Salam

Islamic Calender

3 hari 3 malam

Assalamualaikum..

Cam pelik saje bunyi 3 hari 3 malam. Yang pastinya 3 hari 3 malam tu sungguh terisi.walapun perjalanan mengambil masa 2 malam, bees tak kisah. Janji dapat jumpa hubby. Hehehe...rindu sangat walau baru seminggu terpisah.
Hari sabtu pasgi kami pergila ke Queensbay. Ingatkan nak ke Jusco, tapi....amboiii mak aihhh..ramainya umat manusia. Da macam semut jumpa gula. Baru sampai susur da jam, tu belum nak masuk lagi & parking. Bila sampai giliran nak masuk, tiba2 ada orang letak kon n trus je tutp jalan tu..Bengang btul la..Apa yang boleh dibuat cuma cari parking lain..Tapi....punah harapan..sumer tempat penuh n sesak. Akhirnya buat decision kuar dari tempat yang sempit dan huru hara. So pusing-pusing lagi..Ntah da sampai mana-mane saje..
hubby: kita pegi the mall je lah. Tak ramai orang rasanya.
bees: errmmmm ok juga..minta-minta tak sesak la..
Sampai kat luar tu x de la nampak sesak sangat. Bila time nak parking, penuuhhhhh...Dari satu level ke satu level. At last sampai kat level 6a. Akhirnya jumpa parking. Tapi tempat parking pertama tu punya la sempit. Dia orang parking senget. 2 petak untuk 1 kenderaan. Apa punya manusia da..Tamak tul. Setelah berpusing 2 kali pada level yang sama dan tempat perking pun sempit last skali pusing kat hujung. Alhamdulillah dapat juga parking yg ok..
Pusing2 dalam pasific n melilau cari barang.. Tak jumpa jua. So shoping benda lain la..Sebelum balik sempat beli udang, sotong n sikit sayur. Esok nak masak untuk hubby. Masak guna dapur tuan rumah. Lain macam je bila guna dapur orang lain sebab da biasa dapur kat umah sendiri. Tak kisah la, janji masak untuk hubby esok tengah hari.
Pagi Ahad tu kami pi tengok umah sewa hubby yang baru. Alhamdulillah, dekat sikit ngan tempat kuliah. Kejiranan pun semua melayu. Pun rasa riuh je sebab keliling sumer orang da berkeluarga, so tak sunyi la. Rumah tu sebelum ni ada kawan dia sewa, nak keluar hujung bulan ni. Sampai saje, wife kawan hubby da siapkan breakfast. nasi lemak n ayam goreng. Langkah kanan la tapi member hubby tak sangka pkak bees ada so kira sesi perkenalan la. Wife dia dulu student UTHM. Skang ni sambung master kat USM sama ngan hubby dia. Pas abih ni member hubby balik semula ke Lumut sambung keja. Kalo tak silap ngan TLDM kot. Pas abih sembang sumer kami pun balik semula kerumah. Bees ada misi, nak masak..hehehee. Masak 2 jenis je. Sotong kembang sambal ngan sayur kacang buncis goreng. Keja senang je tu. hehehe..Sementara bees masak, hubby tolong sidai baju. TQ yang. Nak trus makan hubby kenyang lagi, so berehat sambil tengok tv je la.
Lepas zohor baru makan n petang tu truskan plan nak pi bukit merah. Saja jalan-jalan diwaktu petang. Syok juga bila idea tiba-tiba ni datang. Jalan-jalan keliling tasik, pi urut kat kerusi urut, tengok-tengok gelagat orang yang datang, makan ice-cream, beli souvenir sikit n balik. Tak boleh balik malam-malam sebab malam ni nak balik BP. Tiket kul 10.30 malam. Lepas Isya' bertolak pi bus stand. Ternampak pula kedai jual tudung so apalagi beli sehelai untuk diri sendiri n sehelai untuk MIL. Oleh sebab masih awal so hubby ajak makan kat pizza hut. Kul 10.10 beredar dari pizza hut n tunggu bus datang. Jam 10.30pm bus pun sampai. Rasa sayu je nak tinggalkan hubby sorang-sorang kat sane. Air mata jatuh lagi, tapi sempat juga cover ngan baju sejuk. lagipun disebabkan dapat duduk tepi tingkap so dapatlah lambai sampai bus bergerak. Miss u yangg..
Alhamdulillah, perjalan bees di pineng sangat sempurna. Bees sangat gembira n bahagia. Terima kasih Allah. Terima kasih khalid isa. I love u so much.
see ya on next trip.
Wassalam.

No comments: