Pages

Salam

Islamic Calender

Kuih Lopes de Circle

Assalamualaikum..

Minggu lepas berkunjung lagi ke NT. Aktiviti rutin kat rumah bila weekend adalah memasak antaranya. Kali ni buat kuih lopes. Nak buat lopes de square tapi terjadi pulak lopes de circle. Lantak laaa..Janji rupa eluk pada pandangan sendiri dan rasa memang terbaekk... Almaklumlah buat dalam keadaan yang serba ada (mana yang ada/minumum)...Ikutkan hati dah lama nak buat, tapi M sangat besar kan. Haddooiii apa pun tak boleh.

 Lopes de circle

Sedia untuk di makan..
 Kurang padat di bahagian tengah, da jadi tanah jerlus plak..

Fikir yang indah-indah

Assalamualaikum.

Bila diri rasa tertekan, fikirlah yang indah-indah saja. Fikir yang manis-manis saja, buang semua yang pahit dan jadikan ianya pengajaran.

 Dalam proses pemulihan

Cara yang paling baik ketika ini

Silih Berganti

Assalamualaikum.

Dugaan yang datang silih berganti, Alhamdulillah. Allah masih sayang pada hambanya ini. Sesungguhnya bisikkan syaitan itu amat dekat dengan manusia yang lemah seperti aku. Aku kalah lagi, sangat besar dosa yang telah aku lakukan.

Wassalam

:( Kurang Menyenangkan

Assalamualaikum..

Tukang Kebun

Assalamualaikum..

Entri kali ni nak post kan hasil hubby n bees jadi tukang kebun. Kerjaya yang baru diceburi. Sebelum ni jadi petani berjaya. Maka lihatlah bagaimana kerjaya petani bertukar menjadi tukang kebun..


 Inilah rupanya petani berjaya..Hahahaha nampak hijau kann..
 Yang ni ala-ala tanam gandum
 Yang ni pulak cam pokok aper yer???Ermmm chrysanthemum cuma tak de bunga ja..
Ni kira kawasan rehat petani la...

Ini hasil bila dak tukar profesion..

Kira ok la bila jadi tukang kebun, rumput pun banyak mati. Cuma kena ulang sikit je lagi tu..

Yang ni memang lulus jadi tukang kebun. Sebelum nih kontrak je, skang ni tetap dan sampai pencen. Hahaha

Walaupun nampak sikit, tapi penatnya tak usah cerita. Teringat tukang kebun kat sekolah dolo. Macam mana dia uruskan satu sekolah tu sorang2 tanpa ada pembantu.. Syukur rasanya bila diri ini merasai sendiri bagaimana peluh menitik tak berhenti hingga selesai kerja-kerja pembersihan. Alhamdulillah..

Ok lah, see u on next post..
Wassalam

Here Without You

Assalamualaikum..

Mood di petang hari hujan2 camnih malas nak buat keje. Hadddooiiii..Ni kes banyak sangat rehat la nih..Maklumlah hari jumaat n kerja untuk render da siap. Nak capture Takut lambat siap n esuk kan cuti, so x boleh biar On 3 hari tanpa a-kon , takut melotuppss..

 Wassalam..

Jiwang kejap

Assalamualaikum..


Wassalam..

Advice

Assalamualaikum..

Wassalam

Protect The Boss

Assalamualaikum..

Cerita ni best juga. Si perempuan yang mempunyai skill seni mempertahankan diri, agak kasar tapi kurang cerdik dalam pelajaran menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kerja. Bila terjadi satu insident di sebuah kelab malam dimana dia membelasah geng jahat dan menyelamatkan si hero dari dibelasah teruk. Nak tahu kisah selanjutnya, kenalah cari DVD ini.

Lapar la

Assalamualaikum.

Memang tengah lapar skang nih. Malam ni ada kerja, so lepak kat opis saje. Nak balik, umah jauh..hahahah berdekah-berdekah...macam jauh sangat, tapi memang jauh pun. Ermmm biasa kalau keje malam hubby ada, boleh ajak pi makan. Ni bila sesorang, nak makan kat luar segannnn..Tak tau nak sembang ngan saper..Nak sembang dgn botol sos, tak mungkin, ngan jiran semeja, ermmm pun tak mungkin. Pengahabisnya, kebulur dalam opis la nampaknyer..Waaaaaaa sedeynyerr..

Spy Myung Wol

Assalamualaikum..

Style

Assalamualaikum..

Baru beli DVD cerita style. Sebenarnya cerita ni dah lama, tapi baru je bees beli..Hahaha aci x??

Cerita nih dah macam cerita Devil's wear Prada jer...Ini versi drama. kira ok la jugak kan..What ever pun tgh bersabar nak habiskan cerita nih.

Lie To Me

Assalamualaikum..

Cerita ni pun best juga.

Seperti yang dijangka

Assalamualaikum..

Seperti yang dijangka, Adele akan memborong kesemua hadiah pagi 6 pencalonan dalam 54th Grammy awards. Bees memang suka kat adele. Dari album pertama lagi. Hubby lah yang perkenalkan bees dengan muzik adele. Hubby suka buka lagu dia masa dalam kereta so bees pun lama-lama terikut. Ringtone pun da tukar lagu Adele, dp FB pun tukar muke adele cuma beberapa hari lepas tukar muke sendiri.. lagu yang dibawa adele penuh dengan kekecewaan dalam percintaan dan di olah menjadi cerita yang agak menarik. Sangat berjaya. Lebih kurang juga macam Taylor Swift, cipta lagu berdasarkan pengalaman sendiri. Wave adele kiranya lambat sampai ke US, sebab kat GB dia dah top. Masa dia buat persembahan Brit Awards lagi la menyerlah.
Walaupun persembahan live masa malam Grammy semalam bees rasa agak kurang power, mungkin disebabkan pembedahan. Grammy adalah persembahan pertama Adele setelah dia berehat panjang. Walaubagaimanapun, Aura Adele masih tinggi sehingga sesi dewan berdiri tanda penghormatan kepadanya termasuklah Paul MaCartney.
Kategori yang dimenangi oleh adele adalah Record Of The Year, Album Of The Year, Song Of The Year, Best Pop Solo Performance, Best Pop Vocal Album, dan Best Short Form Music Video.
Woohhooo..


Wassalam

Glory Jane @ Man Of Honour

Assalamualaikum.

Haritu baru je habis tenguk cerita Glory Jane. Antara pelakonnya Park Min young, Chun Jung Myun & Lee Jang Woo dll.. Semalam pi cari DVD dia.. Nampaknyer tak jumpe lagi. Kalau nak tau lebih lanjut, meh kita cari kat kedai DVD.

 Very cute girl & hansome boy...suke tenguk muke diaorg..Mana tau esuk kenan anak cam muke korea..hahaha..Berangan je lebih


Bharat Plantation _ Tea Time

Assalamualaikum.

Kalau dah ke cameron, rugi kalau tak singgah ke Bharat Plantation. Menikmati kehijaun ladang teh yang terbentang luas. Masuk saja ke kedai teh, kami di sambut mesra oleh pekerja disitu. Walaupun sudah hampir seharian di kedai tersebut, pekerja masih melayan pengunjung yang datang dengan riak gembira.
Bila dah selesai menjamu mata dan membeli sedikit teh untuk dibawa pulang, perut pun mula berbunyi. Dah terlepas waktu makan tengah hari, perut pun bagi signal la. Isilah daku..isilah daku...

 Brownies, ini menu hubby

 carrot cake ni, bees punyer.

Pokok teh yang menghijau.
Teh tarik float..both of us minum minuman yang sama.


Lihatlah ladang teh yang luas terbentang

Scone ni rasa biasa-biasa saja, tapi strawberry jem dia memang sedap..rasa strawberry...hahahaha

MARDI Cameron Highlands - Part 2

Assalamualaikum..

Untuk part 2 nih, banyak gambar hubby n bees jer..Hahaha.syok sendiri jer mey..




 Tak kan dah penat kott..hahahaa
 Geram tengok bunga-bunga dah kembang....Weeehuuu
Jangan ditiru aksi sebegini, boleh mendatangkan mudarat.

MARDI Cameron Highlands - Part 1

Assalamualaikum..

Program kami pada hari kedua nak explore Tanah Rata. Nak tengok apa yang ada kat saner. So destinasi pertama adalah Taman Agroteknologi MARDI. Sementara hubby parking kereta, bees beli tiket masuk. Hanya RM 3.00 sahaja untuk dewasa.
Mari kita Eksplore apa yang ada kat saner yer.

 Ini la rupanyer pokok apple...Macam tak pernah nampak jer..excited lebey..
 Ini pokok apa pulak nih. Dari jauh macam pokok bamboo, tapi bila diamati dengan jelas asparagus rupanyaaa..
 Labu air dalam keadaan yang molek. Nak tunjuk kesan aktiviti manusia pada labu air ni rasanyer tak perlu kot.
 Tak pernah memasak leek setakat nih..

Equatorial Cameron Highlands - Santai-santai saje

Assalamualaikum

Lepas buat apa yang patut, petang tu kami terus jer kluar dari hotel. Nak meronda-ronda sekitar Equatorial. Jenguk-jenguk apa yang ada dan apa yang menarik. 

 Bees menunggu hubby untuk check-in. Ramainyer orang, maklum la cuti umum.

 Sambil meronda cari port amik gamba.

Meronda kat tempat orang berjual. Errmmm sambil survey apa yang boleh dibeli.
 Selesai meronda, cari port untuk berehat. Maklumlah, tadi da puas berjalan kaki & dah jamu mata, sekarang turn untuk jamu perut. Hahahah berapa banyak makan daaa..

Sempat lagi nak bergamba, sib baik pandai cover barang-barang yang dibeli. Aper agaknyer ek??..

 Saper amik gamba kami ni eh???

 Haaa kan, bees dengan jagungnyer. Lebih kurang cam bandung jer..Kat mana-mana mesti cari jagung.

Sampai jumpa lagi..Wassalam

Equatorial Cameron Highlands

Assalamualaikum.

Memandangkan cuti hari Isnin dan Selasa, hubby ajak bees cuti kat cameron. Waaahh sukeeee..Mood sangatlah happy. Saper yang tak suka dik oiii..TQ banyak-banyak kat hubby sebab bawa bees bercuti. 


Jalan yang bersimpang siur macam ular kena palu

 Pemandangan dari bawah, tak nampak tulisan Equatorial plak.
 Suasana bilik biasa-biasa saja.

 Bathroom pun amik juga..Hehehe biasa laaa, masuk mane pun kene tenguk bilik air dulu.

Sebelum meronda kita makan dulu, rasa lapar plak bila da sampai
Nasi lemak + ikan bilis + sambal tumis + telur goreng + cendawan goreng = Bekal

Kita sambung lagi nanti..Wassalam


Menu Hujung Minggu

Assalamualikum..

 Masak lemak ikan dan belimbing buluh

 Rebung goreng

Sotong sambal