tapi konon nak merasa macam mana rasanya membersihkan hutan belantara dengan sendiri.. Memang tak terbuat la tuan tanah. Penghabisnya, tunggu hubby je la balik.. Salute kepada sesiapa yang melakukan kerja-kerja dengan menggunakan kudrat (fizikal) yang sangat tinggi ini. Tuan tanah bukanlah dalam kategori yang gagah perkasa, sikit-sikit boleh la...


Hutan Belantara dan hasil tuaian. Lebih dari 8 bekas plastik hitam, itupun belum semua yang dibersihkan. Banyak lagi..

 

Yang ni, hutan belantara yang bakal 'dikerjakan'.... Haaadddooiii larat keee????

Deepavali Decoration " Kolam "

Assalamualaikum..

Bila orang sambut Deepavali, biasanya mereka akan membuat ' Kolam '.. Cantik-cantik sungguh hasil seninya. Kalau bees ntah la jadi macam mana la rupanya. Biasanya kat pasar raya jer yang ada. Kalo nampak mesti bees snap untuk buat simpanan..


Ini bees jumpa kat Jawi. 
 

Yang ni bees jumpa kat carrefour BP

Yang di pulak kalau tak silap masa pi Lumut.. Tapi tak tau kat shoping mall apa..

Ermm apa lagi yer nak cerita, dah tak tau la..ok lah..jumpa lagi..

Wassalam..

Aku tak pernah jemu

Assalamualaikum.


Kunjungan saban bulan ke GH tak mematahkan semangat bees untuk teruskan perjalanan ni. Manusia hanya mampu merancang. Semuanya telah ditentukan oleh Allah. Berusaha dan terus berusaha. Bunyi-bunyian sekeliling bees anggap bagaikan zikir yang menguatkan semangat ni dari terus terkubur. Bunyi-bunyian ini kalau tak dialihkan pasti merosakkan jiwa. Kesabaran bukan hanya kata-kata yang meniti dibibir sahaja, tapi dari hati yang ikhlas. Sebab tu kita perlu menjaga hati dengan sebaik-baiknya. Aku hanya mampu tersenyum dan terus tersenyum. Moga Allah memberkati perjalanan hidup keluarga kami. Ammeen.

U & ME

Wassalam..

Skyfall



Jagalah lidahmu

Assalamualaikum..


Terkadang, bila kita menuturkan kata-kata jagalah lidahmu. Kerana kesannya amat dalam kepada orang lain. Mungkin bagi kamu ia hanya gurauan, tapi bila melibatkan perkara yang sensitif yang satu, bisa luluh hati. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk umatnya. Kita hanya hamba dan khalifah di bumi yang hanya pinjaman. Menitis lagi air mata ini, pedih..sakitt..


6th Day Iftar

Assalamualaikum.

Memandangkan semalam balik lewat, so hari nih bees dapat balik cepat. Alhamdulillah sempat siapkan menu berbuka sebelum masuk waktu dan boleh rehat-rehat lagi. Hehehe bestnyerr dapat rileks kejap..Nikmattt

 Rojak petis, ehh mana kuah rojaknyer???

 
 Ini one of hubby nyer feberet.. Sian dia dok berbuka sorang-sorang. Syahdunya.. :-(

 Pisang tanduk goreng makan bersama sambal kicap. Memang terangkat habis.. Gambar sambal kicapnya entah hilang kemana..

Cendawan goreng. Ntah jenis apa nama dia pun x tau.. Tapi sedap jugak la..

Wassalam

5th Day Iftar

Assalamualaikum.

Balik lewat arinih sebab standby kat opis. So sampai umah memang la sangat lewat dan harus bekerja didapur dengan kadar yang sangat pantas. MIL kata nak buat kuih 'Serabai'. Macam mana la agaknyer serabai tu yer. Yang bees tau, serabai tu ala-ala serabut@kusut masai@comot. Hahaha adakah kuih ini sebegitu juga.. Ermm buat je la ikut resepi MIL. Tak pernah buat lagi katanya.

 Ermm dah macam bulan sabit jer.. Serabai ni dimakan bersama kuah manis@serawa. Bees guna serawa lempuk durian. Kebetulan Mak bees beri masa balik kampung yang lepas, so tak de la kosong sangat rasa kuah serawa tu. Kuih serabai ni sepatutnya nampak tembun skit, tapi da jadi gepeng sebab guna kuali leper.. Guna je la apa yang ada, janji maksudnya sama walau tak serupa. 


Minum air laici untuk kesegaran berbuka.. Hahaha memandai jer ko kan jah..

Memang ekspress sangat dan sangat simple. Ermm kenyang ker??? Ofkos kenyang bila dah dapat air,makan pun sikit jer da rasa kenyang...

Ok Wassalam

3rd Iftar di BP

Assalamualaikum.

Masih dalam keadaan yang agak letih sebab baru pagi tadi sampai kat rumah n terus bersipa pergi kerja. Alhamdulillah sampai dengan selamat dan masuk kerja dihujung waktu.. Hahahah 7.56a.m tu..huiiyoo sib baik abg bas bawa cepat arinih kul 7.05 da sampai...
Ok berbalik pada Iftar, menunya adalah seperti biasa saja..

 Mushroom goreng

mee goreng

2nd Day Iftar

Assalamualaikum..

Hari kedua menu berbuka hubby kata tak kisah nak masak apa. Sebab malam ni da nak balik so dengan gigihnya bees bergelumang dengan keadaan panas kat dapur lepas asar hinggalah menghampiri waktu berbuka puasa. So ni lah yang dapat disajikan sebelum balik.

 Ubi masak singgang

 Mee goreng lada hitam

 Kuih lopes. Kuih feberet hubby..Alamak, nampak botak sangat kuih nih..Lupa nak golek ngan kelapa parut..haiyyoo
Air ABC, yang ni la satu-satunya barang yang dibeli kat pasar Ramadhan. 1st time meround PARAM sejak hubby dok pineng.

Ermm tu je la kot berita iftar kat pineng..Oppss tapi sebelum berangkat balik ke kampung halaman, bees sempat masak menu bersahur untuk hubby. Just simple rendang daging sahaja. Sory ya, tak dapat masak complete set untuk sahur. :-( Sian kat hubby. berbuka dan bersahur sorang-sorang pasni. Gambar plak lupa nak snap..haiiyyoohhh cik akak oiiii, bz sangat kah???

ok lah, salam jumpa lagi
Wassalam.

1st Day Iftar

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Ramadhan kali ni dapat sambut ngan hubby. Gembira rasa hati sukar nak gambarkan. Walaupun sampai lewat n terlepas sahur bersama, tapi rasa seronok pulak sebab puasa diperantauan. Walaupun x de la jauh sangat tempat nih ngan kampung halaman terasa juga bahangnya.

Hubby da cakap awal arituh masa sebelum balik pineng, buka hari pertama nak makan bubur lambuk. Ermm ni kena menurun ilmu ngan MIL dolo sebab dia suke resepi yg ni.

 
 Bubur lambuk special.

 Ubi rebus + sambal tumis ikan bilis.

 Sambal ikan bilis.

 Anggur utk starter
 
 Complete set..alamak, seganla tunjuk periuk yg chanteq tu..hahaha nampak sangat pelamas..haiishhh bukan pemalas, tapi bekas yang ada tak cukup besarr..sekadar alasannn..

Ok lah..salam jumpa lagi.
Wassalam


Salam Ramadhan

Assalamualaikum.


So happy

Assalamualaikum..

Dah menginjak keumur seterusnya pada tahun ni. Dah masuk 3 series dah.. Nampak sangat dah tua kan. Harapan semoga bertambahlah bilangan family nih. Dah 5 tahun masih berdua dua. Insya-Allah masih terus saja berusaha.

Hari nih hubby nak balik NT. Kesian kat dia, bila balik BP, ada saja aktiviti@urusan yang kena selesaikan. Bees keluar awal arinih. Kul 5.05 dah kluar dari opis. biasanya kul 5.15 baru nak kluar or kekadang tunggu sampai kul 5.30. Balik jer rumah trus siapkan apa yang patut untuk hubby bawa balik NT. Then hubby ajak masuk bilik n tunjukkan apa yang dia beli tadi. Memang speechless la.. Rasa nak menitik air mata pun ada. Tq sebab dalam kesibukkan yang macamtu pun masih sempat lagi blikan bees kek.

 Berderet kat atas katil..Hahahah makan dalam bilik memang tak senonoh kan. Tapi segan sebenarnya nak makan kat luar, lagi-lagi depan MIL..Hahaha..

 Cappucino cheese cake

 NY cheese cake

  Blueberry cheese cake..

Semua adalah non baked cheesecake. Kalo makan memang melting dalam mulut la..Pandai hubby pilih.. Romantik juga hubby saya nih. Suke buat surprise.. Bees je yang tak reti-reti..

Ok, Salam sampai jumpa lagi.
Wassalam.

Tazkirah Untuk Sendiri - Part 1 - Part 5

Assalamualaikum..

Tazkirah oleh Ustaz Kazim Elias..

 
 Part 1


 
Part 2
 
 
Part 3

  
Part 4

 
Part 5 

Wassalam

Baru ditemukan dengan ini

Assalamualaikum..

Ya, tengah mencari-cari lagu yang sesuai untuk kerja-kerja editing dan terlihat dan mendengar sesuatu yang sangat indah. Sungguh tenang dan amat tenang. Bacaan ayat-ayat Al-Quran yang sangat merdu. Siapalah agaknyer ampunya diri ya?? Sungguh bertuah ibu yang melahirkannya. Hanya berumur 17 tahun, kini menjadi seorang guru Al-Quran. Boleh belajar melalui skype tapi hanya di US sahaja. Berbangsa Bosnia, dilahirkan di German dan seterusnya menetap di Texas US itulah Fatih Saferagic. Suaranya setampan orangnya, kalau nak dibandingkan dengan oneD, Ricky Martin, Christiano Ronaldo, zack efron, Ryan Phillips, Fernando Torres, Jang Geun Suk, super junior, Big Bang memang tak boleh lawan laaa... Kalo x caya cer tengok skit pic yg dikepilkan.

 Orang lain dok depan mic, terkinja-kinja, lari sana sini.. tapi this one memang sangat sejuk hati bila tengok..

 Senyum jer dah boleh buat hati dup dap dup dapp..Hahaha bleh jadi menantu nanti..

Masih belajar bahasa Arab lagi.. Kalau harapkan bees, belaja arab dolo pun sebab nak lulus sekolah agama... Jangan contohi sikap ini yaa..

Haaaa kann... tuh dia, pandang mesti tak kelip-kelip mata dah. Blum lagi dengar suara dia tu..

Dengar, semak dan ikut sekali..

Alhamdulillah..
Wassalam

Sempoi Sandwich

Assalamualaikum.

Selepas dua hari berjalan buat mapping :-
NT > Seberang Jaya > NT > Kulim > NT - 1st day
NT > Kulim > Padang Besar > Kuala Perlis > Kulim > NT - 2nd Day

Memang sangat letih dan badan pun rasa tak larat. Mood memang sangat la mendatar. Bangun jer dah tak tau nak buat breakfast apa. Ermm tengok dalam peti sejuk ada salad jer. Telur pun ada.. Ermm nak buat scramble egg la senang je.. Ehhh tapi jap..japp.. Tak jadi la.. Buka balik fridge tu.. errmm Haaa ada benda tu la.. Ermm apa lagi.. Kita breakfast lain skit la yer.. Tak cukup Bahan tapi janji nampak rupa..Hahaha

 Sib baik ada roti, memang mudah la nak buat breakfast.. Daun salad penuh setaman dan bubuh skit mayo and onion..

 Susun daging slice.

 Tau sangat hubby suke makan daging lamb, so kita buatkan dia sandwich berasaskan lamb. Sian sebab selama dua hari ni bekejar kesana kemari.. Air juice buah berry..

 Kalau makan mesti nak ada sos cili.. Tau sangat dahhh..

Memang best makan sendwich ni pagi-pagi.. Kenyang sampai tengahari.
Ok Wassalam

Muhasabah Cinta by edcoustic


Sesungguhnya ujian yang diberikan amat berat. Selagi masih ada nyawa Insya-Allah akan terus berjuang..

Ada-ada saja

Assalamualaikum.

Bila malam, ada saje aktiviti-aktiviti budak berbulu nih. Tak boleh tengok orang senang skit. Ada jer nak menyibuk..

 Anak berranak ni memang tak boleh jauh. Emak dia jer yang sibuk nak mengkelek anak. Anak dia steady jer dok main-main ngan abangnya.

 Kalo bab nak tidur masih boleh kompromi nak tidur sesama.

Haa.. yang ni muke memang tak boleh blahh.. Pastu kalo bab menyepahkan rumah nombor satu. Nak marah lebih-lebih tak boleh sebab dah dapat imuniti dari mem besar@MIL. Tak padan dengan badan tul budak nih.

Ok lah.. Salam jumpa lagi.
Wassalam

Salah Tempat???

Assalamualaikum..
 


Kalo ikutkan gambar kat atas tu, mesti ada orang ingat aku salah masuk tempat.. Ya..ya.. tengok pada bekas tu jer dah tau dahh.. Mana la ada orang jual benda tu kat tempat camnih.. Yer tak??? Hahahahaaa.. abaikan saja la. Orang dah tengok semacam je bila bees bawa benda alah nih.. "Alaaa pakcik-pakcik dan makcik-makcik, jangan la pandang sedemikian rupa. Saya seganla.". Ermm salah ker?? Bees rasa betul la, sudah pasti ini tempatnyer.. Nekad je la.. Kalo tak caya cer tengok gamba kat bawah tuu..

Kesian kan, x der tabung cantik-cantik. Guna jer apa yang ada. Masa nak angkut dari kereta tu, cam tak larat jer. Sib baik opismate baik nak temankan n nak bawakan satu bekas tu.. Tq Ain.. Tabung warna coklat untuk duit seposen. Masuk bank pun buat muke seposen jer bila semua mata memandang.

Yang hijau pulak mewakili duit dua posen. Sib baik tak mengangkut ngan duit lima posen, kalo tak boleh patah pinggang den ni ha..

Nih baru cerita bawa duit, masa kira duit lagi la haru...Errkkk camner nih??? Ini babak kat kaunter plak.
Akak bank : " Nak tukar duit yer?"
Bees : Sengih sambil mengangguk. (Dah macam orang setuju nak menikah jer..Malu) Hahahah udahhhh..
Akak tu pun dengan daya yang ada membawala bekas chomel tu kat meja belakang n mencurahkan segala isi perut yang ada dalam tin tu. Selang beberapa minit..
Akak bank : "Dik, duit tu boleh tinggal kat sini tak? Mesin Stuck la."
Bees : Haa..ermm (memikir sejenak).."ok... Borang ni semua saya dah isi."
Akak bank : " Kalau mesin tu dah ok, saya akan hubungi. Nombor telefon boleh tuliskan dalam borang masuk ni".
Bees : "Ok kak,'. terus jer menulis nombor phone. "Ok kak dah siap. Terima kasih kak.." Bees berlalu dari situ dengan senyuman dan harapan dapatlah tahu total duit tu braper. Tak sabar..

Dalam hati, ' ermmm nih mesti akak ni tak sabar, dia masukkan semua skali duit tu dalam mesin. Jem la mesin tu, bees pernah tengok ada orang buat kat tabung haji. Abang tu kata ngan sipenukar duit tu " dik lambat sikit yer nak kira, tak boleh masukkan banyak-banyak terus dalam mesin nih, nanti tersangkut."... Ooo gitu rupanyer..

Ok lah.. Bersabar itu besar ganjarannya.

Wassalam