Pages

Salam

Islamic Calender

Lumut

Assalamualaikum

Sebab nak pegi jalan pagi ni, so buat breakfast yang simple dan cepat. Ni bila kes orang dah 'rajin'. Miahahaha..  Pagi ni akan ke Lumut. Sepatutnya nak singgah masa balik dari Cameron arituh. Sebab terjadi satu peristiwa, terpaksalah hubby batalkan saja niat untuk waktu tu dan ditunaikan dikemuadian hari.

 Quick beef sphagetti. Tak de sayur n cheese ok. 'Rajin' punyer pasal

 Kata hubby ni macam nak makan untuk 3 orang makan je.

On the way nak pi Lumut, nampak signboard nih ' Parit Belah Cina' .. Oooo baru tahuu..

Hahaha buat muke bajet la tuh.. ( Jangan tiru perkataan ini ya wahai isteri-isteri. Tak baeekkk tau. Nanti tak dapat pi jalan-jalan lagi.) Hahahahaha = gelak jahat

Wassalam.

My first Cheese Tart

Assalamualaikum..

Wahhh first time buat cheese tart. Sebelum ni buat cheese cake jer, so ubah selera sikit. Tapi alamak rentung la..
Dalam bekas, ready untuk bawa pi NT esuk malam.


Close-up sikit..memang huduh la, tapi sedap.. MIL yang tak suke cheese pun dia tak tahan dengan bau tart ni bila da masak. Akhirnya makan juga..hehehe


Khas buat hubby, ada love kat situ. Love u everyday ( bukan susu averyday yer)

Wassalam



Itam puith & Kuning putih

Assalamualaikum..

This year rumah bees ada colorful skit. Biasa hitam dan putih saje, this time ada warna kuning. Apa yer agaknyer yang itam putih & kuning putih tu yer??? Meh kita tengok..



Macam-macam je budak dua nih..

 Explore satu bilik...

 Pemerhati je..

Coommmoooottttt..

Pedoman

Assalamualaikum..

Mood dipetang hari ni berubah sudah..Ni kes tak dapat balik NT. So aritu ada tengok video ni kat oasis.


Wassalam

Pameran Buku MPH

Assalamualaikum..

Bak kata kawan bees, harini adalah hari poket tersenyum dan poket bees arinih terlebih senyum sudah..Omakkk banyaknyer belanja arinih. Baru berapa jam je da hampir separuh...huwwaaa.. Ehhh tak boleh sedey-sedey. Itu kan rezeki. Semua yang dikeluarkan bukan sebab kehendak semata. Hari ni bees beli 4 buah buku. Banyak nyerrr..Semoga sesi pembacaan ni menambahkan lagi pengetahuan yang masih lagi baru bertunas walhal umur dah menghampiri pengakhiran.

 Karya oleh Shafie Abdul Rahman. Antara pahlawan yang disebutkan dalam buku ini adalah Saiyidina Hamzah, Amru Ibnu Al-Aas, Salahuddin Al-Ayuyubi dll.

 Yang lazim tetapi boleh jadi lupa.

 Biasa tengok kat Wall Fb orang share hadis sana sini. Kadang-kadang tak tengok maksud adakah hadis itu hadis sahih@hasan@dhaif@maudu'.. Kalau nak tahu lebih lanjut, kena dapatkan buku ini dirangkaian kedai buku yang berdekatan.

Tambahan untuk diri sendiri.

Ayam lagi

Assalamualaikum.

Nak post lagi gambar ayam. Xcited gila bila tenguk semua ayam betina kat rumah tengah mengeram (macam la banyak sangat ayam aku). Hahahaha..ayam da ada waris, tapi tuanpunya blog ni masih menunggu lagi. Doakan saya ye kawan2 semua(tiba-tiba jadi sayu plak)...

 Masih dalam bekas. Nak keluarkan tak habis menetas lagi..Abih periuk kat dapur buat bekas dia..Hahaha pasni bleh trus masak kari ayam...

Comel-comel anak dia, sama macam mak dia..I likeee..

Wassalam

Selipar Oh selipar

Assalamualaikum..

Semalam tengahari, tiba-tiba rasa nak makan sweetcorn. Maka bees n opismate pun dengan pantas  ke Koop. Sampai je kat koop
bees : Kak, jagung ada??
Kakak Koop : Ada, tapi kena tunggu la dik. Sebab baru je masukkan jagung nih..
Bees : Errrmmm lama ke kalau saya nak tunggu??
Kakak Koop : Dalam 15 minit.
Errmm lamanyer
Bees : Tak pe lah kak..Terima kasih..
Dok pusing-pusing dalam tu..Tak tau nak makan apa pulak..Ehhh...menarik laaa..Beli je lah..

Tadaaaa..Lain dicari, lain yang dijumpai.Kenyang dah makan dengan selipar nih, dah tak yah beli sweetcorn...

Ok lah, bees ngah nak berangan ngan selipar bari ni dalam opis.. Tak nak buka sampai balik nanti...Hahahha..

Wassalamm..

Suatu Ketika - Part 4

Assalamualaikum..

Macam adik beradik plak..hahahah

Wassalam

Suatu Ketika - Part 3

Assalamualaikum..

 Banjir besar melanda tempat kerja bees. Hari ini dalam sejarah.

Boleh plak dia pi berkayak, bukannya dalam sangat ponn..mengadeee ini orang..

Wassalam..

Suatu Ketika - Part 2

Assalamualaikum..

Menjadi wartawan ketika MHS..Wahhh
 Jejak kasih. 'Mak' gelaran yang bees gunakan kepadanya semasa bekerja di Sharp BP..Dunia ni kan bulat, Insya-Allah masih dapat berjumpa lagi..
 Takut juga masa ni, maklumlah suara bukannya sedap sangat..
Bersama salah seorang staff keselamatan yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di bilik pembuangan undi. Walaupun sudah menggunakan e-vote, tugasnya masih diperlukan. Ini adalah kejadian pada September 2006

Wassalam.

Suatu Ketika - Part 1

Assalamualaikum..

Baru-baru ni buka server lama & terjumpa khazanah zaman dolo-dolo. Bila imbas semula detik-detik tu, cam tak percaya jer. Berbeza sungguh bees dari segi fizikal dan mental. Hahaha. Cam hape-hape jer kan. Tak kisah lah yang penting memori memang sentiasa ada, sedikit gambaran itu ada diantara foto-foto tersebut..

 Ini sewaktu bujang...Hahahah


 Ini pulak lepas kahwin..Masa ni dah pregnant rupanye..Sedar lewat..

 Kenangan besama Bob Lokman semasa makan malam Kskuittho
 Bersama band yang mengiri majlis malam tersebut..

Beza, memang berbeza.. ok 
Wassalam

Keluarga Baru 'Didik'

Assalamualaikum..

Ermmm minggu yang agak letih sebab panas dan kurang minum air.. This week lepas bagi ikan makan, bees terdengar bunyi-bunyian dari arah kotak... chipp..chipp..chipp.. Bunyi dia makin lama makin kerap..Eeermmmm rasanya ayam nih baru menetas kot.. Sebab tu menchiap bagai nak pecah tekak. Bila Jengah jer..Nahhh dah ramai rupanya makhluk dalam tu.. Ingatkan 3 ker 4 ekor je, rupanya 1,2,3,4,5,6,7,8 & 9..Waahhh sembilannn banyak nyer...Excited juga sebab dah lama tak bela ayam kecik nih.. Geram bees nengok. Apa lagi bees pun amik hp n snap pastu trus hantar mms kat hubby. Comel sungguh anak2 ayam nih..





Semuanya sangat cutee kan, cam nak bawak tidor jer...hak..hak..hakk..

Terima Kasih

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak mengupdate blog nih. Sibuk sikit dengan aktiviti harian, dengan kenduri kawin, dengan kerja dan banyak lagi. Post kali ni bees nak ucapkan terima kasih yang teramat banyak kepada Kak Sweetlizahanum @ http://lizahanum.blogspot.com  kerana sedia berkongsi ilmu dengan bees. Walau tak pernah berjumpa empat mata, tapi bees amat menghargai pemberian tersebut.Terima kasih kak.. Ilmu yang ada dilamnya amat berguna kepada saya dan keluarga. Asas adalah penting dalam menjalani hidup kita seharian.




Ok..Sampai jumpa lagi. Wassalam..

Wedding Jiran Sebelah

Assalamualaikum..

Hujung minggu dipenuhi dengan undangan majlis perkahwinan. Alhamdulillah, ini bermakna saya sudah tambah usia. Bukan sebab sambut hari kelahiran, tetapi menunjukkan yang bees ni dah menambah satu fasa lagi dalam hidup. Ahad lepas, jiran bees buat majlis bertandang. Dua pasang terus, abang dan adik. Sorang orang Pasir Gudang dan sorang lagi Orang Kemaman, Terengganu. Nunnn jauh kat belah pantai timur. Umah bees(umah emak) jadi umah persinggahan @ rumah rehat untuk keluarga pengantin.. Ramai juga yang hantar, Alhamdulillah kunjungan orang yang datang dari jauh. Pengantin juga solek kat rumah juga...Dapatlah bees tengok sikit2 akak tu menyolek. Maklumlah, bees kalo tang bersolek sory yer, x der skill.. Hahaha Tengok la, muke pun pucat jer. Harapkan compact powder jer. Tak kisah la kan, yang penting dapat snap 1 pict pengantin masa bersanding. Time nih hari da hujan, so gambar agak kureng jelas sikit.

 Ni la gambar pengantin. Purple and pearl white n cream



 Me n my kakak, Kak zue & kak Ngah..Masa ni kak Long ngah sibuk sembang ngan kawan dia..Hehehe Sory Kak Long..
 Najjah & Sofea, umur sama tapi tinggi berbeza

Selipar baru

Assalamualaikum..

Kesian kat hubby, selipar da macam mulut buaya. Kalo mulut buaya tu eluk la juga sebab terbuka sama luas, yang ni tidak..Sebelah dah hampir 40% terkopak dan sebelah lagi 50%...Kesian kan.. Haiissshhh sayang sungguh dia ngan selipar lama tu.. Da berkurun dan boleh masuk dalam Muzium.. Sib baik balik kampung, so senang terus pi beli..

Pilih, ambik, bayar dan terus pakai..hehehe

Wassalam..

Kerja-Kerja Awam

Assalamualaikum.

Mentang-mentang kerja dengan sektor awam, cerita pasai awam la jugak kan. Kerja awam ni kira projek untuk tahun ni. Satu projek sekali setahun untuk rumah. Hahaha biasa la..buat ikut kemampuan dan bila rezeki tu ada yang lebih kumpul la sikit2. Kontraktor untuk projek kali ni pun bumiputera juga. Ini Hasilnya.

 Rantai ni untuk alirkan air hujan supaya tak 'terlajak'..Boleh ke guna ayat nih..hahahah
 Pili air bahagian depan (senang nak basuh kereta), 2 dibahagian belakang (Washing machine & satu lagi buat perhiasan). Hahahahahaha
 Saya suka ini. Theeee

Ni lagi la saya suke. Walaupun ramai kawan2 kata bahaya water heater ni, bees tetap nak pasang. 

Bees & hubby amat berpuashati dengan hasil kerja dan juga harganya. Alhamdulillah..
Wassalam

The Manhattan Fish Market

Assalamualaikum..

Aktiviti hujung minggu kat NT adalah berjalan.. Pepandai jer kan..Jalan ajer keje dia.. So this week bees n hubby pi Carnival dengan niat nak pi makan kat Seoul Garden. Tapi bukan rezeki bees nak makan kat situ, n sebab tak der tempat lain lain kami try makan kan Manhattan Fish Market. Konsep restoran yang agak berlainan. " Bring outside to the inside". Betul ker ayat nih, ermm hantam sajalah kubisss....

sdappp

 Clam chowder syiokk

 Fish & Chips..Regular, tak abih makan sorang2..

 Seafood Spaghetti ni hubby nyer menu
Brownies for desert..Nak amik mud pie, tapi dah abih..

Wassalam