Pages

Salam

Islamic Calender

Sesungguhnya Ujian Itu Satu Nikmat & Peringatan

Assalamualaikum..

Dugaan yang diterima agak hebat pada diri bees sendiri. Walaupun lahiriahnya nampak sihat dan bertenaga, tapi kita tak tahu pulak ada perkara disebaliknya.
Pada hari sabtu yang lepas officemate bees bawa kawan untuk buat rawatan. Maka pagi tu, bees telah susun keperluan yang dikehendaki. Dengan berkat kesabaran yang masih kekal dalam diri kami, akhirnya semua telah tersedia. Misi mencari dilakukan sejak awal bulan disember 2011 akhirnya selesai minggu lepas.
Sesi rawatan bermula jam 3.30 petang..Agak lewat sedikit sebab bees tersalah bg GPS location..Soryyy
Mula-mula tu rasa takut juga, yer la kot-kot terpengsan ke..Sib baik hubby balik, kalo tak memang golek-golek kat situh juga.
Di mulakan dengan Bismillah dia amik lada hitam dan letakkan kat celah ibu jari kaki. Sakit yang amat bila dia terus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Akhirnya air mata jatuh juga dek kerana sakit sangat n tak dapat tahan. Tangan hubby bees pegang kuat. Bees tau dia pun ada rasa sakit bukan sebab lada hitam tu yer tapi sebab bees sendiri. Heheheh
Sakit..memang la sakit..Bila dia nak keluarkan benda tu lagi la sakit tak boleh tahan..
Sesungguhnya dugaan itu amat berat. Dalam kepahitan disitu juga nikmat dan peringatan kepada diri sendiri. Bees maafkan kepada yang mendengki. Bees harap dibukakan pintu hatinya untuk bertaubat Nasuha kepada-Mu Ya Allah.

Wassalam.
P/S : Sahabat adalah suami..