Pages

Salam

Islamic Calender

Ombakkkk...

Assalamualaikum..

Penattt...energy dah berkurangan..kan best berehat kat tepi pantai sambil hirup udara laut yang segarrr...Bunyi ombak tu yg bees suke..




*******
sblm nak off nak upload 1 pic nih..


Suka konsep taman simple ni..x susah nak uruskan daun gugur..

Sungai Sedim

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, menarik sungguh trip bees melawat hubby kat NT last week. Hubby da plan nak pi Sungai Sedim.Wahhh macam menarik je Sungai Sedim ni...So hubby cadang pi survey kat situ..Apa agaknye yang menarik ya.. Kalau tengok kat internet memang macam seronok je, tapi lagi seronok bila mengalaminya sendiri.
So kluar dari rumah agak lewat sikit, jam 11.00 baru gerak. Dah la tak tau nak pi tempat tu, 1st search guna GPS apasal la tak timbul plak..Penghabisnya ikut je la kata ati..Jalan je la, kalau tak jumpe ibaratnya "kata nak jalan-jalan, so ni kira jalan-jalan la ni". Ini hubbynyer statement ye...Kalau bees plak, ni kira ukur jalan. Ceruk mane yang tak penah sampai kita org redah je. Hubby plak suka je..Adventure katanye...
Setelah ukur jalan menghampiri 40 minit, tiba-tiba
hubby: kita pegi tempat lain je la, kita pegi Pulau Banding nak tak..
bees : eh, kat darat camni mana ada pulau ke??.
hubby : ada.
bees : pulau kan biasanya bukan kat tanah besar, mane de pulau kat tanah besar . (memang sah geografi tak cemerlang, takat 5 je hahaha..mengaku seyyy)
hubby : kalau tak caya, kita pegi ye.
bees : sekarang?
hubby : ye la. kenape?
bees : yeeyyy..
Sibuk berborak sampai la kat satu simpang nih
hubby : haaa, tu ada signboard warna coklat tu, cuba ayg tgk??
bees : Ehhhhh...Sungai Sedim la..
hubby : Haaa kann...kat sini rupanye..
bees : abis tu, pulau banding camne?
hubby : ala, kita pi kejap je ni, pastu kita pi la Pulau Banding tu.
bees : ok..
Jauh juga dari simpang masuk tadi, akhirnya sampai juga. Wahhh menarik sungguh. Buka pintu kereta je da denga bunyi air. Orang plak tak ramai. Ni lagi seronok. Dalam seronok-seronok ada juga yang tak seronok. TANDAS, memang gelap, air sinki x de, air paip toliet x de, yang ada air dalam tong. So kalau buang air kecik tak per, kalo sebalinya, jenuh nak mengangkat air keluar masuk. Dah la bayar 30 sen..Hadoiiii adikkk.
Masa masuk tadi nampak Tree Top Walk...wahhh nak naik...Memang best tapi masa tu hujan so x bleh nak amik gamba..Dengan tak bawa payung lagi...Habis je Tree Top Walk, kami trus ke Pulau Banding.


Sampai saje kat parking, terlihat pokok ini...tingginya..


Teruja sangat bila tengok air lalu kat celah batuan yg ada..


Next time nak berkampung kat situ..hahaha..Mood sangat sukee..


Pintu Masuk ke Tree Top Walk...Ingatkan ken berjalan saje, upanye ada org parking keta kat atas...Tapi itu rasanya untuk org menginap kat situ..Tapi ada orang lain amik kesempatan...Biasala, semua org nak mudah saja kan...Tapi menyusahkan org lain..Sangat tak sukee..



Ini kat luar kaunter bli tiket..Ini ketika sebelum hujan...Sebelum tu rasa seronok dah sebab nak berjalan atas tu..Nampak tak kat belakang tu ada laluan tergantung..Itu la...

Selepas melihat-lihat apa yang patut, kami teruskan perjalanan ke Grik..
Dalam perjalanan ada UPP,
encik UPP ; nak kemana encik???
hubby : nak ke Pulau Bading.
encik UPP : Larat lagi ke bawa kereta?
hubby : larat encik.
encik UPP : dari mana ni??
hubby : dari Nibong tebal..
encik UPP : oooo...tak jauh lagi tu. ok selamat jalan
hubby : terima kasih encik

oooo kat jalan Gerik tu ada UPP ye???agak-agak nak seludup ape ye??nak bawa kemane?? banyak betul soalan dalam kepala masa lepas check point UPP tu..At last sampai juga kat Pulau Banding....Next cerita, bees akan cerita pasal Pulau Banding..

Rendahnya Saya

Assalamualaikum..

Bees memang rendah..5' 2" saja...kan memang tak berapa nak tinggi...Hahaha beza sangat ngan hubby..Kalo dok sebelah mesti paras bahu saje..Tapi rendahnya saya yang bees maksudkan bukan ketinggian tapi ilmu. Bees ni kira baru masuk page pertama dalam mencari Ilmu. Ilmu yang sangat banyak harus dicari dan dipelajari. Semakin banyak yang dipelajari semakin rasa sedikit benar yang baru dapat. Alhamdulilah masih lagi dapat mencari Ilmu itu.
Bees dapat setelah selesai event pagi ni. Petang ni akan sambung lagi..So, misi mencari haru diteruskan...

Kawat Besi

Assalamualaikum..

Projek rumah untuk tahun ni, buat grill untuk keliling rumah. Amat berpuashati dengan kerja yang dijalankan. Kontraktor bumiputera yang buat, rumah dia kira satu jalan ngan bees. Kerja dia memang bees n hubby suke sebab kemas...Lihatlah hasilnya

 Grill main entrance. Hubby suka yang simple jer. Ingatkan nak yang berwarna, tapi memikir balik agak kurang sesuai..
 Ini Grill sliding door dining area. Atas n bawah samer saja.
Yang ni Grill cermin kat Family Hall.

Kira ok la kan. Harganya pun berpatutan. Grill nih sumer jenis wrought Iron.

Lemah Lembutnya Wanita

Assalamualaikum.

Harinih kepala agak penin skit..tak tau kenape..Apa yang pasti khamis malam jumaat ni going to NT..hahaha..I likeee..

Sebelum tu bees ada nak share yg bees dapat dari panduanislam.com

"""""""""""""
Ujar lelaki, wanita itu lemah

Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut…besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan… kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam…

Diam seolah-olah menerima…

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus menerus bekerja
Di pejabat sebagai kerani… di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat… celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat… di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah… bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah… bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat, menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah… terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kaki dan tangan semua digerakkan dengan laju

Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Maghrib untuk sujud… Menyembah Yang Maha Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita…
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak

Membasuh pakaian, menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

” Kekayaan yang paling kaya ialah AKAL,

Kemiskinan yang paling besar ialah JAHIL,

Keburukan yang paling hodoh SESAT “

""""""""""""""""""""""""""""

Ermm rasanya itu je la kot.
Wassalam

My New Phone

Assalamualaikum..

Kali ni, bees nak update skit pasal handphone. Sebelum ni bees ada bg tau pasal phone yang hilang n beli yang baru. Tak lama pastu, bees beli lagi phone. Kali ni beli yang ok sikit. Phone sony ericsson tu bees da serahkan pada hubby sebab phone kedua dia rosak. So telefon telah bertukar tangan and bees akan pakai phone ni sampai masanya dia patut ditukar. Harapnyer camtu la. This time bees beli HTC, same model ngan hubby punyer..Incridible S.



Harap yang ni kekal lama. k lah..chaaooowwww

Wassalam