Pages

Salam

Islamic Calender

projek weekend

Assalamualaikum..
Weekend ni ada satu projek nak kena siapkan. bukan apa, ada teman bees soh buatkan brownies yang bees bawa arituh. Dia minta resepi n bees da bg, tapi x leh nak wat sbb ovent x de. so dia minta tolong bees buatkan. tapi bees da cakap awal-awal, rupanya x seindah nama, tapi rasa sekali memang nak makan lagi..hehehee..brownies..brownies..brownies..Tapi nak watkan hubby apa plak minggu ni eh???errrmmm..memikir lagi nih..x der idea plak...

Tahun Baru 1431H dan hujung minggu

Assalamualaikum..

Agak lama dah tak update blog ni. Disebabkan masa yang ada digunakan untuk perkara yang lebih penting. Hehehee..ayat..Biasala..tahun baru, dengan azam baru, matlamat baru dll..banyak yang nak diungkap tetapi x perlu rasanya disini. Biarlah hanya Allah dan bees je yang tahu...
Sudah beberapa minggu rasanya, bees tak ada dirumah pada waktu hujung minggu. Minggu ni Alhamdulillah, selama cuti 3 hari ni banyak masa ada dirumah. Banyak juga perkara yang diselesaikan selepas penangguhan selama beberapa minggu. Yang best n utama dapat lepak2 kat umah pada waktu siang ngan hubby...Tapi malam, sian hubby kena siapkan study plan sampai ke pagi..Sabar ya, Insya-Allah apa yang abg buat sekarang ni akan dapat rahmat daripada Allah. Moga semuanya dipermudahkan dalam segala urusan.
Dalam cuaca yang sejuk camni, dapatlah bees berkebun skit kat dpn n belakang uma. tak lupa juga pada pokok-pokok bunga yang ada. Tengok pokok2 lada yang ditanam sebelum ni suda ada teman. siapa?? siapa lagi kala bukan cik rumput yang tumbuh segar disekelilingnya. Banyak plak tu, jenuh juga bees nak bersihkan. Tapi, segala aktiviti tu baik untuk kesihatan dan minda kita. Dalam sibuk bees membersihkan poko lada, tiba-tiba...dia datang..jeng..jeng...dengan muka selambanya 2X(ni kena ikut rentak lagu lama)..huhuuuu..ingatkan siapa..rupa-rupanya, kucing kesayangan bees. siapa lagi kalo bukan jojo..bagus juga dia nih, dapatlah temankan bees buat keja walau x bleh nak disuruh...heheee..da namanya pun kucing.. Nak citer skit pasal kucing-kucing bees nih. Masa ketiadaan bees n hubby, kucing2 bees sumer lekat ngan emak. Wat teman emak kat uma.. Tapi bila da balik, sumer buat jual mahal ngan emak. Kelakar tul la tengok perangai kucing2 bees. Pandai tul kucing2 nih pilih tuan..heheheee..
Alhamdulillah, cuti-cuti ni dapatlah buatkan hubby brownies. Lama dah x buat brownies..pastu makan ngan vanilla ice-cream..memang syiok...hehehee..buat kek pun setelah selesai aktiviti kat pasar n memasak. Kul 7.pm rasanya..hehehee.. Banyak sungguh barang2 yang kena dibeli minggu ni. Maklumlah, da lama x pi pasar..Bees paling suka pi pasar ni, sbb ada banyak sayur2 kampung n murah sedikit berbanding kat pasaraya. Ikan yang ada pun segar2 skit, tapi kena pandai pilih.
Minggu depan ari jumaat x keja, apa agaknya aktiviti yang nak aku buat eh???...

jalan-jalan..kerja..shopping...

Assalamualakum...

Minggu ni agak sibuk ngan ikut hubby kerja..bees dok jadi co-pilot,tido, makan, jalan-jalan maknanya (cuti)..walaupun agak penat tapi best. kali ni hubby gi lagi ke kota bharu, kuantan dan kl untuk lawat student. 3 in 1 la kiranya..

First day gerak ke KB kul 7.oo pagi..On the way baru nak masuk rompin da ujan plak..so hubby bawa keta slow skit. Hampir sampai kat simpang gambang, tengok kanan kiri, upanya air da penuh kat kebun kelapa sawait. mungkin itu bagi kawasan rendah. tengok kat anak pokok kelapa sawit, nampak hujung je. da cam tasik plak. jalan depan skit, rasa x percaya plak. Driving school pun banjir..huhuuu..habis keta sumer kena letak kat tepi jalan..tergendala aktiviti nak belajar memandu. Jalan depan skit, da air melimpah kat jalan. Jalan yang sepatutnya 2 lorong da tinggal selorong je yang boleh lalu, itupun air da limpah lebih separuh dari lane kedua. Deras je air lintas ke lorong sebelah. takut gak bees, bukan apa, kalau air deras camnih kenderaan kecik cam keta nih pun boleh sangkut. Dalam hati, janganla jadi yang bukan2. Hujan terus berlarutan hingga kemaman. Alhamdulillah da tak hujan,dapatlah kiranya sampai ke KB dalam lingkungan tempoh yang dirancangkan. Dugaan tak habis kat situ, rupa-rupanya jalan yang sebelum ini bees gunakan diturap cantik, kini habis berlubang2. Mungkin kesan hujan yang panjang kat terengganu. ini mengganggu kelancaran perjalanan. Sebelum tuh, sempat juga singgah kat ICT (ikan celup tepung)..tapi bees x amik ikan, sbb Hubby nak sotong n bees nak udang n bli la skali kopok goreng. makan dalam keta je..n then truskan perjalanan..
Sampai di sutera inn jam da menunjukkan kul 6.30 petang..Alhamdulillah sampai juga dengan selamat. Malam tuh try pi kat up-town, tengok2 x der ape2 yang menarik. nak makan kedai makan da banyak tutup n amik keputusan makan kat hotel je..Esok pagi hubby nak pi lawat stdnt LI kat Hospital KB, so sementara tuh mengemas la sikit barang2 yang dibawa..
Kul 11.30am bertolak pula ke kuantan. Sebelum tu singgah kejap kat pasar payang untuk beli barang yang dipesan oleh emak mertua. Sampai kat grand continental kul 6.15pm, pastu rehat la sampai besok pagi..ceh... nak rehat sampai besok pagi konon. kul 8.30 da ajak jalan..hehehheee...shoping skit kat reject shop...pi singgah kedai buku, tapi...ngeeee pening pala tengok buku2 yang ada. tak tersusun langsung..mood nak cari buku trus hilang..hubby plak, baru masuk da nak kuar, sbb sampai kat rak yang dia nak, buku lintang pukang...x suka la tuh..huhuuu..akhirnya bli juga majalah mingguan wanita.. Esok nak bertolak ke KL plak..
Sampai Grand Seasons kul 3.00pm trus check in. rehat kejap pastu pi jalan2 plak..Puas la juga hubby bawa bees jenjalan. pi la the mall, sogo, bts, bb plaza, klcc n banyak lagi..Balik habis urusan keja x terus balik uma, singgah jap menjenguk haiwan2 ciptaan Allah yang x boleh bela kat uma.. Apa lagi kalo bukan zoo..hehee..then trus bali ke bp..sampai pun da kul 10.00pm..alamak..esok keja..huhuhuu

Spaghetti

Assalamualaikum..

Semalam balik perut rasa lapar..sampai uma da kul 6 lebih..nak masak makan malam lagi...Apa bertandak la aku kat dapur..ktung ktang..ktung ktang..siap sudah, tapi perut berbunyi pulak..pagi td amik breakfast je..tgh ari n petang x makan...sib baik menu agak mudah..ketam masak lemak, sambal belacan, ikan kering ngan buncis goreng...nak masak ape eh???alamak da azan...ermmm spaghetti..terlintas pulak kat kepala nih...trus je amik balance spaghetti yang buat laksa johor arituh...dan trus ktung..ktang..ktung ktang..siapppp..kul 7.30pm...bekejar utk buat apa yang patut...pastu apa lagi...makan time..ehhhhh japppp...ni kalo da makan spaghetti takut plak da kenyang n x makan malam..siapa yang nak makan lauk2 tu semua..x kan nak biarkan emak makan sorang2....ermm..da kul 8.15 nih..akhirnya makan la skit ngan hubby..selebihnya buat bekal gi keja..hehehe or makan dalam keta..ini lah hasilnya menu ekspress bees..da makan baru teringat nak amik gamba..sory yanggg..cheese pun da x nampak..huhuu





1 cekak spaghetti

bahan-bahan sos
5 sudu makan sos spaghetti tradisional
1 labu bawang besar-potong dadu
1 biji lada benggala (kalau x ada bleh guna lada besar biasa)-potong dadu
1 keping daging burger (ni kes x der daging kisar)
1 sudu mix herb
1 sudu kecil serbuk lada (kalau nak pedas)
1 biji tomato-potong dadu
sedikit minyak
sedikit garam

cara-cara
1. panaskan minyak dan masukkan bawang. medium heat..
2. masukkan tomato dan lada.
3.masukkan daging dan tunggu hingga daging setengah masak.
4. masukkan sos spaghetti dan mix herb dan serbuk lada..tambah air sedikit untuk daging masak.
5. setelah 10 minit siap.

Boleh tambah chesee kat atas ngan daun ketumbar untuk bau fresh..

resepi ni amik dari gaya jamie oliver..semua masuk jer..campak-campak semua bahan..yang penting ia bersih...rupa kurang ada tapi yang penting rasa..hubby kata ok, sedap..pasni x yah la pi kat pizza hut kalo nak makan spaghetti..datang uma bees je..nanti bees buatkan...huhuuuu..


Bunga-Bunga Berkembang

Assalamualaikum...

Hari ni cuaca agak baik..teringat pulak semalam nak uploadkan gambar-gambar bunga yang ada kat umah..Tak ada la banyak sangat tapi kira ok la juga..Ini adalah sebahagian pokok yang berbunga..kalau emak mertua bees suka buat koleksi pokok tajuk...Bees tak tahu apa nama saintifik..yang bees tahu pokok tajuk..heheheheehee..




Ini bunga mawar..bunganya sangat wangi..masa buat sirih junjung untuk hantaran kawin ada juga guna bunga nih..minat sangat dgn bau dia..so freshhh...



Ini pokok bunga ros kat umah emak bees...Bunga ros nih tebal...itu emak bees suka..kalau bunga ros tipis atau cameron memang dia tak berapa minat..tapi kalo da anak dia yang bagi dia tanam n bela je la..emak bees ada geng bunga, cam besan dia juga...



Ini pulak bunga daisy...hubby suka ngan pokok daisy ni..so tanam untuk tambah koleksi bunga..selain dari pokok daisy nih, hubby suka pokok orkid..nanti bees post kan pokok orkid yang hubby beli masa kat padang besar...



lagi pokok daisy hubby..geram tengok bila dia berbunga..cantik dan besar2..




Ini bunga ros kat uma mak mertua..pokok nih beli kat kedai fvrt emak mertua kat bp..





bunga daisy lagi



dan daisy lagi...



daisy



daisy..daisy..daisy..



Pokok orkid yang jarang berbunga..setahun sekali je berbunga..dapat juga tgk masa dia kembang..



Orkid ni ada kat uma emak bees je...da lama tanam, sebelum bees berumahtangga...




daisy putih..




daisy kuning..



red_rose

Rumahku Hampir Siap

Assalamualaikum.. Syukur Alhamduillah Allah masih memberikan aku untuk menghirup udara yang segar ini. Emmm minggu nih bees pi tgk umah..sbb da lama x jenguk..apa perubahan yang ada kat situh agaknya eh..Banyak juga rupanya. Sebelumni, dalam rumah penuh ngan sampah..cam dah tak rupa rumah, tapi rupa pondok tinggal. huhuhuuu...apa2 pun, aku nak update sesikit la gamba untuk kenangan aku. yelah, my sweet home in progress...



waaaaa...da bersih...da x de tangga n sampah sarap..huhuuu..baru nampak rumah skit..



jeng..jengg..jengggg..ni dari dalam umah..da boleh letak net kat depan..bleh main badminton..hhahaha..jgn mare yanggg...



tangga nih, hubby x berkenan sangat ngan pemegang tepi nih..bergoyang bila tertolak sikit..marilah bergoyang (ikut rentak lagu kar radio)..ahakss..ahaks..




pemandangan dari balcony family hall atas..sementara lom buat umah sebelah..dapatlah tgk pemandangan indah..pasni kena tgk muka org sebelah plak...



view dari balcony master bedroom..alamak..x nampak la..jauhnye..



Ingatkan bees tangga ni da x der, upanya kat dalam umah plak...
.


Dalam kepala ni banyak betul pokok yang nak ditanam..terutamanya pokok herba, ulam n pokok sayur la apa lagi...baru tahu baja apa yang digunakan dan yang paling penting x der racun...hehehee...kalo kat umah skang nih, tanam pokok lada, daun bawang, daun sup, daun kucai, cekur, kunyit,daun kari, selasih, ulam raja, kacang bendi, tanam dalam pasu..ada juga yang tanam kat tanah...tapi bila tanam kat tanah biasanya b*** rajin korek..abih pokok nangka mastura, ubi, keladi sumer kena kerjakan..x done nak rasa..huhuhuuu sedeynyer..x der rezeki lagi bees n family nak makan..mungkin itu rezeki b***...Esok-esok bees uploadkan gamba2 pokok-pokok yang ada kat uma termasuk pokok bunga..al maklumlah sama hobi ngan emak mertua, tanam bunga...




kat sini plak hubby nak buat air pancur n kolam..tak tahu camner rupanye kalo dah siap...

Kucing oh Kucing

Salam semua...
kucingku dah besar dan semakin membesar dan terbesar..huhuhuhu..kucing yang menjadi peneman emak bees dirumah...yang sekor manja bukan main sampai kalo tido dok atas badan...yang sekor lagi tgk mood...kekadang x dok dengan bees kekadang x nak..

Rumah Oh Rumah



Bestnyeee kalo dapat umah nih kan....



Roti Berlauk

Hari minggu lepas rasa cam nak makan roti berlauk je masa brekpes...nih peberet hubby..bees pun suka juga..so malam tuh pas pi beraya uma k.long kat parit sulong terus je kedapur...memandangkan resepi ni emak mertua bees yang punya so kene la tulih dalam buku kan..esok2 bebila masa hubby nak makan da boleh buat sendiri...buat roti nih senang sebenarnya cuma makan masa skit la..sebab roti tak buat lagi..hahahahaaaa...
ktung-ktung...tok..tokk..abih dapur emak ku macam kat warung...sib baik hubby x tengok masa tuh...heheheee...so malam siapkan bahan-bahan asas...esok pagi cuma nak menebar jer..sebut menebat nih bees bukannya reti..kalo takat tepek-tepek tepung pakai tangan tuh bleh la..kalau menebar mesti tepung dah sampai kat dinding atau lantai..hahaha..x pun terbarai..belum sepat terbang dan barai kat bawah lantai...so dengan menepek doh dengan gaya shaolin akhirnya roti berlauk bees pun sampai juga ke kuali dan siapppp...pehhh...best giler bila tgk roti tuh goreng dengan cantik jer...cam bees juga..hahahahaa....roti nih makan gitu jer..x der kuah...




akhirnya...beginilah rupa roti berlauk bees..nampak cam sedap tapi memang sedap..best..hubby pun puji juga..dah boleh wat sendiri pasnih..yummmy..

InterVarSiTI 2009 - UMT

Salam semua...Bulan Jun arituh bees pi intervarsiti...utk team boling. walaupun x dapat pingat tapi atas usaha keras semua dapat memperbaiki ranking dari tahun lepas.. tahun lepas memang cam x reti baling...masa tu ladies team semua new bowler...so x de pengalaman.. so masa kat umt arituh rasa takut n gugup da kurang skit..
Ingatkan masa kat umt dapat la main kat stadium Sultan Mizan. Tetapi stadium tersebut runtuh sebelum hari intervarsiti. mujur kami semua belum sampai lagi kesana..Tuhan sayang dan panjangkan umur kami semua untuk menghirup udara nan segar serta bersyukur keatas semua rahmat yang telah dilimpahkan..
Alhamdulillah dapatlah sukan ini berlangsung dengan jayanya walaupun vanue telah ditukar. team lelaki n pompuan tempat asing2..jauh plak tuh..team lelaki kat KT bowl ladies plak kat equesterian kt...


2 dara 1 mak dara..hehe..sory..jgn maraaa


kat kt bowl memberi sokongan kepada pasukan lelaki..ehhh tetiba jer pengurus terselit kat tengah..

bersama pengurus selepas perlawanan...tahniah buat semua n tq..