Pages

Salam

Islamic Calender

Table Bouquet

Assalamualaikum.

Dengan cuaca panas yang melanda Malaysia, sempat lagii bees buat bunga untuk hiasan meja. Biasa la, ada saja yang mengacau. Tak boleh buat kerja dengan tenang.

 Kan, nampak tak permainan dia. Sengaja dok belek-belek bulus dia yang semak tu..

 Tak boleh blah la si uteh nih, memang cari pasal.

 Bila kena marah mula la buat muke, muke nak kena penampor..

 Hasil setelah diganggu konsentrasi oleh budak berbulus.

 Bunga sendiri + bunga beli.
Heliconia + pandan (dari rumah emak), Tiger lily + carnation + Aster (dari kedai bunga).
Hasil yang agak memuaskan. Lily tu sangat wangi baunya.



Rose yang memukau hati

Assalamualaikum.

Bunga-bunga rose disekitar rumah semakin rajin berbunga bila cuaca sejuk (banyak hujan). Ada dua warna yang menjadi tarikan utama bees. Masa mula-mula beli memang tak perasan la. Tapi bila dah berbunga, memang sangat cantik.

 Inilah si 'Oren' yang sangat super duper mabeles.. hahaha

 Ehh.. ada kawan la baru nak kembang.

 Dah habis kembang, warnanya bertukar jadi peach.. pelikss

 Bila kembang awal pagi memang excited sebar ada dua colour. Wahhh rasa nak geget-geget jer..hahaha

Wahhh.. Tak pernah perasan pun dia boleh tukar warna. Biasa nampak warna putih and ada sikit pink kat belah atas.

Bila petang, jadi macam ni pulak. Memang mengancam jiwa

Tak reti duduk rumah

Assalamualaikum.

Dah tak de rumah agaknya. Asyik kerja merayap jer. Susah nak cakap dah. Yang lain-lain ok jer soh jaga rumah. Tiap-tiap hari balik bagi makan.

 Aning-aning yang jarang duduk rumah tapi pandai menangkap. Habis semua burung dah tak nak duduk dekat-dekat rumah.

 Ekor dia memang pajang, lebih panjang dari badan. Chanteqqq

Comottt.. Dah lama tak mandi, balik pun kadang-kadang. Yang herannya tak ada kutu pulak yang lekat ngan dia nih.

Balik Kampung Jumpa Mia

Assalamualalaikum.

Minggu nih dapat balik kampung and dapat jumpa Mia. Inilah anak buah yang paling baru dalam keluarga MIL.

 Damia yang sangat mudah dijaga sebab x banyak ragam. Tinggalkan sorang-sorang pun tak nangis.

Bulatnya mata dia..

Early Vacation 2014_Tok Aman Bali Part 2

Assalamualaikum.



Perjalanan hari kedua hanyalah tertumpu di Kota Bharu. Misi diteruskan.

 Bangun tidur boleh nampak tasik kat belakang bilik. Nyaman pagi-pagi duduk kat sinih. Ambik gambar siang skit baru nampak tasik ni besar ke tidak.

 Makan nasi ayam kat kedai Nasi Ayam Hainan. Memang berbaloi-baloi. Berbagai jenis kuah ayam yang ada samada nak kicap, madu, bbq dll. Ayam yang sangat lembut dengan pilihan panggang atau kukus dan air oren gelas besar dengan harga yang amat memuaskan. Nama kedai ni Mohammad Lee Hainam Chicken Rice. Nest time memang nak singgah sini lagi.

 Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. Misi utama kesini adalah untuk mencari cendawan terkukur (kalau mak bees panggil cendawan gerigit). Bila dah naik atas jumpa macam-macam lagi barang dan bertambah dalam senarai sedia ada. Pulut susu , pulut hitam, serunding daging, kain batik dll.
 
Sotong kering bakar. Sedap bila makan panas-panas. Bau wangi ja bila kena bakar.. Lokasi adalah hadapan restoran Mcdonalds berdekatan Pasar besar Siti Khadijah.

1st time beli dan bila dah rasa, nak lagi dan lagi..

 
Bebola ikan seakan-akan keropok lekor yang dibakar dan diletakkan kuah. Lain dari yang lain dan sesuai dimakan ketika santai petang..







Early Vacation 2014_ Tok Aman Bali Part 1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pembukaan tahun baru dah menjengah bermakna ada banyak lagi misi yang belum tercapai. Walaubagaimanapun, bees berdoa dan berharap tahun ini ada sinar yang menerangi keluarga kecil kami. Doa tidak akan putus.
Dalam kesibukan hubby dengan testing research dia, sempat jugak dia aturkan vacation awal tahun ni. Bees pun dah lama x balik ke NT, sejak raya Aidilfitri tahun 2013. Ikutkan plan asal bees akan gerak ke NT pada hari khamis malam jam 9.30pm. Atas sebab yang tak daat dielakkan, bees terpaksa menunda keesokan harinya tapi bukan ke NT tapi ke KL. Insiden kecil tu menyebabkan terdapat sedikit pertukaran rancangan untuk bercuti. Gara-gara kesilapan bees itu, banyak beri pengajaran dalam kehidupan. Kena lect. juga ngan hubby. Nak buat macam mana, redho ajelah.

Ini lah rupa perkara yang tak dapat dielakkan tu. Rupa kucing kesayangan hubby yang lost n found tu.. Kesiann nampak letih n lapar.. 


 Melalui Bentong untuk kedestinasi yang dituju.

 Dah sampai.. Tiba agak lewat, dalam jam 9.00 malam baru check-in.

 Tersenyum dan terubat sikit keletihan badan bila menjejakkan kaki kat dalam bilik. Luasss..

 Swimmingpool yang luas terbentang. Tapi sayangnya tak dapat bermandi manda atas kepadatan jadual n cuaca hujan.

 Ombak kuat beserta hujan dan membataskan aktiviti luar

 Resort dibina berbentuk bot. Memang tenang la kalau bercuti kat sini. Antara resort yang akan dikunjungi lagi sebab tempat ni tenang, jauh dari bandar.