Pages

Salam

Islamic Calender

Cameron Highland_Rebung & Rose

Assalamualaikum.

Memang dah niat masa pegi cameron tu, balik mesti beli madu n rebung. Dah lama sangat-sangat tak makan masak lemak rebung dengan udang. Dah tak payah lauk lain. Lagi kick kalau ada sambal belacan, memang dah tak pandang kiri kanan. Hahahah burok perangai. MIL penah nampak bees hirup kuah dari pinggan pastu kena tegur
" Ini mak mertua lalu depan pun tak nampak"
Hahahahah bees memang gelak besar la. Hubby sengih je la sebab dia tak pernah buat camtuh. Memang la tersangat burok perangai, sebab nak elak malu besar bees pun menjawab la
" sedap sangat kuah ni tu yang hirup kat pinggan je" sambil sengih lagi tunjuk gigi..
Adegan tu memang tak sopan la. Jangan ditiru oleh sesiapa ya..
Masa turun ke bawah tu, susah juga nak jumpa orang jual rebung. Mungkin sebab hari hujan, depa semua balik awal. Tapi Alhamdulillah, rezeki bees ada. Apa lagi rembat 3 bungkus rebung dan 1 botol madu. Madu asli ya, bukan 'madu' orang asli. Hahahahaha
Sampai rumah kat pineng pun dah lewat, dalam jam 4 petang. Selepastu kena kemas-kemas untuk balik ke BP pulak. Dengan peralatan dapur yang berkotak-kotak, dengan bunga ros segar, ros dalam pasu, pokok keladi dan macam-macam lagi, naik sendat kereta ni. Semua nak bawak balik dah. Kata hubby, balik ni cuma boleh beli mangga ja sebab dari siang menyebut mangga harum manis. Senyum nampak gigi je la. Yeayyy ada harapan cuci mata kat RnR.
Kami gerak dari pineng lebih kurang jam 10 malam. Nak pegi makan dulu sebelum mulakan perjalanan jauh.
Sampai BP lebih kurang jam 6 pagi sebab hubby rehat n lelap mata kejap kat RnR Dengkil. Cepat-cepat keluarkan barang dalam kereta, bersihkan diri dan segala-gala yang perlu then zzzzzzzzzzzzz tapi hubby la..
Bees tak tido then trus kemas barang-barang dan keluarkan dari kotak. Keluarkan baju yang perlu basuh dan relax depan tv.. Amik nafas skit. Pastu teringat kat Rebung n bunga-bunga yang ada.








Cameron Highland 2014_BOH

Assalamualaikum.



Hubby nak sangat pi BOH sebab dah sampai sinih tak kan la la ke BOH. Memang rugi laa.. Alhamdulillah BOH penyelamat ( ini pun pengaruh cerita ombak rindu) . Memang berbaloi la walau nak naik tu jalan sempit. Bila nak turun bawah ada tourist germany nak tumpang pi tanah rata. Kebetulan kami duduk di tanah rata kira ok lah. Masa kat atas tu hari dah mendung, so kami kena la cepat-cepat nak naik tempat tinjau, nak shoping teh n nak minum teh kat cafe. Pada bees (pandangan peribadi) Boh is better than Bharat.


 Ladang Boh yang menghijau. Adalah ladang teh terbesar di Asia.

 Target nak sampai atas tu

 Jauh lagi nak jalan



 Strawberry pie. Sweet saja..

 Strawberry cheesecake.

 earl grey with passionfruit & camomile

 Boh Ada Ummph!



Cameron Highland 2014_Century Phine Resort

Assalamualaikum.

Pergi buat kali ke dua. Dah tak berapa x-cited macam yang pertama dulu. This time duduk kat Phine Hotels & Resort (kes terpengaruh cerita adam & hawa). Nice view bilik sebab amik bilik depan garden. Tak sempat nak snap gambar garden sebab hari hujan n ada brader potong pokok lalang. Shooting malam pun tak der sebab keletihan berjalan dan meredah jam yang tak sudah. Tau lah kat cameron ni banyak jem strawberry, sampai jalan pun sendat ya amat.

 King size bed n yang penting menghadap garden

 Cantik perhiasan dinding tu. Ala-ala perisai. boleh bawak balik tak???

 Sinki yang biasa-biasa aja.

 Bilik air yang menarik. Pemisah antara tandas n shower. Tandas ada pintu

 Mula-mula nampak panas, bila lepas makan bekal hari pun hujan.

 Aktiviti malam hari selepas penat mengira batu atas jalan.


Acar Ikan Masin

Assalamualaikum.

Selalu nampak acar ikan masin kat Fb. Erm try buat la. Biasa bila dok rumah sorang-sorang memang jarang makan. Nak masak pun tak semangat, tapi sebab teringatkan orang jauh tu yang jadi semangat nak buat. Rasa boleh tahan la juga, pedasss.. sebab gula cili pedas n tambah dengan cili padi beganda-ganda pedasnya.

Kira jadilah acar ni. Dapatla buat satu bekas size sos spaghetti kimball.. Berbaloi-baloii..

Nampak Body Glider pun jadi la..

Assalamualaikum.

Al-fatihah untuk MH 370. Moga dapat dijumpai. Sejak kes MH 370, bidang kejuruteraan amat sinonim dengan misi pencarian. Hubby nyer research adalah berkaitan dengan AUV (Autonomous Underwater Vehicle). Hubby guna platform Glider. Uni hubby adalah pioneer underwater research group Malaysia. Sejak akhir-akhir ni SV hubby banyak kali dipanggil oleh stesyen tv untuk temubual samada dalam studio, phone call and video call. Tapi kali ini agak xcited sikit, walaupun interview SV tapi background tu nampak la juga apa yang diusahakan selama 3 1/2 tahun ni. I'm proud of u. Selepas ni misi untuk demo kat laut bersama team media astro awani pulak. Moga semuanya berjalan dengan lancar.

 Nampak body tengah je. Kira ok la tu. Tak nampak orang, glider pun jadila .. Kalau nampak penuh dah macam kapal selam mini ada, torpedo pun ada..hehehe

Berita dalam astro awani.

Wassalam.

Laksa Johor

Assalamualaikum.

Yaeyy..x-roommate nak datang. Dolo dok jauh kat Taiping memang susah nak datang, dengan masih belajar lagi antara faktor utama. Sekarang dah kerja, dan Alhamdulillah dapat keje kat JB dapatlah jemput datang rumah sendiri. Sebelum ni nak ajak datang rumah segan sebab bukan dok umah sendiri. Sekarang dah tak teragak nak ajak kawan2 datang rumah, Syukurrr.
Disebabkan dia orang perak, so kita buatkan Laksa Johor sebagai pengenalan. This time bees je yg ada kat rumah, hubby x de masih kat pineng.

 Bahan untuk hiasan.

 Dah siap dipotong dan disusun.

Siap untuk dimakan.

Wassalam.

Kimchi

Assalamualaikum.

 Bahan asas yang dah dicampur dengan paste lada

 Kita campurkan pulak dengan sayur kobis yang telah direndam dengan air garam dan dicuci bersih.

 Bila dah dicampur, warnanya berubah sikit. Tapi memang pedas la..

Sedia untuk sesi hibernasi.