Pages

Salam

Islamic Calender

Early 2013 Vacation_Part 1

Assalamualaikum.

Dah hampir bersawang blog ni sebab tak ada update benda baru. Kesibukan sedikit dengan kerja + urusan peribadi yang perlu diambil perhatian membuatkan banyak post yang tertangguh. Tak kisah la kan.
Kali ni bees nak post pasal cuti kat Colmar, Bukit Tinggi. Tempat ni memang tak der dalam list bees, tapi hubby kata " apa kata kita try jer pi sana. Kalau dah pegi baru la rasa seronok ke idak." Betul jugak tu, sebelum ni dengar kawan-kawan cerita jer. Maklumlah belum sampai masa untuk sampai kesana berbanding rakan-rakan yang lain. Banyak juga benda yang harus difikirkan. Salah satu adalah budget, boleh ke kesana???
Hasil kira-kira yang pastinya cukup detail, tambah dan tolak sama-sama seiringan. Bagi sesetengah orang itu semua perkara kecil. Alhamdulillah rezeki Allah kurniakan, dapat kami jejak kaki kesana.
Trip 3 hari 2 malam kali ni pasti penuh dengan aktiviti.1st day sampai,hari dah agak petang. lewat jam 5 baru kami check-in. Selepas berehat kejap untuk hilangkan lenguh badan, kami jalan-jalan sekitar tempat menginap. Not bad, dengan bangunan yang mengekalkan ciri-ciri Perancis amat mengamit mata. Berjalan-jalan di Colmar Square pada waktu yang lewat memang best. Sejuk sedikit, walau tidak sesejuk Cameron Highlands.
Awal malam, ada persembahan pentas, bees n hubby cuma dengar jer dari bilik. Malas rasanya nak melayan muzik yang agak bingit didengari dari bilik bila waktu senja-senja nih. So kami cuma memandang gelagat manusia yang lalu lalang dari tingkap bilik. Just nice, dapat bilik yang boleh lihat sepanjang Colmar Square.
Keesokan harinya, pergi kebeberapa tempat yang selalu jadi tumpuan, Rabbit park, Japanese Garden & Botanical garden. Nak pegi buat flying fox and merentas jambatan tengok atas sampai bawah, memang tak boleh. Kalau dengan baju kemeja n seluar slack memanglah tak sesuai. Kalau pakai sport shoes n t-shirt baru la sesuai.