Pages

Salam

Islamic Calender

Selamat Pengantin Baru Epul & Dayah

Assalamualaikum..

Pada hari Sabtu yang lepas bees ngan opismate berkesempatan bertandang kerumah salah seorang krew unit kami iaitu saifullah@epul di Majidee. Tapi ini bukan rumah pengantin lelaki sebaliknya kat umah pengantin perempua. Majlis di sebelah lelaki diadakan di Jerantut. Majlis dirumah pengantian perempuan diadakan pada 26 November 2011. Semoga kalian bahagia dan sentiasa dilindungi oleh rahmat Allah.

Orkid yang ada

Assalamualaikum.


Koleksi yang ada setakat ni.

Wassalam

Medan Selera Ikan Bakar Sabak Awor

Assalamualaikum..

Bila pulang semula ke tanah air(cehh cam la jer dok obersea), rasa rindu nak makan nasi+lauk pauk fresh..Ermmm, balik singgah Merlimau n beli sedikit ikan segar. Tapi sempat ke nak masak balik nih???Heheheh kita makan luar je la. Lagipun jam da kul 7.00 tapi masih di Merlimau lagi.
Bees : Lapar la...(tenguk hubby sambil kelip-kelip mata tanda nak makan kat luar)
hubby : Ermm..ok juga..
Bees : tapi nak makan kat mane?
Hubby : Entah la..try ayg check kat GPS.
Bees : ade ke???
so bees pun searching area Muar..
Bees : Ermmm tapi nak makan ape? asam pedas@ikan bakar@mee bandug muar?
Hubby : ikan bakar ada tak???
Bees : Tak jauh dari sini ada Medan Selera SAbak Awor. kita try tenguk..
So kami pun teruskan perjalanan. Tapi ntah masuk taman orang plak..Ada ke orang buat kat tempat camnih. Redah je la...Tak lama kami meredah deretan rumah batu baru kelihatan kawasan tempat makan. Ermm tak ramai, ni dah kira ok. Kami tak suka tempat yang terlalu sesak, susah nak makan, kurang selesa.
Bees : kita tenguk dolo kat atas tu, kalau gerai dia ok kita makan sinih. Kalau tak kita cari tempat lain.
Hubby : Ok.
Bila tiba kat deretan kedai, ermmm nak makan kat kedai yang mana yerk???
Hubby : kita makan kat sinih la. kat hujung tu da ramai orang.
Bees : Ermmm..pelik yer, kenapa kedai yang pertama nih tak der pengunjung.?
Hubby : Tak kan tak sedap kot? Tak per la, kita try kat sinih dulu. Kalau kurang sedap, next time kita try geai lain plak.
Bees : ok sajer..(kalo bab makan, memang sentiasa ok)

Alhamdulillah, semua makanan yang dipesan telah selamat dalam perut. so tak der pembaziran. Tapi bila tenguk, order makanan macam makan untuk 4 orang jer...Ikan masak 3 rasa, kerang goreng sambal, sotong goreng tepung, sayur kailan goreng & tomyum campur. air pulak bees sirap ice n hubby pulak laici ice..wahhh...Melantak abih....


Banyak tul yang kami makan..hehehe

Wassalam..

Bandung Trip 1

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam bees akhirnya dapat menjejakkan kaki ke Bandung. Terima kasih kat hubby yang sudi bawa bees pi Bandung. ubby bukan pi hanya untuk suka2 saje, tapi atas urusan belajar. Hantar conference paper n apa lagi bees mengendeng kat hubby..


Masa ni baru nak check in...Terima kasih kat A.Zubir n K.anis sebab hantar ke airport.


Ni la dia Lapangan terbang Hussein Sastera Negara. Kami sampai agak lewat sedikit sebab flight delay 1 jam. Sepatutnya bertolak jam 7.15 tapi 8.30 baru bleh masuk utk boarding.


Alhamdulillah, bila sampai saja kenderaan dari hotel dah sampai untuk jemput. Kalau tak, mana la nak cari teksi malam2 ni. Pastu mesti meter dia jalan laju je macam air.


Kabur plak gambar nih. Inilah kenderaan yang menjemput kami Toyota Innova. Terima kasih kepada bapak yg menjemput kami. Terima kasih juga kepada Aston Tropicana Hotel atas layanan yanb baik semasa kami tiba walaupun agak lewat.


Kat ruang tengah. Cantik betul lampu kat atas tu..

Akhirnya sampai juga kebilik yang disediakan. No. 323. Walapun pemandangan agak kurang menarik dari bilik ni sebab menghadap belakang rumah orang, tapi bilik ni besar sedikit. Sesuai la dengan 4 star n kat tengah-tengah kawasan Chehampelas n banyak factory outlet kat sini. Ok nanti akan update lagi. Doakan kami sihat dan selamat pergi dan balik.

Wassalam.

Hanya Sesaat

Assalamualaikum.

Bees memang minat dengan penulisan Aisya Sofea nih. Jalan cerita yang simple tapi olahan yang membuatkan kita tertarik dan baca hingga akhir.


KAU UNTUKKU
By
AISYA SOFEA

Sinopsis

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunuang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itu yang memulakan percintaan mereka?
Ulasan