Pages

Salam

Islamic Calender

projek weekend

Assalamualaikum..
Weekend ni ada satu projek nak kena siapkan. bukan apa, ada teman bees soh buatkan brownies yang bees bawa arituh. Dia minta resepi n bees da bg, tapi x leh nak wat sbb ovent x de. so dia minta tolong bees buatkan. tapi bees da cakap awal-awal, rupanya x seindah nama, tapi rasa sekali memang nak makan lagi..hehehee..brownies..brownies..brownies..Tapi nak watkan hubby apa plak minggu ni eh???errrmmm..memikir lagi nih..x der idea plak...

Tahun Baru 1431H dan hujung minggu

Assalamualaikum..

Agak lama dah tak update blog ni. Disebabkan masa yang ada digunakan untuk perkara yang lebih penting. Hehehee..ayat..Biasala..tahun baru, dengan azam baru, matlamat baru dll..banyak yang nak diungkap tetapi x perlu rasanya disini. Biarlah hanya Allah dan bees je yang tahu...
Sudah beberapa minggu rasanya, bees tak ada dirumah pada waktu hujung minggu. Minggu ni Alhamdulillah, selama cuti 3 hari ni banyak masa ada dirumah. Banyak juga perkara yang diselesaikan selepas penangguhan selama beberapa minggu. Yang best n utama dapat lepak2 kat umah pada waktu siang ngan hubby...Tapi malam, sian hubby kena siapkan study plan sampai ke pagi..Sabar ya, Insya-Allah apa yang abg buat sekarang ni akan dapat rahmat daripada Allah. Moga semuanya dipermudahkan dalam segala urusan.
Dalam cuaca yang sejuk camni, dapatlah bees berkebun skit kat dpn n belakang uma. tak lupa juga pada pokok-pokok bunga yang ada. Tengok pokok2 lada yang ditanam sebelum ni suda ada teman. siapa?? siapa lagi kala bukan cik rumput yang tumbuh segar disekelilingnya. Banyak plak tu, jenuh juga bees nak bersihkan. Tapi, segala aktiviti tu baik untuk kesihatan dan minda kita. Dalam sibuk bees membersihkan poko lada, tiba-tiba...dia datang..jeng..jeng...dengan muka selambanya 2X(ni kena ikut rentak lagu lama)..huhuuuu..ingatkan siapa..rupa-rupanya, kucing kesayangan bees. siapa lagi kalo bukan jojo..bagus juga dia nih, dapatlah temankan bees buat keja walau x bleh nak disuruh...heheee..da namanya pun kucing.. Nak citer skit pasal kucing-kucing bees nih. Masa ketiadaan bees n hubby, kucing2 bees sumer lekat ngan emak. Wat teman emak kat uma.. Tapi bila da balik, sumer buat jual mahal ngan emak. Kelakar tul la tengok perangai kucing2 bees. Pandai tul kucing2 nih pilih tuan..heheheee..
Alhamdulillah, cuti-cuti ni dapatlah buatkan hubby brownies. Lama dah x buat brownies..pastu makan ngan vanilla ice-cream..memang syiok...hehehee..buat kek pun setelah selesai aktiviti kat pasar n memasak. Kul 7.pm rasanya..hehehee.. Banyak sungguh barang2 yang kena dibeli minggu ni. Maklumlah, da lama x pi pasar..Bees paling suka pi pasar ni, sbb ada banyak sayur2 kampung n murah sedikit berbanding kat pasaraya. Ikan yang ada pun segar2 skit, tapi kena pandai pilih.
Minggu depan ari jumaat x keja, apa agaknya aktiviti yang nak aku buat eh???...

jalan-jalan..kerja..shopping...

Assalamualakum...

Minggu ni agak sibuk ngan ikut hubby kerja..bees dok jadi co-pilot,tido, makan, jalan-jalan maknanya (cuti)..walaupun agak penat tapi best. kali ni hubby gi lagi ke kota bharu, kuantan dan kl untuk lawat student. 3 in 1 la kiranya..

First day gerak ke KB kul 7.oo pagi..On the way baru nak masuk rompin da ujan plak..so hubby bawa keta slow skit. Hampir sampai kat simpang gambang, tengok kanan kiri, upanya air da penuh kat kebun kelapa sawait. mungkin itu bagi kawasan rendah. tengok kat anak pokok kelapa sawit, nampak hujung je. da cam tasik plak. jalan depan skit, rasa x percaya plak. Driving school pun banjir..huhuuu..habis keta sumer kena letak kat tepi jalan..tergendala aktiviti nak belajar memandu. Jalan depan skit, da air melimpah kat jalan. Jalan yang sepatutnya 2 lorong da tinggal selorong je yang boleh lalu, itupun air da limpah lebih separuh dari lane kedua. Deras je air lintas ke lorong sebelah. takut gak bees, bukan apa, kalau air deras camnih kenderaan kecik cam keta nih pun boleh sangkut. Dalam hati, janganla jadi yang bukan2. Hujan terus berlarutan hingga kemaman. Alhamdulillah da tak hujan,dapatlah kiranya sampai ke KB dalam lingkungan tempoh yang dirancangkan. Dugaan tak habis kat situ, rupa-rupanya jalan yang sebelum ini bees gunakan diturap cantik, kini habis berlubang2. Mungkin kesan hujan yang panjang kat terengganu. ini mengganggu kelancaran perjalanan. Sebelum tuh, sempat juga singgah kat ICT (ikan celup tepung)..tapi bees x amik ikan, sbb Hubby nak sotong n bees nak udang n bli la skali kopok goreng. makan dalam keta je..n then truskan perjalanan..
Sampai di sutera inn jam da menunjukkan kul 6.30 petang..Alhamdulillah sampai juga dengan selamat. Malam tuh try pi kat up-town, tengok2 x der ape2 yang menarik. nak makan kedai makan da banyak tutup n amik keputusan makan kat hotel je..Esok pagi hubby nak pi lawat stdnt LI kat Hospital KB, so sementara tuh mengemas la sikit barang2 yang dibawa..
Kul 11.30am bertolak pula ke kuantan. Sebelum tu singgah kejap kat pasar payang untuk beli barang yang dipesan oleh emak mertua. Sampai kat grand continental kul 6.15pm, pastu rehat la sampai besok pagi..ceh... nak rehat sampai besok pagi konon. kul 8.30 da ajak jalan..hehehheee...shoping skit kat reject shop...pi singgah kedai buku, tapi...ngeeee pening pala tengok buku2 yang ada. tak tersusun langsung..mood nak cari buku trus hilang..hubby plak, baru masuk da nak kuar, sbb sampai kat rak yang dia nak, buku lintang pukang...x suka la tuh..huhuuu..akhirnya bli juga majalah mingguan wanita.. Esok nak bertolak ke KL plak..
Sampai Grand Seasons kul 3.00pm trus check in. rehat kejap pastu pi jalan2 plak..Puas la juga hubby bawa bees jenjalan. pi la the mall, sogo, bts, bb plaza, klcc n banyak lagi..Balik habis urusan keja x terus balik uma, singgah jap menjenguk haiwan2 ciptaan Allah yang x boleh bela kat uma.. Apa lagi kalo bukan zoo..hehee..then trus bali ke bp..sampai pun da kul 10.00pm..alamak..esok keja..huhuhuu