Pages

Salam

Islamic Calender

Cili

Assalamualaikum.

Raya pun dah habis. Tahun ni raya 1 hari je. ok.. Hari seterusnya adalah sangat kebizian hinggalah berakhirnya syawal. Alhamdulillah, hari raya kan memang 1 hari. Jangan mengada-ngada nak tambah yer. Hik..hik..
Bila dah keluar rumah pagi balik malam, hujung minggu pun x da kat rumah makanya.. rumah pun dah macam rumah persinggahan. Luar rumah pun rumput dah tinggi , sampah daun kering apatah lagi bertabur atas laman yang menghijau. Cantik banget landskap rumah ni, sangat neutral. Betul juga, daun yang kering tu kalau dibiarkan boleh beri manfaat kepada yang lain.
Minggu ni dapatlah juga duduk rumah, membersihkan apa yang patut. Hubby pun x de kat rumah, ke pineng ada urusan jumpa sv. Petang tu dapatlah siram pokok-pokok orkid yang dah lama tak terusik, pokok rose yang makin tinggi menjulang akibat tak sempat nak cantas, pokok daisy yang kurus sebab kurang kasih sayang, pokok herba yang 'secoet' kat belakang rumah tu pun nak kena jaga juga. kan. Aktiviti membaja, cabut rumput, trim pokok dilakukan dengan cepat dan berhemah. Hahahaha.
Oppsss kulihat dicela-celah rumput yang tinggi seperti ada warna-warna terang. Apa pulak tu??.. Hemmm. ooo cili rupanya.. Tapi kenapa bulat-bulat.. Baru teringat, uncle belakang rumah pernah bagi cili ni. Bulat-bulat macam lada benggala mesti tak pedaskan.. Omakkaaiii bila rasa, huaaaaa  peedddaaassss.. Tolong abg bomba, ada kebakarannn.. Lidah dah kebas dah.. Hemmm. kecil-kecil cili apa.. Tapi ni bukan cili api biasa, tapi cili apa ya???

Ada kawan bilang ini cili bronong. Banyak kat sarawak.  Rupanya seakaan Scotch Bonnet. Sila abaikan rumput yang panjang ok.


Macam lada benggala kan..