Pages

Salam

Islamic Calender

Early Vacation 2014_ Tok Aman Bali Part 1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pembukaan tahun baru dah menjengah bermakna ada banyak lagi misi yang belum tercapai. Walaubagaimanapun, bees berdoa dan berharap tahun ini ada sinar yang menerangi keluarga kecil kami. Doa tidak akan putus.
Dalam kesibukan hubby dengan testing research dia, sempat jugak dia aturkan vacation awal tahun ni. Bees pun dah lama x balik ke NT, sejak raya Aidilfitri tahun 2013. Ikutkan plan asal bees akan gerak ke NT pada hari khamis malam jam 9.30pm. Atas sebab yang tak daat dielakkan, bees terpaksa menunda keesokan harinya tapi bukan ke NT tapi ke KL. Insiden kecil tu menyebabkan terdapat sedikit pertukaran rancangan untuk bercuti. Gara-gara kesilapan bees itu, banyak beri pengajaran dalam kehidupan. Kena lect. juga ngan hubby. Nak buat macam mana, redho ajelah.

Ini lah rupa perkara yang tak dapat dielakkan tu. Rupa kucing kesayangan hubby yang lost n found tu.. Kesiann nampak letih n lapar.. 


 Melalui Bentong untuk kedestinasi yang dituju.

 Dah sampai.. Tiba agak lewat, dalam jam 9.00 malam baru check-in.

 Tersenyum dan terubat sikit keletihan badan bila menjejakkan kaki kat dalam bilik. Luasss..

 Swimmingpool yang luas terbentang. Tapi sayangnya tak dapat bermandi manda atas kepadatan jadual n cuaca hujan.

 Ombak kuat beserta hujan dan membataskan aktiviti luar

 Resort dibina berbentuk bot. Memang tenang la kalau bercuti kat sini. Antara resort yang akan dikunjungi lagi sebab tempat ni tenang, jauh dari bandar.



No comments: