Pages

Salam

Islamic Calender

Dari Konvokesyen ke Kembara Mahkota Johor 2010

Assalamualaikum..

hari berganti minggu...minggu bertukar bulan...bertambah sibuk apabila menjelangnya bulan ramadhan...Masing2 sibuk nak buat program seminar, kolokium n macam2 lagi..sumer nak record n jadikan bahan digital yg boleh disimpan dan sebagai kenangan ataupun arkib...
konvokesyen khas dah berlalu...namun masih terasa lagi bahang konvo. Ada lagi cerita2 belakang tabir yang kurang enak didengar. Kesalahan diletakkan dibahu org lain. Tangan masing2 saling menunjuk antara satu sama lain. Bila pihak atasan minta report, jadi tak tentu arah satu unit. Mana tidaknya, kenape pula minta report sedangkan kesilapan bukan dipihak kami. kan rasa hairan dan pelik. Mungkin atas sebab kesalahan pemahaman individu, timbul lah pula kambing hitam dikalangan kami. Nasib baik ia bertindak balas dengan segera bagi mengelakkan diri dijadikan korban kekalutan ini. Bagaikan parang sudah berada dileher, semahunya ia ingin melepaskan diri untuk meyelamatkan nyawanya yang hampir hilang ditangan manusia yang tidak tahu berterima kasih. Sudah terlalu lama perasaan kurang puas hati dipendam, kini tiba masanya untuk meluahkan segala yang terbuku didalam hati yang kecil itu. Bagaikan gunung berapi yang sudah lama tidak aktif, ia mempamerkan sedikit demi sedikit rasa ketidakpuasan hati kepada orang atasannya. Terdiam dan mungkin terkejut dengan reaksi yang agak agresif. Tak terkata dibuatnya. Keadaan jadi agak kurang selesa apabila ketegangngan emosi terus-terusan berlaku. Sampai bila perkara ini harus berlarutan. Harap2 ianya akan hilang seperti sampah yang dibakar menjadi abu dan hilang dibawa angin...
Perihal kembara pula, banyak sungguh tape yang harus di 'capture' dan diedit. Kalau x silap ada 15 semuanya. itu tak termasuk handycam lagi..peeehhhhh banyak sungguh n rasa letih mata nak menengoknya satu persatu. Worksation baru saja bertukar hard disk. Bees harap perkara yang tidak baik x kan berlaku seperti apa yang baru saja berlaku semasa edit video ijazah kehormat dr. falsafah pendidikan...Aritu Sib baik sempat save raw file kat hard disk lain. Syukur Alhamdulillah...
Edit video kembara akan dimulakan dengan Perasmian JB Sentral dan Perasmian Kembara Mahkota Johor 2010. Seterusnya akan menyusul pula perjalan hari pertama hingga hari ketiga iaitu hari terakhir.
Selepas ini ada lagi kembara yang akan menyusul pada 6-8 ogos..kita sama2 tunggguuuu...

No comments: