Pages

Salam

Islamic Calender

Dari Konvokesyen ke Kembara Mahkota Johor 2010

Assalamualaikum..

hari berganti minggu...minggu bertukar bulan...bertambah sibuk apabila menjelangnya bulan ramadhan...Masing2 sibuk nak buat program seminar, kolokium n macam2 lagi..sumer nak record n jadikan bahan digital yg boleh disimpan dan sebagai kenangan ataupun arkib...
konvokesyen khas dah berlalu...namun masih terasa lagi bahang konvo. Ada lagi cerita2 belakang tabir yang kurang enak didengar. Kesalahan diletakkan dibahu org lain. Tangan masing2 saling menunjuk antara satu sama lain. Bila pihak atasan minta report, jadi tak tentu arah satu unit. Mana tidaknya, kenape pula minta report sedangkan kesilapan bukan dipihak kami. kan rasa hairan dan pelik. Mungkin atas sebab kesalahan pemahaman individu, timbul lah pula kambing hitam dikalangan kami. Nasib baik ia bertindak balas dengan segera bagi mengelakkan diri dijadikan korban kekalutan ini. Bagaikan parang sudah berada dileher, semahunya ia ingin melepaskan diri untuk meyelamatkan nyawanya yang hampir hilang ditangan manusia yang tidak tahu berterima kasih. Sudah terlalu lama perasaan kurang puas hati dipendam, kini tiba masanya untuk meluahkan segala yang terbuku didalam hati yang kecil itu. Bagaikan gunung berapi yang sudah lama tidak aktif, ia mempamerkan sedikit demi sedikit rasa ketidakpuasan hati kepada orang atasannya. Terdiam dan mungkin terkejut dengan reaksi yang agak agresif. Tak terkata dibuatnya. Keadaan jadi agak kurang selesa apabila ketegangngan emosi terus-terusan berlaku. Sampai bila perkara ini harus berlarutan. Harap2 ianya akan hilang seperti sampah yang dibakar menjadi abu dan hilang dibawa angin...
Perihal kembara pula, banyak sungguh tape yang harus di 'capture' dan diedit. Kalau x silap ada 15 semuanya. itu tak termasuk handycam lagi..peeehhhhh banyak sungguh n rasa letih mata nak menengoknya satu persatu. Worksation baru saja bertukar hard disk. Bees harap perkara yang tidak baik x kan berlaku seperti apa yang baru saja berlaku semasa edit video ijazah kehormat dr. falsafah pendidikan...Aritu Sib baik sempat save raw file kat hard disk lain. Syukur Alhamdulillah...
Edit video kembara akan dimulakan dengan Perasmian JB Sentral dan Perasmian Kembara Mahkota Johor 2010. Seterusnya akan menyusul pula perjalan hari pertama hingga hari ketiga iaitu hari terakhir.
Selepas ini ada lagi kembara yang akan menyusul pada 6-8 ogos..kita sama2 tunggguuuu...

Jemputan kawin & hujung minggu

Assalamualaikum...

Seperti kebiasaan pada cuti hujung minggu, ada saja jemputan kawin mahupun kenduri ataupun yasin. Blah johor memang selalunya ada majlis tahlil dan yasin(yasinan).
Jadual hari sabtu dan ahad penuh sudah. Sabtu pi jemputan & ari ahad ada kerja.Pi jemputan lepas zohor. pas je abih jemputan hubby nak bawa gi jalan2 tapi x tau nak pi mane...so drive je lah keta trus ke muar. Baru teringat MIL pesan buah kelapa muda. so dapat la juga akhirnya kat muar...Pasni nak kemana pula...Hubby kater pi jalan terus la..so akirnya sampai juga ke Merlimau....Alamak..da jauh rupanya..so jalan2 pi tengok negeri orang. best juga jalan2 camnih..Dalam perjalanan ternampak signboard makam tun teja...so ajak la hubby pi sane. Ingatkan tempatnya memang khas disediakan kat satu kawasan lapang. rupa-rupanya hanya di satu lorong kecil tetapi di tepi kawasan sawah. Kawasannya terjaga dan dipagar besi. Betul2 di pintu masuk ada sebuah gerai makan. So agak terlindung sedikit makam tersebut. Oleh kerana bees tengok ada beberapa orang disitu, bees terpaksa membatalkan niat untuk singgah. Insya-Allah lain kali ada umur dan kelapangan bees akan singgah jua disitu.

Perjalanan diteruskan kehdapan sedikit. tiba-tiba ternampak gerai yang menjual ikan-ikan segar..Apa lagi, bees ni kalau nampak ikan segar rasa teruja gitu...banyak sungguh ikan2 segar camnih..kalau lah BP macam ni kan best..Ini x, nak jumpe ikan segar memang susah kecuali ikan keli n ikan talapia hitam...tapi kat merlimau ni ada macam2 jenis ikan segar..dari sekecik2 hingga sebesar baldi...hhhuuuiiii...rambang mata ni melihatnyaaa...Ada ikan duri, mayong, cencaru, kerisi, tenggiri, udang besar n macam2 lagi...Udang dia memang besarrr punyeee...1kg Rm40...sukeeee sangat...tapi x bleh nak bli banyak sebab kat rumah da bli stok ikan untuk 1 minggu sebab esok kerja...Bees beli ikan duri n ikan pari..masih fresh lagi...Ehhhh da jam 5.15pm..tadi tauke betulkan tv da tepon soh amik petang nih...X boleh jadi camni...kalau lambat x dpt la tgk tv lagi...da hampir 1 bulan x tgk tv sbb tv rosak...x bleh jadi nih..harus pecut balik ke BP...
On the way balik lalu kat Lebug AMJ...Ape tu AMJ???bees pun x tau..nanti bees tanyer ngan org melaka ehhh..



sempat snap jambatan kedua muar...

k.lah..bees nak cau cincauu...nak minum cincau...Nite..nitee..
Wassalam...

Fast Burger

Assalamualaikum..

lambat sungguh network kat rumah ni. Nak upload pic pun lambat. Just nak upload burger yg bees buat untuk hubby. Ada roti lebih semalam. Apa lagi buatlah burger..Namanya Burger d'bees. hahaa..suke ati la nak letak nama apa kann..sendiri punyer...



Nampak cam tinggi x??hahaha..Tak muat mulut bila nak makan..




Suka buat sepah. Abih cadar katil disepah2..Ini gara-gara kena tinggal. Sumer benda disepahkan. buat mogok la tu...kesian ngan tuan dia kena kemas..




Nih muka bila nak kena tinggal pi sukan aritu...merajuk dua-dua..hahaha..padan muka kena tinggal.

Selesai sudah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. minggu ini dapat dilalui dengan penuh kesabaran. Akhirnya selepas beberapa bulan diusahakan terhasillah video yang telah lengkap dan tiada komen negatif. Ini adalah apa yang bees harapkan. Cuma debaran belum berakhir lagi. Bilamana Konvokesyen ke-9 UTHm telah selesai, barulah bees dapat tarik nafas lega dan dalam sekali. Video telah ditayangkan tanpa masalah. Itulah yang seharusnya. Penat semua yang terlibat dalam menghasilkan video tersebut akhirnya berbayar dengan mendapat pandangan yang amat positif daripada VIP seperti Tun Abdullah sendiri, MB Johor, Menteri pengajian tinggi dan dll lagi. Syukur kepada Allah kerana sempat bees menyiapkan video ini pada saat akhir. banyak juga penambahan yang dilakukan. Bila meninggalkan kerja2 penyuntingan untuk bersukan, banyak perkara yang sepatutnya siap mengikut jadula terpaksa ditunda. akibatnya, sampai lewat malam juga barulah dapat disiapkan. Sudah namanya pun kerja.

Bees sempat juga membuat roti untuk hubby n MIL also me untuk breakfast. Mudah, sebab esok pagi tak susah2 nak buat sarapan. Tinggal buat air saje. roti bees x de la cantik macam orang lain. masa bakar terhitam skit..Mana taknya, masa bakar lupa nak rendahkan suhu skit, dah tu tinggal wat keja lain..pasang timer, tapi kalo da wat keja kat bilik mmng x denga la kann..Inilah hasilnya...



Garlic Bread. sedap..Hubby n MIL pun suka



Roti manis biasa..sengaja buat 2 jenis untuk variety.



Merajuk sebab x layan dia..hahahaa

Kuat makan

Assalamualakum..
Disebabkan minggu haluan siswa x jadi nak record, so malam x de wat ape...Apa agaknye yang boleh aku buat eh..Errmm teringat pasa sesuatu..apa lagi kalau pasal makan. Bukan ape, sejak balik dari sukan aritu selera makan bertambah. ada masa sikit pun nak makan saje..mana x gemuk badan nih. Hubby pun da prasan..
Disebabkan nafsu makan sangat tinggi, haritu bees buatkan spaghetti utk hubby. simple je. Buat dgn bahan yg asas saje.. Yang penting sedap..



Lihatlah hasilnya. Warnanya tak menawan kalbu, tapi rasanya bila makan pasti senyum sampai telinga. Seperti hubby bees juga.

Kerja..kerjaa..

Assalamualaikum...

Minggu ini jadual agak pack sedikit. setelah lama meninggalkan office untuk pergi bersukan membuatkan banyak kerja yang pending. Untuk mencari mood kerja agak mudah sedikit walaupun setelah bercuti lama. Awal pagi ku fikirkan ada event di dewan, tapi last minute tak jadi sbb dia buat kat F2..so x yah lah aku dengan membawa kamera n tripod sorang2. kalo ada orang tgk da macam kerja buruh je kan...Tapi da namanya makan gaji, kenalah buat kerja. Tak boleh nak harapkan orang lain sajesetelah membelek-belek e-mail dan ber fb sebentar, barulah dengan kadar perlahan-lahan membuka2 file yang boleh dibereskan. tapi tak juga siap. hahaha..Banyak nye keja nak disiapkannn..nak silent mode sekejap la..

SUKUM

Assalamualaikum..

Banyak perkara yang dilalui sebelum ke SUKUM dan banyak juga selepas itu. Ada yang sangat mencabar kesabaran dan ada juga menguji kekuatan minda...
Kami memulakan perjalanan jam 10 malam. berhenti di hentian seremban untuk rehat sebentar minum kopi. Ada agenda lain sebenarnya, ada kawan dr.zie tunggu kat situ. Sop pi penang sama la. Disebabkan bawa barang n beban tambahan, terpaksalah 1 beg baju kena transfer kat keta kami. So penuhlah satu keta ngan beg2 yg boleh tahan besar dan beratnya..hehehe..
Hentian seterusnya ialah Tapah...Berhenti untuk tidur. Kesian kat hubby drive sorang2..penat kursus x abih lagi trus drive pi sukan plak..So bg dia rehat about 1 hour. sempat lagi dia jalan2 n lelap mata. kat situ juga isi minyak sebab lepas ni kami akan terus ke Taiping untuk hantar anak dr zie. Solat subuh kat surau skolah tu juga. Lepas tu trus gerak ke Gorgetown.
Sampai kat G.Town jam da kul 9.00 pagi..perut da kenyang skit sbb singgah kejap untuk b.fast..makan roti telur saja..Sampai kat g'twn tu drop kawan dr z kat hotel..ntah nama apa x ingat sangat..Disebabkan hotel n megamall da dekat, so tunggu je la dalam keta samapai jam 10.00 pagi..Sebab team dapat booking lane dari jam 10.00 pagi - 3.00 petang..so memboling la kat situ..badan da rasa letih yg amat. Tapi disebabkan nak juga training lane kat sane, so turun juga la. Petang tu training 3 game je..Rasa2nye da tak larat nak angkat bola..hahahaa..terukkk kannn..
Sebelum masuk bilik apa lagi yek blum buat..banyak benda tuu..1st mesti makan dahulu sebab kalau da check-in bilik gerenti pastu malas nak kuar. Makan KFC je. ok la tu..x biasa lagi ngan menu peneng..karriiii....berlariiii la jawabnye..hehehe faham2 je la..cik tand mesti buat panggilan pulau...
Malam tu makan kat padang kota. Ada orang kata best, tapi x tau la mane bestnye...Lain orang, lain seleranye kot..Lidah johor nih payah skit nak handle pasal makan. Pas abih makan x de kemane pun, trus balik..esok pagi game da start. Kul 10.00 pagi..

itulah antara perjalanan yg kami lalui dari selatan ke utara. banyak lagi yang akan di postkan nanti. Wassalam...