Pages

Salam

Islamic Calender

Hutan Belantara

Assalamualaikum..

Tajuk memang hijau.. Tau lah tuan punya blog pun minat hijau.. Ermm apa yang hutan belantara ni ek??? Adakah tuan tanah pegi mengembara di lautan pohon-pohon. Memang mustahil la tuan tanah nak pegi tempat-tempat yang sebegitu, tak larat rasanya. Maklumlah tuan tanah ni agak 'berani' dengan gelap dan tempat-tempat sunyi..Kehh..kehh.. baru bunyi ranting kena pijak dah menjerit tak tentu fasal. Apa punya berani la.. Opss  banyak pulak melalutnya.
Memandangkan BIL nak kawin dah, so rumah MIL dah kena kemas-kemas la. Maka tuan tanah terpaksa melepaskan bilik tidur utama kepada ahli baru yer. So selepas ni, tuan tanah akan menjalani kehidupan secara nomad, bunyi dah macam semut pulak yer ..hahahaha
So bermulalah menebas rumput yang dah macam hutan belantara(seperti tajuk kat atas). Hutan belantara ni terjadi bila tanah yang ditinggalkan tidak berpenghuni dan tiada aktivi yang dijalankan. Lebih senang kata rumah tinggal la, cuma bezanya tidak berhantu. Tuan tanah yang jadi hantu, kejap ada..kejap tak de..
Nak membersihkan hutan belantara ni bukanlah satu kerja yang mudah. Memerlukan kudrat dengan sepenuhnya. Kalau takat meracun jer mungkin tak banyak masalah, tapi yang ni kayu kayan sudah kelihatan. Maka kerja-kerja membersih memakan masa yang agak lama. Dah la tuan tanah kat selatan, hubby pulak kan utara, apa boleh buat tunggu hubby balik la yer. Tapi sementara nak tunggu hubby tu, mana-mana yang boleh buat dulu, tuan tanah buat. Memang berpeluh habis. Buat kerja membersih satu hari jer sebab tak larat gila. Esuknya pergi kerja dalam keadaan badan semua sakitt..Huaaaa nak menagis pun ada masa tu. tapi nak buat camner, dah diri sendiri yang nak buat..sekarang rasakannn... Bukan sayang nak upah orang, tapi konon nak merasa macam mana rasanya membersihkan hutan belantara dengan sendiri.. Memang tak terbuat la tuan tanah. Penghabisnya, tunggu hubby je la balik.. Salute kepada sesiapa yang melakukan kerja-kerja dengan menggunakan kudrat (fizikal) yang sangat tinggi ini. Tuan tanah bukanlah dalam kategori yang gagah perkasa, sikit-sikit boleh la...


Hutan Belantara dan hasil tuaian. Lebih dari 8 bekas plastik hitam, itupun belum semua yang dibersihkan. Banyak lagi..

 

Yang ni, hutan belantara yang bakal 'dikerjakan'.... Haaadddooiii larat keee????

Deepavali Decoration " Kolam "

Assalamualaikum..

Bila orang sambut Deepavali, biasanya mereka akan membuat ' Kolam '.. Cantik-cantik sungguh hasil seninya. Kalau bees ntah la jadi macam mana la rupanya. Biasanya kat pasar raya jer yang ada. Kalo nampak mesti bees snap untuk buat simpanan..


Ini bees jumpa kat Jawi. 
 

Yang ni bees jumpa kat carrefour BP

Yang di pulak kalau tak silap masa pi Lumut.. Tapi tak tau kat shoping mall apa..

Ermm apa lagi yer nak cerita, dah tak tau la..ok lah..jumpa lagi..

Wassalam..