Pages

Salam

Islamic Calender

Sebelum Ramadhan_Equatorial Part 1

Assalamualaikum

Semoga rahmat Allah sentiasa berada disekeliling aku. Hari ni dok sorang-sorang je kat bilik. Hubby ada kat Exhibition. Tengahari tadi balik sekejap, then pegi lagi untuk continue. Ini bermakna sampai ari Ahad aku akan duduk sorang2...ermmm boringnye...
Rutin dari hari ni akan berterusan. Pagi-pegi tengok monorail kehulu & hilir. Start kul 8.00 pagi kenderaan akan mula bertali arus. Kejap je jalan da sesak. Sib baik la bees duk kat BP, x de la jem camni sangat. Semua bekejar nak pi kerja untuk menyara hidup sendiri & keluarga.
Opss sebelum tu nak cerita sikit la pasal trip pi KL ni. Oleh sebab kereta bees masuk workshop dan sudah 2 minggu bees duk umah emak bees. So MIL dok sorang, sian juga kat dia tapi nak wat camne kereta tak siap lagi. Kejap cakap minggu nih, kejap cakap minggu depan. Da lari dari schedule sepatutnya dan banyak juga urusan tak dapat diselesaikan dan bertangguh. Tolonglah buat kerja tu betul-betul boleh tak. Orang kalau dah berjanji kenalah tepati, awak tu da la Islam, melayu, itu pun tak kan nak kena ingatkan plak. Kan kalau terlepas cakap, kau cakap tak kan tak boleh tolak ansur sikit. Masalahnye bukan sikit, dah banyak dah. Bukan aku yang buat janji, tapi kau yg buat. So kau kenalah tunaikan janji kau tu. Kalau berniaga macam nih susah lah dik oiiii....
ehhh kannn da melalut plak bees nih. Semalam sewa kereta 1/2 hari sebab nak hantar barang umah MIL. kesian plak tak kan nak tinggal kan camtu je. Dah la tinggal sorang-sorang, ngan kucing lagi, ngan ayam lagi, ngan rumah lagi, ngan kelapa lagi, ngan anjing liar lagi..pehhhh MIL memang strong tul la. Alhamdulillah atas kurniaan kesihatan yang cukup baik ini MIL masih boleh menguruskan seorang diri walaupun umur da menjangkau 75. siap hantar barang-barang semua, bees balik semula ke pejabat. jam 5.00 petang baru bergerak ke bus stand, minta tolong kawan hantar ngan kereta sewa tu, so petang dia boleh hantar kat kedai semula. Terima Kasih Emon.
Bas bees kul 6.30 petang, so lama sikit la menunggu kat bus stand, tapi x pe la tak bekejar-kejar. Bees tak suka buat kerja kelam kabut, nanti mesti ada saje yg tertinggal. So sampai Bus stand Tasik Selatan kul 9.40 malam. Wahhh bila sampai je semalam kagum dengan bus stand baru nih. Sungguh tersusun dan cantik. Terminal Pengangkutan Bandar Tasik Selatan lengkap dengan restoran, shop dan kaunter yang sangat cantik. Macam kat airport plak. Ada polis yang menjaga di setiap asscelator untuk menunggu ketibaan bas. Hanya yang mempunyai pas bas sahaja dibernakan masuk ke kawasan terminal, dan yang lain hanya boleh duduk ditempat menunggu. Banyak kerusi yang disediakan untuk menunggu. Berdekatan dengan Bus stand ada disediakan train Rapid KL. Dari situ bees akan akan turun di Hang tuah dan menukar ke Monorail ke Raja Chulan. Hubby dok kat Equatorial Hotel, KL. Dia kata dekat ngan Exhibiton, so tak payah naik kereta, just jalan kaki je. Hubby memang macam tu, dia suka jalan kaki berbanding naik kenderaan kalau jarak tak jauh dan tak suka redah jem pagi or petang.
Masa dalam train keadaan agak sesak sebab ramai yang balik dari tengok bola Malaysia VS Singapura. Tengok telatah dia org kat dalam train agak mememingkan kepala. Kalau setakat pakai baju yang berkenaan saje tak kisah la, ni dengan rambut yang warna warni, muke yang bercat sana sini..aduhhh.. Penin pala makin terasa dan kepala semakin berdenyut, dengan bau-bauan yang agak kurang menyenangkan. Cepatlah sampai, supaya bees boleh mandi dan rehat. Masa dalam train kepala dah ingat nak mandi je...panassss...Dengan keadaan yang macam ni lagi (bendera berkibar)...hahaha...Makkkk... tak tahan...
Akhirnya dekat jam 12.00 malam baru sampai bilik. Alhamdulillah...

Wahhh..panjang sungguh perjalanan semalam. Hakikatnya, perjalanan masih jauh lagi dan penceritaan dihari mendatang akan penuh dengan warna warni kehidupan...

No comments: