Salam

Islamic Calender

Early Vacation 2014_Tok Aman Bali Part 2

Assalamualaikum.



Perjalanan hari kedua hanyalah tertumpu di Kota Bharu. Misi diteruskan.

 Bangun tidur boleh nampak tasik kat belakang bilik. Nyaman pagi-pagi duduk kat sinih. Ambik gambar siang skit baru nampak tasik ni besar ke tidak.

 Makan nasi ayam kat kedai Nasi Ayam Hainan. Memang berbaloi-baloi. Berbagai jenis kuah ayam yang ada samada nak kicap, madu, bbq dll. Ayam yang sangat lembut dengan pilihan panggang atau kukus dan air oren gelas besar dengan harga yang amat memuaskan. Nama kedai ni Mohammad Lee Hainam Chicken Rice. Nest time memang nak singgah sini lagi.

 Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. Misi utama kesini adalah untuk mencari cendawan terkukur (kalau mak bees panggil cendawan gerigit). Bila dah naik atas jumpa macam-macam lagi barang dan bertambah dalam senarai sedia ada. Pulut susu , pulut hitam, serunding daging, kain batik dll.
 
Sotong kering bakar. Sedap bila makan panas-panas. Bau wangi ja bila kena bakar.. Lokasi adalah hadapan restoran Mcdonalds berdekatan Pasar besar Siti Khadijah.

1st time beli dan bila dah rasa, nak lagi dan lagi..

 
Bebola ikan seakan-akan keropok lekor yang dibakar dan diletakkan kuah. Lain dari yang lain dan sesuai dimakan ketika santai petang..







No comments: