Salam

Islamic Calender

Salah Tempat???

Assalamualaikum..
 


Kalo ikutkan gambar kat atas tu, mesti ada orang ingat aku salah masuk tempat.. Ya..ya.. tengok pada bekas tu jer dah tau dahh.. Mana la ada orang jual benda tu kat tempat camnih.. Yer tak??? Hahahahaaa.. abaikan saja la. Orang dah tengok semacam je bila bees bawa benda alah nih.. "Alaaa pakcik-pakcik dan makcik-makcik, jangan la pandang sedemikian rupa. Saya seganla.". Ermm salah ker?? Bees rasa betul la, sudah pasti ini tempatnyer.. Nekad je la.. Kalo tak caya cer tengok gamba kat bawah tuu..

Kesian kan, x der tabung cantik-cantik. Guna jer apa yang ada. Masa nak angkut dari kereta tu, cam tak larat jer. Sib baik opismate baik nak temankan n nak bawakan satu bekas tu.. Tq Ain.. Tabung warna coklat untuk duit seposen. Masuk bank pun buat muke seposen jer bila semua mata memandang.

Yang hijau pulak mewakili duit dua posen. Sib baik tak mengangkut ngan duit lima posen, kalo tak boleh patah pinggang den ni ha..

Nih baru cerita bawa duit, masa kira duit lagi la haru...Errkkk camner nih??? Ini babak kat kaunter plak.
Akak bank : " Nak tukar duit yer?"
Bees : Sengih sambil mengangguk. (Dah macam orang setuju nak menikah jer..Malu) Hahahah udahhhh..
Akak tu pun dengan daya yang ada membawala bekas chomel tu kat meja belakang n mencurahkan segala isi perut yang ada dalam tin tu. Selang beberapa minit..
Akak bank : "Dik, duit tu boleh tinggal kat sini tak? Mesin Stuck la."
Bees : Haa..ermm (memikir sejenak).."ok... Borang ni semua saya dah isi."
Akak bank : " Kalau mesin tu dah ok, saya akan hubungi. Nombor telefon boleh tuliskan dalam borang masuk ni".
Bees : "Ok kak,'. terus jer menulis nombor phone. "Ok kak dah siap. Terima kasih kak.." Bees berlalu dari situ dengan senyuman dan harapan dapatlah tahu total duit tu braper. Tak sabar..

Dalam hati, ' ermmm nih mesti akak ni tak sabar, dia masukkan semua skali duit tu dalam mesin. Jem la mesin tu, bees pernah tengok ada orang buat kat tabung haji. Abang tu kata ngan sipenukar duit tu " dik lambat sikit yer nak kira, tak boleh masukkan banyak-banyak terus dalam mesin nih, nanti tersangkut."... Ooo gitu rupanyer..

Ok lah.. Bersabar itu besar ganjarannya.

Wassalam

No comments: