Pages

Salam

Islamic Calender

Sebelum Ramadhan_Equatorial Part 2

Assalamualaikum..

Satu hari hanya duduk dalam bilik. Makan, tengok tv, tido, makan, tengok tv, tido & proses ini berulang hingga jam 6.30 petang
6.35 petang
hubby: jom siap, nak keluar tak?
sambil tersengih...horeyyyy
bees: alamak, baju x gosok lagi, boleh minta tolong telefon housekeeping nak minta iron n iron board. (huiii mane boleh perintah suami, tapi itu bukan perintah. hanya minta tolong saja.)
hubby: ok . ( tangan terus mendail nombor housekeeping
selepas 5 minit, ting tonggg...bunyi bell . mesti nak hantar iron. cepat sungguh..Alhamdulillah...
Selesai menggosok
Bees: nak pegi mana ni??
Hubby : Pavillion nak tak? Lepas tu malam ni kita pi jengah k.anis.
Bees : Ok.

Maka bersiar-siar di Pavillion hingga jam 9.00 malam. Berjalan sana sini, kaki da naik sakit. Tak biasa pakai kasut bertumit bila banyak berjalan, so kaki da rasa sengal dan lenguh.
Bees : Jom beli sandal, boleh tak?
Hubby : Ok, boleh.
Sebab tak bawa kasut lain & kasut yang ada kat rumah da tertanggal tapak dan da terkopak sana sini. So ada alasan kukuh dan tak boleh tolak. Hahaha
Sebelum pegi rumah orang, pastikan perut telah diisi. Makan ka Food Court je la. Apa nak susah-susah sangat. Hubby makan nasi goreng padprik n bees makan mee hoon tomyam udang. Alhamdulillah kenyang.
Sampai rumah k.anis jam sudah pukul 10.00 malam. Kat rumah hanya tinggal anak-anak dan pembantu sahaja. A.zubir belum sampai rumah lagi, flight delay katanye dari jam 11 malam ke jam 12.00 malam . Esok pagi baru sampai KLIA dalam jam 8.00 pagi. Kenape delay tak diberitahu pula sebabnya. Bilamana melihat keadaan kesihatan k.anis, Alhamdulillah sudah beransur pulih. Berbanding gambaran yang diberitahu sebelum ni, tak boleh nak baring, mengiring pun sebelah kiri sahaja sebab bahagian badan kanan rasa sakit dan panas. Ia akan bertambah sakit bila masuknya waktu maghrib. Ujian ini sungguh tak tertahan rasanya bila berlaku pada bees. Alahamdulillah ada rakan yang sudi membantu dan dapatlah membuat rawatan di Darul Syifa' dan bertemu dengan Tuan Guru Harun Din. Alhamdulillah. Sementara menunggu beliau balik dari menunaikan umrah, rutin harian dan rukyah yang dibekalkan dapat diteruskan. Apapun bees doakan agar k.anis cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.
Agak lewat juga kami gerak keluar dari rumah k.anis. Banyak cerita yang ingin diluahkan, maklumlah bukannya selalu berjumpa. Sampai saje hotel, mata nih rasa cam dah tak larat saje. Tapi bees gagahkan jua untuk menulis di ruangan coretan ini. Esok punya rancangan tak tahu lagi nak ke mana. Dah menguap 4 kali nih, so dah sampai masa nak beradu...hehehe
Wassalam

No comments: