Salam

Islamic Calender

Termenung aku seketika



Assalamualaikum..

Hari ini aku termenung dan berfikir lagi..bila la agaknya aku dapat menjaga ibadat kerjaku dengan sempurna. Kalau sampai je kat meja mesti nak buka FB dulu..pastu baru buat keja lain. Tapi biasa la kalau da buka FB, mana pernah sekejap kan..kurang2 pun 1/2 jam..Kerja makin hari makin bertambah. Kalau hari2 camnih mana la nak abih..
Tadi singgah sekejap kat blog kawan lama. Boleh buat buku motivasi rasanya. Mungkin atas rasa ingin bantu kawan2 dan ingin mengembangkan ilmu yang dia dapat so bees pun copy la kat sini. Sama-samalah kita mengembangkan ilmu ini kejalan Allah. Bees ucapkan terima kasih kepada tuan punya blog iaitu mrCD.

TAWARAN DARI ALLAH

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah `Adn. Itulah keberuntungan yang besar.(Ash-Shaaf:11-12)

Renung-renungkanlah..

Hari Kedua d' Bukit Merah

Assalamualaikum..

hari ni, rasa letih sangat. Abih semua tempat kami explore. Dari Pulau Orang Utan hingga ke waterpark.
kat pulau orang utan, ada la beberapa ekor yang nampak. Orang utan nih dia orang pagar ngan dawai yang rapat. So susah nak snap pakai camera. Orang utan ni ada yang dipinjamkan dari borneo. Sepilok maybe??..Tapi orang utan kat sini dapat environment yang asli sedikit berbanding dekat zoo yang bees pernah pergi. Di pintu keluar pulau orang utan, ada baby o.utan yang dia org jaga. masih pakai pampers lagi. ada 2 ekor. nampak cute la..hehehee..Tengok kat bawah jeti ada banyak ikan. Tapi bees x reti ikan apa, tapi yang pasti memang nampak asli. Geram juga tengok ikan2 besar nih, rasa nak pegang je.
Lepas abihkan trip kat pulau o.utan, kami trus ke eco park. Macam-macam haiwan yang ada. Tempat ni pun masih banyak pokok, barangkali mahu kekalkan keadaan asal. Itu yang paling bees suka. Hijauuuu...Ada juga animal show, 3 ekor burung nuri n seekor memerang. Walaupun sedikit tapi ok la juga. Cuaca panas tak lunturkan semangat untuk habiskan eco park ni. Pasni ada pilihan, samada nak naik skycycle or chairlift. Hubby amik keputusan naik chairlift. Bila naik je rasa gayat skit, tapi bila nampak je water park trus rasa teruja. Nak main airrr...
"Kita balik bilik dolo la, lagi pun da kul 1.15 nih". ermm.. ok..kul 2.30 kita pi water park. yuhuuu..
Sudahnya kul 4.30 kami pun keluar dari waterpark. Jari pun da mula kecut walaupun rasa bahang panas tetap ada. Pasni bleh la pi tempat kusi urut.
"Yang, 1/2 jam eh".
"Kita amik 15 minit dolo la"
"ok.'
"Kak, 15 minit untuk 2 orang"
so kami berdua pun letakkan badan kat kusi tu. Wahhh..bestnye..Lepas mandi badan rasa letih, nih badan kena urut maunya tido nanti.
Tetibaa....
"Ehh..da kul bape nih".
Alamak, rupanya kami tertidur. hahahaaaaa..kelakarnya. mesti akak tuh bantai gelak pelan2 kat tepi tuh. Sib baik blum lama lagi n x der orang lain dalam tu. lepas 5 minit je.. tapi keluar je dari kedai tuh, kami plak bantai gelak. Pastu kami pi kedai2 souvenir yang ada kat sebelah. dapatla beli labu sayong untuk emak. Bleh la isi air, mesti sejukkk...
"Malam ni kita makan kat cafe' Le Lac."
"tapi jangan tertidur plak cam semalam."
"Okies"
Kul 8.30 gerak ke Le Lac. Kat depan tuh ada show dari staff Lake Town Hotel. Ok Juga tengok dia org menari.
"Nak buffet ke ala carte?"
"tengok menu dulu".
pusing-pusing,ermmm..
"buffet pun ok juga"
Kul 9.30 kuar dari le lac trus masuk bilik n kemaskan barang. Esok nak kuar awal. Nak ke Nibong Tebal. Hubby ada urusan skit kat sana. Sambil bees kemaskan barang, hubby berFB ngan wat preparation skit.
then bess pun zzzzzzzzzzzzz...

Letih dan Sakit Badan

Alhamdulillah. Diizinkan lagi bees menghirup udara yang segar dibumi Allah yang 'mewah' ini. Rasa sakit badan masih terasa. Walaupun hanya duduk dikerusi co-pilot, tapi cam bees je yang memandu..hehehe..sian kat hubby. Hampir 8 jam memandu, akhirnya kami sampai juga tempat yang dituju. Ini lah tempat rahsia yang hubby bawa untuk cuti awal tahun ini BUKIT MERAH. Waaahhh.. rasa teruja gitu.. Sampai je kat reception trus chek-in. tak bawa lagi beg baju, tinggal kat dalam keta je. Bawa je beg sandang belakang yang da di isi sarat dengan barang2 asas. Dapat bilik menghadap jalan. Condition dalam bilik pun ok.
Petang tu mellihat-lihat sekitar tasik. Sempat juga beli tiket untuk masuk ke tempat-tempat yang ada. Ingatkan boleh masuk runcit-runcit, rupa2anya valid untuk 3 hari tapi kena abihkan dalam masa 1 ari je. heheheee...
Hubby kata tak pe, mesti ada aktiviti lain yang boleh buat arinih. so petang tu kami naik basikal air. ingatkan boleh pi keliling tasik cam kat perlis tuh, nih bleh sampai kat kawasan yang ditanda je. tak kisah la, janji bleh buat aktiviti petang. Pastu ingatkan nak memancing kat tepi tasik tu,tapi tak sempat. Round2 kat tepi tasik terjumpa kerusi urut, 15 minit=Rm3. Best ni kalo dapat time badan rasa letih. "Esok je la kita pi." Bagus gak cadangan hubby tu. Ini bermakna trus masuk bilik la. "Malam ni kul 9 kita pi makan kat bawah".
"Alamak, da kul 11 la plak". Sumer kedai da tutup. Li Lac' Cafe pun da tutup. So malam ni kami tak makan malam. Sib baik ada bawa biskut munchy's. Perut pun tak rasa lapar mana pun. Tak makan malam pun ok jer.
Online ngan roomate masa kat poli dolo kat FB sampai kul 2 am. Patutla mata da rasa pedih je. Padahal baru je bangun tido tadi. Mungkin rasa letih masih ada..
ZZZZZZZZ


Keadaan bilik yang agak luas dan selesa la untuk kami berdua..hehehe


Bees di tepi tasik..tak reti nak pose camner...taram je la..


sory yang...gamba x sekata..isterimu ini tak reti nak ambil gambar..


Kampung Air..


senam kat atas air..tak berani amik gamba sendiri, so amik la gamba org lain..hehehee

Hari yang ditunggu-tunggu

Assalamualaikum..
apa agaknya hari yang ditunggu-tunggu eh??apa lagi kalau bukan cuti..hehehee..bestnya cuti..minggu depan nih cuti sokmo..4 ari cuti..banyak perkara bleh wat tuh selain dari tido..jgn mare yang..isterimu ini memang suke tido..hahahaaaa..da la masak pun x reti..huaaaaa..
Berubahlah wahai diri...

3 jam

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..hari ini dapat lagi untuk update blog. Rasa mengantuk menguasai diri. Tapi tetap tak bleh nak tido plak...tak tahu kenape. Badan pun rasa letih skit. dalam lama tak o.t la katakan. Semalam keja sampai jam 11.15 pm. balik sampai umah dalam jam 11.45pm. sib baik malam-malam camnih jalan lengang. bleh la sampai uma cepat skit. Sampai je uma biras da ada, dok gosok baju untuk pegi anta anak esok.
Jam 12.15a.m bees memulakan acara didapur. bahan mana yang dimayang, bahan mana yang patut diblander sumer da ada. tinggal untuk melaksanakan saja samada untuk menumis cara ini atau itu. bahan-bahan mentah yang lain ada yang da siap n ada yang belum. yang penting ayam da basuh n siap tos, santan dah perah. Sebab kalo ayam ni x siap siang lagi memang lambat la nak siap masak. orang nak sarap, kita baru siao masak. hahahaa. itu pentingnya pengurusan kat dapur. walaupun agak kelam kabut pada awalnya tapi akhirnya semua perkara berjalan lancar.
Jam 2.50a.m mata da cam ada glue. dalam hati, cepatlah mendidih n bees boleh segera beradu...siap basuh pinggan n perkakas yang digunakan tadi, kuahpun mendidih. masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Rasa kuah pun dah ok then trus off kan api..pehhhh lega.. siap sudah semua..Tutup semua suis n trus masuk bilik utk teruskan hajat zzzzzzzzz...baru pejamkan mata, tiba-tiba teringat sesuatu..nak amik gambar..bleh masuk dlm blog..x de keja agaknya..banyak lagi keja yg berfaedah bleh dibuat. peduli apa, bleh wat kenangan..hehehee


Lihatlah..keindahan..masakan instant bees yang disiapkan dalam tempoh hampir 3 jam..macam flash..


Ayam goreng tepung..hubby kata 'sedap,nanti wat lagi'..senyum je la bees..tq yang..



Sayur Lodeh..masih panas lagi..untuk hidangan esok pagi (sarapan)..


Rendang ayam..

Kuah kacang..nampak berminyak n merah..almaklumlah, bees menumis guna minyak masak tapi x de la banyak sangat. Bila da menyejat, suma minyak dok kat atas. Sok pagi bleh buang minyak nih.

Kerja malam

Assalamualaikum..
Malam ni kena keja. 1st day on februari and 1st day o.t for this month. malam ni tak dapat turun training lagi. Bila lama da tak baling bola, so secara automatiknya bola tuh rasa berat. kena la wat training cara manual balik. buka buku hehehee...susah juga nak adjust tangan ni. Bila da sedap baling senget, so masuk longkang je la nanti..bersih longkang kat starbowl.
Bila la agaknya nak abih event nih...mata da rasa pedih je..tapi balik ni ada keja yang menanti..nak buat ayam goreng n sambal kacang. Esok pagi nak makan lontong. Kat uma ada tetamu merangkap abang ipar. kak teh n abg teh. Esok nak anta anak dia masuk sekolah sains. Sekolah lama pak su dia, sekolah menengah sains muar. Alhamdulillah dengan keputusan cemerlang pmr dapat masuk asrama penuh. masa upsr dolo pun result cemerlang, tapi blum rezeki nak masuk asrama penuh. Gud luck utk anak buahku.
Semalam pun rajin plak nak buat sarapan. Dalam kul 10.30pm baru terpikir nak wat karipap pusing. Alhamdulillah dengan kesungguhan yang ada, akhirnya dapatlah aku menyiapkan hingga jam 12.00 malam. Tak de la cantik mana, tapi hubby kata utk 1st timer wat karipap pusing ok la. Hubby kata kulit kurang tipis, kulit terlalu rapuh n rupa kelim tepi karipap tak nampak. Heheheee. Bees rasa camtuh juga. Semalam masa nak gelek doh tuh rasa susah je. Sebab lapisan tuh terbuka. takut inti keluar masa menggoreng. Camner agaknya cara nak wat karipap ni lebih cantik n sedap eh..Pada sesiapa yang ada resepi karipap pusing yang pasti bleh jadi, kongsilah resepi ngan bees. tq..bees ni suka makan, so apalah salahnya belaja skit pasal masak. Lepas la untuk selera makan bees n hubby. Yang penting hubby suka..hahahaa...k bye..byee..