Pages

Salam

Islamic Calender

Sebelum Ramadhan_Equatorial Part 3

Assalamualaikum..

Rutin seperti semalam, cuma hubby pi lambat sikit hari ni. Booth start kul 11.00 tak seperti semalam sebab ada perasmian so kena gerak awal.Agaknye nak pi man eh petang nih?
Akhirnya terjawab juga.
Hubby : Hari ni kita pi KLCC nak tak, kita round-round kat suria.
Bees : Yess..
So bersiap dengan kadar segera
Wahhh..bestnye....
Tak nak beli apa-apa la. Tapi bila da nampak watson, terus masuk n nak beli itu n ini. Then jalan-jalan je la. Tengok coach, jimmy choo, bvl, wahhh exclusif betul barangan dia. Banyal lagi butik2 besar. Jakun kejap deq non oiii..Hahaha.
Bees : jom masuk parkson jap nak tak? cuci mata sikit. (sambil sengih-sengih dan jeling manja)
Hubby : senyum
Ermmm nak beli ape ye..baju tak nak la..ermm keluar dari parkson n jalan lagi. Kaki da rasa lenguh pulak. Hubby nampak kedai CD. Pantang sikit bila nampak kedai jual DVD, mesti nak cari cerita terbaru. Tengah tunggu cerita Harry porter part 2. tak de lagi tapi sempat juga beli 2 cerita, awek aku pontianak n lagi satu cerita inggeris. Ntah ape ye sebab masa hubby nak bayar bees da kat luar.
Bees : nak kemana lepas ni?
Hubby : Jom pegi makan, dari pagi tadi tak makan berat. Cuma makan roti je.
Bila tengah turun tangga nak cari tempat makan, alamak ...
Bees : Yang, jom pi tgk perfume, kot-kot ada yang sedang dicari.
Hubby : Mana ada, special edition tu dah tak de keluar lagi.
Bees : Tak pe la, kita tengok-tengok dulu. Kot-kot ada yang berkenan.
Hubby : Abg pun nak cari juga, minyak wangi semua da abis.
so masuk la kami dalam parkson. Bila ada promoter bg sampel minyak wangi bees amik je la, tapi bukan tu yang bees cari. Terus jalan lagi n nampak la jenama yg dicari tapi tak tahulah jenis yang dicari tu ada ke tidak. Tapi kami terus berjalan hingga hujung sambil jamu mata.
Bees : Jom patah balik nak tak? kita tengok kejap je..hehehe
Tanya kat promoter tu, ada tak special edition tahun 2003. Dia kata memang da tak de stok. Benda tu pun keluar tak banyak. memang dah tak de keluar lagi. Aisshhh kenapelah da tak keluar ye..Sedap bau minyak wangi tu, siap ada sabun mandi lagi.
Promoter : Tapi akak n abg try set yg ni, yang ni baru lagi. Bau bunga jasmine. (sambil hulur kertas yg da disembur dengan perfume tu)
Bees : Ermmm sedap, bau manis.
Hubby : Ok juga la bau dia nih. Nak ke?
Bees : hehehe..pada pendapat abg ok x?
Hubby : ikut ayg la.
Bees : Pada abg? hahaha(ini ayat tak tahu buat keputusan la. Kalau bab pilih baju ke, minyak wangi ke memang selalu minta pendapat hubby. dia lagi arif).
Hubby : Bau dia memang ok.
Promoter : kalau abg amik ni, dpt beg n voucher rm 30.
Hubby : cantiknye beg dia.
bincang dulu la sebelum membeli ni. ada duit ke tak? memang diperlukan ke tak? decision is made
Hubby ; kami nak set ni
Promoter : Ok, nanti saya ambilkan yang baru, ikut saya.
berjalanla sambil mata nih masih melilau tengok brand yang lain
Promoter : kalau beg tu saya ambil yg display boleh tak. Tak de stok lain dah.
Hubby : ok.
Bla..blaa..blaa...bayar n trus cari makan. Makan pizza hut je la..senang..Abih makan trus balik..penat sudah..


Ini la rupanye hasil pengeluaran duit utk bulan nih..


Ini layer yg ada dlm tu..
Top Note : Citruses & lily of the valley
Middle Notes : Jasmine
Base Notes : Musk, Patchouli, virginia cedar & Noughat

Wassalam..

Sebelum Ramadhan_Equatorial Part 2

Assalamualaikum..

Satu hari hanya duduk dalam bilik. Makan, tengok tv, tido, makan, tengok tv, tido & proses ini berulang hingga jam 6.30 petang
6.35 petang
hubby: jom siap, nak keluar tak?
sambil tersengih...horeyyyy
bees: alamak, baju x gosok lagi, boleh minta tolong telefon housekeeping nak minta iron n iron board. (huiii mane boleh perintah suami, tapi itu bukan perintah. hanya minta tolong saja.)
hubby: ok . ( tangan terus mendail nombor housekeeping
selepas 5 minit, ting tonggg...bunyi bell . mesti nak hantar iron. cepat sungguh..Alhamdulillah...
Selesai menggosok
Bees: nak pegi mana ni??
Hubby : Pavillion nak tak? Lepas tu malam ni kita pi jengah k.anis.
Bees : Ok.

Maka bersiar-siar di Pavillion hingga jam 9.00 malam. Berjalan sana sini, kaki da naik sakit. Tak biasa pakai kasut bertumit bila banyak berjalan, so kaki da rasa sengal dan lenguh.
Bees : Jom beli sandal, boleh tak?
Hubby : Ok, boleh.
Sebab tak bawa kasut lain & kasut yang ada kat rumah da tertanggal tapak dan da terkopak sana sini. So ada alasan kukuh dan tak boleh tolak. Hahaha
Sebelum pegi rumah orang, pastikan perut telah diisi. Makan ka Food Court je la. Apa nak susah-susah sangat. Hubby makan nasi goreng padprik n bees makan mee hoon tomyam udang. Alhamdulillah kenyang.
Sampai rumah k.anis jam sudah pukul 10.00 malam. Kat rumah hanya tinggal anak-anak dan pembantu sahaja. A.zubir belum sampai rumah lagi, flight delay katanye dari jam 11 malam ke jam 12.00 malam . Esok pagi baru sampai KLIA dalam jam 8.00 pagi. Kenape delay tak diberitahu pula sebabnya. Bilamana melihat keadaan kesihatan k.anis, Alhamdulillah sudah beransur pulih. Berbanding gambaran yang diberitahu sebelum ni, tak boleh nak baring, mengiring pun sebelah kiri sahaja sebab bahagian badan kanan rasa sakit dan panas. Ia akan bertambah sakit bila masuknya waktu maghrib. Ujian ini sungguh tak tertahan rasanya bila berlaku pada bees. Alahamdulillah ada rakan yang sudi membantu dan dapatlah membuat rawatan di Darul Syifa' dan bertemu dengan Tuan Guru Harun Din. Alhamdulillah. Sementara menunggu beliau balik dari menunaikan umrah, rutin harian dan rukyah yang dibekalkan dapat diteruskan. Apapun bees doakan agar k.anis cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.
Agak lewat juga kami gerak keluar dari rumah k.anis. Banyak cerita yang ingin diluahkan, maklumlah bukannya selalu berjumpa. Sampai saje hotel, mata nih rasa cam dah tak larat saje. Tapi bees gagahkan jua untuk menulis di ruangan coretan ini. Esok punya rancangan tak tahu lagi nak ke mana. Dah menguap 4 kali nih, so dah sampai masa nak beradu...hehehe
Wassalam

Sebelum Ramadhan_Equatorial Part 1

Assalamualaikum

Semoga rahmat Allah sentiasa berada disekeliling aku. Hari ni dok sorang-sorang je kat bilik. Hubby ada kat Exhibition. Tengahari tadi balik sekejap, then pegi lagi untuk continue. Ini bermakna sampai ari Ahad aku akan duduk sorang2...ermmm boringnye...
Rutin dari hari ni akan berterusan. Pagi-pegi tengok monorail kehulu & hilir. Start kul 8.00 pagi kenderaan akan mula bertali arus. Kejap je jalan da sesak. Sib baik la bees duk kat BP, x de la jem camni sangat. Semua bekejar nak pi kerja untuk menyara hidup sendiri & keluarga.
Opss sebelum tu nak cerita sikit la pasal trip pi KL ni. Oleh sebab kereta bees masuk workshop dan sudah 2 minggu bees duk umah emak bees. So MIL dok sorang, sian juga kat dia tapi nak wat camne kereta tak siap lagi. Kejap cakap minggu nih, kejap cakap minggu depan. Da lari dari schedule sepatutnya dan banyak juga urusan tak dapat diselesaikan dan bertangguh. Tolonglah buat kerja tu betul-betul boleh tak. Orang kalau dah berjanji kenalah tepati, awak tu da la Islam, melayu, itu pun tak kan nak kena ingatkan plak. Kan kalau terlepas cakap, kau cakap tak kan tak boleh tolak ansur sikit. Masalahnye bukan sikit, dah banyak dah. Bukan aku yang buat janji, tapi kau yg buat. So kau kenalah tunaikan janji kau tu. Kalau berniaga macam nih susah lah dik oiiii....
ehhh kannn da melalut plak bees nih. Semalam sewa kereta 1/2 hari sebab nak hantar barang umah MIL. kesian plak tak kan nak tinggal kan camtu je. Dah la tinggal sorang-sorang, ngan kucing lagi, ngan ayam lagi, ngan rumah lagi, ngan kelapa lagi, ngan anjing liar lagi..pehhhh MIL memang strong tul la. Alhamdulillah atas kurniaan kesihatan yang cukup baik ini MIL masih boleh menguruskan seorang diri walaupun umur da menjangkau 75. siap hantar barang-barang semua, bees balik semula ke pejabat. jam 5.00 petang baru bergerak ke bus stand, minta tolong kawan hantar ngan kereta sewa tu, so petang dia boleh hantar kat kedai semula. Terima Kasih Emon.
Bas bees kul 6.30 petang, so lama sikit la menunggu kat bus stand, tapi x pe la tak bekejar-kejar. Bees tak suka buat kerja kelam kabut, nanti mesti ada saje yg tertinggal. So sampai Bus stand Tasik Selatan kul 9.40 malam. Wahhh bila sampai je semalam kagum dengan bus stand baru nih. Sungguh tersusun dan cantik. Terminal Pengangkutan Bandar Tasik Selatan lengkap dengan restoran, shop dan kaunter yang sangat cantik. Macam kat airport plak. Ada polis yang menjaga di setiap asscelator untuk menunggu ketibaan bas. Hanya yang mempunyai pas bas sahaja dibernakan masuk ke kawasan terminal, dan yang lain hanya boleh duduk ditempat menunggu. Banyak kerusi yang disediakan untuk menunggu. Berdekatan dengan Bus stand ada disediakan train Rapid KL. Dari situ bees akan akan turun di Hang tuah dan menukar ke Monorail ke Raja Chulan. Hubby dok kat Equatorial Hotel, KL. Dia kata dekat ngan Exhibiton, so tak payah naik kereta, just jalan kaki je. Hubby memang macam tu, dia suka jalan kaki berbanding naik kenderaan kalau jarak tak jauh dan tak suka redah jem pagi or petang.
Masa dalam train keadaan agak sesak sebab ramai yang balik dari tengok bola Malaysia VS Singapura. Tengok telatah dia org kat dalam train agak mememingkan kepala. Kalau setakat pakai baju yang berkenaan saje tak kisah la, ni dengan rambut yang warna warni, muke yang bercat sana sini..aduhhh.. Penin pala makin terasa dan kepala semakin berdenyut, dengan bau-bauan yang agak kurang menyenangkan. Cepatlah sampai, supaya bees boleh mandi dan rehat. Masa dalam train kepala dah ingat nak mandi je...panassss...Dengan keadaan yang macam ni lagi (bendera berkibar)...hahaha...Makkkk... tak tahan...
Akhirnya dekat jam 12.00 malam baru sampai bilik. Alhamdulillah...

Wahhh..panjang sungguh perjalanan semalam. Hakikatnya, perjalanan masih jauh lagi dan penceritaan dihari mendatang akan penuh dengan warna warni kehidupan...

Just be who u are

Assalamualaikum

Apa yang dialami adalah pengalaman hidup yang mengajar erti Kesyukuran atas diri ini..

http://youtu.be/o3FGEeV0VXs

Lazy..

Assalamualaikum..

Lepas abih sukum, keje da berlambak nak dibuat, tapi waduhhh mood x de lagi..Jadi budak malas la nampak gayanye. Badan pun da dedar je dari semalam. Sib baik minggu ni dok umah ayah, dapatla minta tolong urutkan skit (budak bertuah). Sepatutnya anak jaga ayah, ni dah terbalik kann. Ape nak buat, batuk + selsema + badan rasa pedih2 + sendi sakit + mata ikan = Lazy girl.. hahahah ikut suka ati je kan.

Semua menyerang dalam waktu yang sama. Alhamdulillah. K lah, rasa x larat la.. See ya.

Wassalam..

Intervarsity 2011

Assalamualaikum..

Kenangan suka dan duka sukum di MITC banyak mengajar erti kesabaran dan kekuatan pada diri. Mental & fizikal sama-sama bekerja keras dalam menghadapi cabaran. Tak kira dalam or luar gelanggang.

 Our team member
 semua ada 5 orang saje
 Training time
 Hati-hati ada hantuu..
 Yang ni semua baru ada
 Mesyuarat meja bulat sambil minum n makan
 Menunggu lane kembali normal
 Ehhh..kacaknyer
Letih sampai tertidur kat bowling alley