Pages

Salam

Islamic Calender

Cili

Assalamualaikum.

Raya pun dah habis. Tahun ni raya 1 hari je. ok.. Hari seterusnya adalah sangat kebizian hinggalah berakhirnya syawal. Alhamdulillah, hari raya kan memang 1 hari. Jangan mengada-ngada nak tambah yer. Hik..hik..
Bila dah keluar rumah pagi balik malam, hujung minggu pun x da kat rumah makanya.. rumah pun dah macam rumah persinggahan. Luar rumah pun rumput dah tinggi , sampah daun kering apatah lagi bertabur atas laman yang menghijau. Cantik banget landskap rumah ni, sangat neutral. Betul juga, daun yang kering tu kalau dibiarkan boleh beri manfaat kepada yang lain.
Minggu ni dapatlah juga duduk rumah, membersihkan apa yang patut. Hubby pun x de kat rumah, ke pineng ada urusan jumpa sv. Petang tu dapatlah siram pokok-pokok orkid yang dah lama tak terusik, pokok rose yang makin tinggi menjulang akibat tak sempat nak cantas, pokok daisy yang kurus sebab kurang kasih sayang, pokok herba yang 'secoet' kat belakang rumah tu pun nak kena jaga juga. kan. Aktiviti membaja, cabut rumput, trim pokok dilakukan dengan cepat dan berhemah. Hahahaha.
Oppsss kulihat dicela-celah rumput yang tinggi seperti ada warna-warna terang. Apa pulak tu??.. Hemmm. ooo cili rupanya.. Tapi kenapa bulat-bulat.. Baru teringat, uncle belakang rumah pernah bagi cili ni. Bulat-bulat macam lada benggala mesti tak pedaskan.. Omakkaaiii bila rasa, huaaaaa  peedddaaassss.. Tolong abg bomba, ada kebakarannn.. Lidah dah kebas dah.. Hemmm. kecil-kecil cili apa.. Tapi ni bukan cili api biasa, tapi cili apa ya???

Ada kawan bilang ini cili bronong. Banyak kat sarawak.  Rupanya seakaan Scotch Bonnet. Sila abaikan rumput yang panjang ok.


Macam lada benggala kan..


1 st Ramadhan 1435H

Assalamualaikum & Selamat menyambut bulan Ramadhan.

Alhamdulillah tahun ni dapat menyambut awal Ramadhan bersama hubby. Dah beberapa tahun duduk berjauhan, akhirnya tahun ni dah berdekatan. eceheceheceh.. kemaain lagi puan tanah yerr.. hik.hikk.. sukeee..
Tahun ni juga sambut awal Ramadhan dengan MIL. Lebih dari 1/2 tahun MIL kurang sihat n duduk dengan abang no. 5. Tahun ni dia masih nak sambut puasa kat rumah sendiri, so sebagai anak kena la ikut mana yang mampu. Sebab dah beberapa tahun duduk dgn MIL, so tahulah serba sedikit keperluan dia. Nasib baik negeri Johor ambik cuti 1 Ramadhan, so best sikit bila duduk rumah ni. hehehe. tapi tang nak masuk keje semula tu macam letih sikit.. So 2nd day puasa dah kena hantar MIL ke rumah abang, sebab bees dah kerja n org keje swasta masih bercuti lagi.






Kuih Lopis & Bubur Lambuk.

Bola bakar bersama sos tomato

Assalamualaikum.

Minggu-minggu malas nak makan nasi, aci tak?? Bukan diet ok, tapi mood nak makan nasi memang x de. Kenyataan yang agak poyos di situ.  Kepala pun macam ada batu, so x tau nak mengomel apa. haishh..


Bola yang agak lusuh distu akibat berjemur ditengah panas.







Rojak

Assalamualaikum.

Kali ni tekak hubby nak makan rojak Maryam. Mana nak jumpa maryam nak oii.. Nak bua apa jumpa Maryam, saya kan ada..hehehe . Biasanya memang kalau nak makan rojak akan pergi kedai Maryam ni. Kuah dia memang mabeles. Tapi kali ni nak test buat la. Terima kasih pakcik google atas bantuanmu.





Menjadi juga dengan hasil kerja keras kat dapur. Memang sedap la guna resepi ni.

Tiba-tiba nak jadi Italian pulak

Assalamualaikum.

Tiba-tiba malas nak makan nasi. Apa agaknya nak makan yer. Maggi, erkkk.. Asyik maggi jer bosan tukar la. Hmm spaghetti. Goreng saja.. erk xkan la, baik makan mee goreng ja. Buka fridge, ada daging kisar, udang n ada juga prego mushroom. Ok chanteq..


Setelah berusaha bersungguh-sungguh di dapur, akhirnya terhasilah Seafood Spaghetti Carbonara & Money bag. Macam nak fengsan menyiapkannya. Apa-apa pun sukses walaupun makan selepas jam 9.00 malam. Hadoiii.