Pages

Salam

Islamic Calender

Tukar selera

Assalamualaikum..

Nak masuk tahun baru 2012, banyak ujian Allah beri tanda masih sayang pada hambanya. Antaranya MIL kena gaout. Sib baik masa ni bees ada kat rumah. Tak balik NT jumpa hubby. Mula-mula bengkak sikit, tapi dia gasak jer n makan tak jaga sebab tak tahu apa penyakit sebenarnya. Bila hari Jumaat tu dah tak dapat jalan dia tak nak bawa pi klinik lagi. Dia nak cuba ubat sendiri. So dia minta bees amik daun sireh. Esuk paginya masih tak kurang. So paksa juga pi klinik. Dengan kudrat bees yang tak seberapa nih, dapatlah juga menghantar MIL ke klinik. Alhamdulillah dia nak juga pegi pagi tu. Bila doktor check n bg tau bengkak tu disebabkan gout, maka diet harian dah kena ubah. Ermm nak masak aper yer tengahari tu. Telefon hubby n dia decide masak singgag n sayur jer. So terjadilah singgang ikan bawal+sayur sawi tumis kering+sambal ketuk ikan(bisanya guna ikan bilis tapi kali ni tukar sikit bahan untuk kesesuaian).
Balik dari klinik da jam 12.50. so cepat-cepat siapkan makanan untuk MIL makan tengahari sebelum makan ubat. Alhamdulillah semua selesai n MIL tidur setelah 1 malam tak dapat tidur.


sambal ketuk ikan

K lah..see yaa..
Wassalam

Menu Biasa dan Istimewa

Assalamualaikum..

Hujung tahun dapat berehat lama sikit kat NT. Kali ni ambil cuti 2 hari. Baki cuti hujung tahun pun ada lagi, cuma nazak sikit la. Tinggal 6 hari saje. Hahaha x pe, nanti tahun depan dpt cuti lagi.
Eh merepek saje kejenyer, kali ni bees nak uploadkan picture memasak kat NT. Menu biasa dan istimewa.

 Ini menu biasa, ikan semilang masak asam pedas. Peberet hubby.

 Nasi goreng kampung, menu breakfast.

Ini la dia menu istimewa, rendang daging landak. Eksotik sungguh.

Wassalam..

Hadiah Tahun Baru

Assalamualaikum..

Sempena tahun baru nih, bees hadiahkan diri sendiri beg tangan. Tak mampu nak beli coach, CR pun jadilah.. Beli takat yang mampu untuk diri sendiri. Bukan selalu nak membeli, boleh kira ngan jari. Sebelah tangan pun abih lagi. Tiap-tiap tahun beli 1 jer handbang, itupun sebab raya. Harap raya je dapat beg, kasut n baju. Hari-hari biasa hanya hari yang sungguh biasa. Hahahaha..ayat cam sedey jek..



Wassalam..

Masjid Insaniah Iskandaraiah

Assalamualaikum..

Singgah sebentar di Masjid Al-Wahidiah. Bersebelahan Masjid ini terdapat masjid lama yang berwarna kuning + putih + hitam. Struktur binaan Masjid tersebut amatlah unik, ini disebabkan oleh dinding masjid tersebut diperbuat daripada buluh yang diraut dan dianyam (dinding tepas iaitu diperbuat daripada kelarai atau anyaman buluh). Masjid yang unik itu adalah Masjid Insaniah Iskandariah. Masjid tersebut terletak di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Kuala kangsar, Perak. Masjid ini didirikan pada 1936 oleh Sultan Iskandar Shah, sultan ke-30 Perak. Berikut adalah sejarah asas Masjid Insaniah Iskandariah.


********************
Sumber ni dari Jabatan Warisan Negara

Masjid Ihsaniah Iskandariah terletak di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan hanya 2 km dari plaza Tol Plus masuk ke Kuala Kangsar. Keunikan masjid ini dapat dilihat pada rekabentuk binaannya yang menyerupai seperti sangkar burung. Keunikan masjid dua tingkat ini ialah keseluruhan dindingnya dibuat daripada buluh minyak yang dianyam dipanggil “dinding tepas/tepus” kehalusan seni anyaman tangan kelarai bermotif pengaruh ‘arabes’ pada dinding masjid menimbulkan nilai estetika bangunan menjadi tarikan utama kepada siapa yang memandang. Kerja-kerja menganyam dinding tepas ini dilakukan oleh beberapa orang tempatan antaranya ialah Panjang Noh, Ngah Gadoh ,Wan Ibrahim dan Kulop Ngah. Terdapat 20 tingkap berdaun dua yang dihiasi ukiran “tebuk terus, tidak silat” bermotif pucuk kacang, bulan sabit dan bintang. Bumbung masjid ini juga sangat unik kerana tidak mempunyai tebar layar menyebabkan kelihatan seperti bumbung rata yang tidak terpengaruh dengan bumbung Istana Kenangan yang mempunyai ‘satah’ kecerunan yang sangat ketara.

Masjid Ihsaniah Iskandariah ini dibina pada 1936. Pembinaannya telah dibiayai oleh Al-Marhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-30. Papan plak perasmian yang diperolehi di masjid ini mencatatkan majlis perasmian telah berlangsung pada hari Jumaat 10 Zulhijjah pada tahun 1356H bersamaan 11 Februari 1938. Ianya dibina setelah Baginda Sultan menunaikan nazar untuk membina sebuah masjid apabila salah seorang anakanda baginda sembuh daripada gering. Hasrat Baginda Sultan timbul apabila melihat masyarakat tempatan yang menunaikan solat berjemaah di madrasah di kampung berkenaan setelah pulang dari berkelah di Lata Bubu. Justeru itu, Baginda Sultan bernazar untuk memberi sumbangan wang sebanyak RM 8,000.00 bagi membina sebuah masjid baru di atas sebidang tanah wakaf pemberian Juragan Abdul Shukur bin Mohamad Ali. Pembinaan masjid ini telah dibina oleh tukang berbangsa Cina dan dibantu oleh penduduk tempatan secara bergotong-royong. Seni bina masjid ini dikatakan datang daripada hasil ilham baginda sendiri yang dipengaruhi kuat ciri-ciri seni bina Istana Kenangan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Ragam hias dan dinding tepas yang terdapat di masjid ini juga diukir dan dianyam oleh penduduk tempatan. Masjid ini tidak digunakan pada 1976, setelah masjid baru yang dikenali sebagai Masjid Al-Wahidiah dibina.

Diatas kepentingan bangunan sejarah dan senibina yang unik, pihak Jabatan Warisan Negara telah menjalankan kerja-kerja konservasi pada Disember 2008. Antara masalah yang dihadapi bagi projek ini ialah penyediaan dinding tepas kerana ketiadaan tukang-tukang yang mahir membuat anyaman serta kekurangan bahan pembuatan iaitu buluh minyak tempatan untuk membuat dinding kelarai. Oleh yang demikian, Jabatan Warisan Negara telah mendapatkan tukang membuat anyaman serta sumber buluh dari Negeri Perlis mengikut jenis yang asal. Kerja-kerja konservasi ini telah dilaksanakan dengan menggunakan tatacara kerja yang sistematik bagi mengekalkan keaslian senibina asal.

************************
Itulah serba sedikit yang dapat bees kongsikan..

Speechless

Senibina yang jarang ditemui dan seni anyam yang sudah kurang dipraktikkan pada masa kini

Unik

Wassalam

City Hunter

Assalamualaikum..

Beli DVD ni pun sebab ada Lee Min Ho. Dah beli, tapi belum tenguk lagi..Wahahaha Bila nak tenguk yer.. Yang bestnyer lagi, OST dia..Bees ada simpan lagu dia kat hp, selalu kalo kat tmpt keje dah bosan dengar lagu nih..

Tambah Koleksi

Assalamualaikum..

Dah hujung tahun, rumah banyak yang tak buat lagi. Tak kisah la..buat la sikit-sikit. Tapi kali ni bees nak update koleksi orkid bees. Sebab hubby suka orkid, so bees beli la barang sepokok..


Inilah rupanyer pokok orkid bees yang baru..masa ni masih lagi kat rumah MIL. Tak bawa lagi pi rumah sendiri

Hahahaha..ni kes tak sempat la konon nak letak kat umah sendiri. Tapi memang dah lama tak jenguk rumah tu..bukan takat lalang jer yang tumbuh, pokok kayu juga boleh tambah kat kawasan rumah..hutan simpan separa kekal namanya. cehhh..k lah, jumpa lagi on the next post..

Wassalam..

Ombak Rindu

Assalamualaikum.

Gara-gara ada movie ni kat wayang, bees menyelongkar balik koleksi novel. Dulu ada beli novel nih. Cari punya cari, punggah punyer punggah, tak jumpe plak. Mana pigi ini buku haa...Hadoiii ni yang tak suka ni, dah baca sila la pulangkan kembali. Memandangkan rasa cam tak best je bila ada buku yang tak dijumpai, makanya bees beli lagi buku ni. Hahahaha sengalll...

Family Jojo & Casey

Assalamualikum.

Post kali nih bees nak update sikit pasal keluarga kucing kami. Sekarang kat rumah dah ada 4 ekor Jojo, KC, Kontot & Kudut. 4 ekor lagi(anak sedara jojo-comel, tompok, tatam & comot) kat umah emak kat kampung. Tinggal kat sana atas sebab-sebab sayang. Apa lagi, kes si jojo tak suke dengan sumer 4 anak sedara dia la..
Tak faham betul dengan perangai kucing ku yang satu ini..Mungkin manja terlebih kot. Tapi yang menjadi masalah lagi besar MIL lebih sayangkan Jojo berbanding dengan yang lain..Errmm tak leh wat ape dahhh...


Ni jer yang tinggal kat umah - kontot, kudut, kc & jojo


sayu kesayangan hubby n satu lagi kesayanagn MIL


Dah besar pun minta mak dia tolong kemaskan bulu..heiiii pemalasssss


Muke comel...

Wassalam

Kasih Yang Suci

Assalamualaikum.

Hari ni upload lagi buku saya yang telah dibeli dan dibaca.


 
KASIH YANG SUCI
By
MEEN ZULAIKHA

Sinopsis

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepad sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang mula dari cinta pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagaikan baying-bayang yang tak dapat dipegang.

“ Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua,” tegas Seth.

Tapi mengapa Elenan menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Seth lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya redha menerima cinta Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itu syurganya di akhirat nanti.

Ulasan

Mesti baca.

Sunyi Bila Ditinggalkan

Assalamualaikum..

Memang sunyi sangat sekarang. Biasa malam-malam kami selalu bersembang, tapi masuk hari nih dah 3 malam bees keseorangan..huaaaa..sedey rasa dihati..Hubby outstation. Dapat sms masa hari pertama bila dia sampai kat lokasi n malam tadi dapat mesej FB. ermmm tapi tak pe la. Janji hubby sihat n selamat bees dah happy sangat.

Ermmm bila hubby x de, rasa tak banyak citer nak tulis.
Ok semua, wassalam.

moves like jagger

http://www.youtube.com/watch?v=CgGUTpxD9ns&feature=player_embedded