Pages

Salam

Islamic Calender

3 hari 3 malam

Assalamualaikum..

Cam pelik saje bunyi 3 hari 3 malam. Yang pastinya 3 hari 3 malam tu sungguh terisi.walapun perjalanan mengambil masa 2 malam, bees tak kisah. Janji dapat jumpa hubby. Hehehe...rindu sangat walau baru seminggu terpisah.
Hari sabtu pasgi kami pergila ke Queensbay. Ingatkan nak ke Jusco, tapi....amboiii mak aihhh..ramainya umat manusia. Da macam semut jumpa gula. Baru sampai susur da jam, tu belum nak masuk lagi & parking. Bila sampai giliran nak masuk, tiba2 ada orang letak kon n trus je tutp jalan tu..Bengang btul la..Apa yang boleh dibuat cuma cari parking lain..Tapi....punah harapan..sumer tempat penuh n sesak. Akhirnya buat decision kuar dari tempat yang sempit dan huru hara. So pusing-pusing lagi..Ntah da sampai mana-mane saje..
hubby: kita pegi the mall je lah. Tak ramai orang rasanya.
bees: errmmmm ok juga..minta-minta tak sesak la..
Sampai kat luar tu x de la nampak sesak sangat. Bila time nak parking, penuuhhhhh...Dari satu level ke satu level. At last sampai kat level 6a. Akhirnya jumpa parking. Tapi tempat parking pertama tu punya la sempit. Dia orang parking senget. 2 petak untuk 1 kenderaan. Apa punya manusia da..Tamak tul. Setelah berpusing 2 kali pada level yang sama dan tempat perking pun sempit last skali pusing kat hujung. Alhamdulillah dapat juga parking yg ok..
Pusing2 dalam pasific n melilau cari barang.. Tak jumpa jua. So shoping benda lain la..Sebelum balik sempat beli udang, sotong n sikit sayur. Esok nak masak untuk hubby. Masak guna dapur tuan rumah. Lain macam je bila guna dapur orang lain sebab da biasa dapur kat umah sendiri. Tak kisah la, janji masak untuk hubby esok tengah hari.
Pagi Ahad tu kami pi tengok umah sewa hubby yang baru. Alhamdulillah, dekat sikit ngan tempat kuliah. Kejiranan pun semua melayu. Pun rasa riuh je sebab keliling sumer orang da berkeluarga, so tak sunyi la. Rumah tu sebelum ni ada kawan dia sewa, nak keluar hujung bulan ni. Sampai saje, wife kawan hubby da siapkan breakfast. nasi lemak n ayam goreng. Langkah kanan la tapi member hubby tak sangka pkak bees ada so kira sesi perkenalan la. Wife dia dulu student UTHM. Skang ni sambung master kat USM sama ngan hubby dia. Pas abih ni member hubby balik semula ke Lumut sambung keja. Kalo tak silap ngan TLDM kot. Pas abih sembang sumer kami pun balik semula kerumah. Bees ada misi, nak masak..hehehee. Masak 2 jenis je. Sotong kembang sambal ngan sayur kacang buncis goreng. Keja senang je tu. hehehe..Sementara bees masak, hubby tolong sidai baju. TQ yang. Nak trus makan hubby kenyang lagi, so berehat sambil tengok tv je la.
Lepas zohor baru makan n petang tu truskan plan nak pi bukit merah. Saja jalan-jalan diwaktu petang. Syok juga bila idea tiba-tiba ni datang. Jalan-jalan keliling tasik, pi urut kat kerusi urut, tengok-tengok gelagat orang yang datang, makan ice-cream, beli souvenir sikit n balik. Tak boleh balik malam-malam sebab malam ni nak balik BP. Tiket kul 10.30 malam. Lepas Isya' bertolak pi bus stand. Ternampak pula kedai jual tudung so apalagi beli sehelai untuk diri sendiri n sehelai untuk MIL. Oleh sebab masih awal so hubby ajak makan kat pizza hut. Kul 10.10 beredar dari pizza hut n tunggu bus datang. Jam 10.30pm bus pun sampai. Rasa sayu je nak tinggalkan hubby sorang-sorang kat sane. Air mata jatuh lagi, tapi sempat juga cover ngan baju sejuk. lagipun disebabkan dapat duduk tepi tingkap so dapatlah lambai sampai bus bergerak. Miss u yangg..
Alhamdulillah, perjalan bees di pineng sangat sempurna. Bees sangat gembira n bahagia. Terima kasih Allah. Terima kasih khalid isa. I love u so much.
see ya on next trip.
Wassalam.

Bertandang kat rumah sewa

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sampai sudah kat rumah sewa hubby at nibong tebal. Semalam gerak dari batu pahat jam 7.45 malam. Transit kat Yongpeng. Lama juga menunggu. Jam 8.45 malam teruskan perjalanan k utara. sampai di butterworth jam 3.30 pagi. awal 1/2 jam dari jangkaan.
Kenape bus stand butterworth bukan p.buntar. Disebabkan cuti krismas maka tiket da abih. Last choice ialah butterworth..tak kisahlah, walaupun agak jauh dari n.tebal bees tetap nak pi..sampai umah sewa hubby jam 4.00 pagi..so kemas2 n zzzzzzzzz...hehehe..will update later..

Perginya tak kembali

Assalamualaikum..

Rasanya post ini agak lewat bees upload. Sibuk sikit sekembalinya dari cuti. 3 hari cuti, banyak urusan yang tertangguh.
Minggu lepas, tanggal 9 Muharram my BIL yang sulong telah kembali menemui pencipta-Nya. Mengikut doktor punca kematian adalah disebabkan spontaneous brainstem bleed. Arwah dimasukkan kehospital jam 5 pagi di HSA pada 8 Muharram. Pagi tu bees n MIL bergegas pi HSA. Tapi hanya dapat masuk ICU jam 1.30 - 2.30pm saja. Itupun sekejap je sebab tak boleh masuk ramai2. 2 orang sahaja dalam satu masa. Then kul 4.30 - 6.30 utk sesi petang. Bees menunggu En. suami sampai di HSA jam 8.30 malam.
Malam tu en.suami n bees balik BP sebab bees ada appointment kat HBP kul 10.00 pagi. Pas abih check-up kami gerak semula ke HSA sebab dapat panggilan yang mengatakan keadaan arwah dah semakin kritikal.
Jam 4.15 petang kami sampai. Dapatlah membaca yassin n en.suami duduk di sebelah BIL sambil mendekatkan mulutnya ke telinga. Sambil kumat kamit membacakan kalimah Allah, bees masih lagi trus membaca yassin. Bees tengok wajah kak long yang sugul n nampak titis air mata semakin laju.
Jam 5.05 petang BIL menghambuskan nafas yang terakhir diatas katil dikelilingi oleh adik beradik yang lain,adik2 ipar serta isteri dan anak-anaknya. Bila doktor dah sahkan bahawa BIL dah tiada, bees lihat kak long dah tak dapat tahan air mata. Serta merta menangis dihadapan yang lain. Anak sulong kak long apatahlagi. MIL sangat tabah, redha dengan pemergiaan anak sulongnya.
Keesokan harinya jenazah selamat dikebumikan di Bukit Alip, JB. Semoga Rohnya dirahmati Allah. Al-Fatihah.

Hari ke 14

Assalamualaikum..

Aku rindu. Makin hari terasa sunyi. Walaupun setiap hari berhubung, tapi tak sama bila ada disisi. Rasanya sudah lama x jumpa walau baru menginjak 14 hari. Banyak yang mahu diluahkan, tapi hanya di telefon .x sama bila berjumpa. Sunyii..

Jojo & Junior

Assalamualaikum...

Petang tadi pi kemas-kemasrumah. Lalang da tumbuh tinggi, sib baik bawa cangkul. dapatla buang rumput-rumput yang tak diingini. Paling susah nak buang lalang. Pastu siram pokok & boh baja. Tengok daun da mula kuning, bunga masih ada ada satu lagi dahan da mula keluarkan kuntum. Masa nak kluar rumah, sempat ambik arang & sabut kelapa yang dah lama. Panas terik mungkin sebabkan pokok tu kurang skit. Masa bees sampai pun dah kul 12.30 tgh. Lewat skit kluar sebab masak dulu. senang skit bila semua da siap.
Jam 2.00 dah siap kemas2 skit umah tu, so bleh la balik. Masa kluar rumah MIL tadi, sumer anak kucing ada dalam umah. Apa lagi, si Jojo memang tak berapa suka. Berbulu dia tengok bila ramai2 dok dalam rumah. Walaupun jojo memang penuh ngan bulu tapi lagi la berbulu bila anak2 kucing tu berkeliaran dalam rumah. Jojo memang tak suke sebab semua kawasan dalam rumah adalah kawasan lepak dia. Marah betul ngan anak2 kucing sekalian sampai dia lempang2 yg lain-lain. Bila buat camtu tak jalan, so berlakulah mogok. Mogok tak nak masuk rumah. MIL plak yang risau. Ni kes jadi kucing kesayangan la. Apa nak, sumer dapat. Kadang2 bees tak tahan, biarkan je x nak layan tapi still ada yang back-up.
Tengoklah gelagat mereka semua bila weekend..Merdeka sungguh...



Hahahaha..bila masa tido dia diganggu..


Muka ketat. Suke bila kacau dia tido..mesti menggigit n cekau tangan bees


Bila jumpa kotak, mesti nak gigit & jadi tempat persembunyian..Lagi teruk bila jumpa tissue dapur..1 or 2 gulung pun boleh habis di gigit. Tu belum lagi tissue kotak, habis lunyai digigit.


Anak kucing paling malas. Pas makan mesti tido. Sebab tu badan dia besar skit, nasib baik tak obbess.


Berehat seketika selepas mengemas sofa kat depan. Musuh ketat Jojo. Semalam da kena lempang ngan Jojo.

Hari Kelima

Assalamualaikum..

Pejam celik, pejam celik da 5 hari hubby x de. Rasa cam da lama sangat. Bila agaknye dapat jumpe. Minggu depan x pasti lagi bleh jumpa x, sebab ada kerja..errmmm
Tapi minggu ni nak post sandwich yang bees buat untuk hubby. Masa hubby nak pi aritu, sempat bekalkan nasi lemak & sandwich. Nasi lemak x sempat plak nak snap. Tower sandwich ni memang feberet hubby. Nak buatnya pun senang, tak de la amik masa lama sangat. Kalau nak kemana pun, samada pi jenjalan or cuti-cuti malaysia mesti dia soh buatkan. Suka tengok bila hubby suka makan.


Tower Sandwich yang condong.

Hari ke empat_part1

Assalamualaikum..

Harinih, da masuk hari keempat hubby pi..ermm terasa sunyi bila dok sorang2. Biasanya ada orang tido kan, skang nih pandai2 sendiri..Bila tido, mimpi yang bukan2 je..Nak kata x bace doa, x de plak. Baca sampai tertido ada la. Errmmm cepatla hubby habis blaja..
Niat hati nak turun weekend nih, MIL plak ajak pi jemputan kawin umah sedara kat JB. Nak turun minggu depan, ada keja plak sabtu ahad tu..errmmm nak pi minggu lagi satu cam dah dekat sangat ngan cuti krismas. Tak boleh ke hubby wat keja kat sini je???:C
Ada orang sarankan cuba mem'bizi'kan diri, mesti kurang sikit rasa sendiri. Rasanya da sibuk dah. Kat umah pun wat keja jugak..Entahlah..

p/s: Walau tiap-tiap hari telefon, tak sama bila ada depan mata.. Rindu sangattt...wwaaaaaa