Pages

Salam

Islamic Calender

jalan-jalan..kerja..shopping...

Assalamualakum...

Minggu ni agak sibuk ngan ikut hubby kerja..bees dok jadi co-pilot,tido, makan, jalan-jalan maknanya (cuti)..walaupun agak penat tapi best. kali ni hubby gi lagi ke kota bharu, kuantan dan kl untuk lawat student. 3 in 1 la kiranya..

First day gerak ke KB kul 7.oo pagi..On the way baru nak masuk rompin da ujan plak..so hubby bawa keta slow skit. Hampir sampai kat simpang gambang, tengok kanan kiri, upanya air da penuh kat kebun kelapa sawait. mungkin itu bagi kawasan rendah. tengok kat anak pokok kelapa sawit, nampak hujung je. da cam tasik plak. jalan depan skit, rasa x percaya plak. Driving school pun banjir..huhuuu..habis keta sumer kena letak kat tepi jalan..tergendala aktiviti nak belajar memandu. Jalan depan skit, da air melimpah kat jalan. Jalan yang sepatutnya 2 lorong da tinggal selorong je yang boleh lalu, itupun air da limpah lebih separuh dari lane kedua. Deras je air lintas ke lorong sebelah. takut gak bees, bukan apa, kalau air deras camnih kenderaan kecik cam keta nih pun boleh sangkut. Dalam hati, janganla jadi yang bukan2. Hujan terus berlarutan hingga kemaman. Alhamdulillah da tak hujan,dapatlah kiranya sampai ke KB dalam lingkungan tempoh yang dirancangkan. Dugaan tak habis kat situ, rupa-rupanya jalan yang sebelum ini bees gunakan diturap cantik, kini habis berlubang2. Mungkin kesan hujan yang panjang kat terengganu. ini mengganggu kelancaran perjalanan. Sebelum tuh, sempat juga singgah kat ICT (ikan celup tepung)..tapi bees x amik ikan, sbb Hubby nak sotong n bees nak udang n bli la skali kopok goreng. makan dalam keta je..n then truskan perjalanan..
Sampai di sutera inn jam da menunjukkan kul 6.30 petang..Alhamdulillah sampai juga dengan selamat. Malam tuh try pi kat up-town, tengok2 x der ape2 yang menarik. nak makan kedai makan da banyak tutup n amik keputusan makan kat hotel je..Esok pagi hubby nak pi lawat stdnt LI kat Hospital KB, so sementara tuh mengemas la sikit barang2 yang dibawa..
Kul 11.30am bertolak pula ke kuantan. Sebelum tu singgah kejap kat pasar payang untuk beli barang yang dipesan oleh emak mertua. Sampai kat grand continental kul 6.15pm, pastu rehat la sampai besok pagi..ceh... nak rehat sampai besok pagi konon. kul 8.30 da ajak jalan..hehehheee...shoping skit kat reject shop...pi singgah kedai buku, tapi...ngeeee pening pala tengok buku2 yang ada. tak tersusun langsung..mood nak cari buku trus hilang..hubby plak, baru masuk da nak kuar, sbb sampai kat rak yang dia nak, buku lintang pukang...x suka la tuh..huhuuu..akhirnya bli juga majalah mingguan wanita.. Esok nak bertolak ke KL plak..
Sampai Grand Seasons kul 3.00pm trus check in. rehat kejap pastu pi jalan2 plak..Puas la juga hubby bawa bees jenjalan. pi la the mall, sogo, bts, bb plaza, klcc n banyak lagi..Balik habis urusan keja x terus balik uma, singgah jap menjenguk haiwan2 ciptaan Allah yang x boleh bela kat uma.. Apa lagi kalo bukan zoo..hehee..then trus bali ke bp..sampai pun da kul 10.00pm..alamak..esok keja..huhuhuu

No comments: