Pages

Salam

Islamic Calender

Janji Khalifah - Hijjaz

Assalamualaikum..

Satu lagi lagu dari Hijjaz yang menggamit hati ini. Tahniah Hijjaz kerana menghasilkan lagu-lagu nasyed yang terbaik.

Janji Khalifah - Hijjaz

Kemana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang esa walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah bernafaslah dalam helah syahadah
Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua takkan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemiliknya
Seluruh semesta menyerah

Sesungguhnya diakhir yang nyata
Setiap nyawa kan kembali padanya
Dihimpun dihitung semua

Semat utuh apa yang diikrar
tika jasad dihembuskan nyawa
hanya satu yang disembah Allah....

Subhannallah Alhamdulillah Allah Allahuakbar ( Oh ya Allah.. )
Subhannallah Alhamdulillah Allah Allahuakbar ( Oh ya Allah.....)

Tunduk dan pejamkan lah mata
Rasa kan getaran kalimahanya
Jadi nadi dalam diri suci (aaaaaaa...)

Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah Allah

Subhannallah Alhamdulillah Allah Allahuakbar ( Oh ya Allah.. )
Subhannallah Alhamdulillah Allah Allahuakbar ( Oh ya Allah.....)

Kemana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang esa walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah bernafaslah dalam helah syahadah
Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua takkan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemiliknya
Seluruh semesta menyerah







Kau Pemilik Cinta - Hijjaz

Assalamualaikum..


Lagu ni sangat menarik hati untuk terus mendengar..

Kau Pemilik Cinta by Hijjaz

Oh pemilik cinta betapa dapat kurasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepian ku kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga

Oh pemilk hati sungguh kau maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari

Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran in melingkar dihati
Betapa agungnya kasihmu Illahi
Ohh..

Pemilikk cinta betapa dapat kurasa
Indah yang bhagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepian ku kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga

Kerna kuakui jalan kulafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya engkau maha mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai

Kekasih kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji dirimu tetap setia disisi
Oh tuhan kau yang maha tahu
Cintaku padanya tak perah kuragu
Kupinta kekalkan sifatku
Hanya bersamanya disyurgamu

Ohh... (cinta..)
Duhai kekasihku (pemielik cinta)

Kekasih kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi

Oh Tuhan kau yang maha tahu
Cintaku padanya tak pernah kuragu
Kupinta kekalkan cinta ku hanya bersama gadis syurgamu.




Tukang Kebun

Assalamualaikum.

Penat gila rupanya yer, bila dah lama tak buat kerja-kerja merumput nih. Hadooiii sakit-sakit tangan, pinggang n kaki. Yang paling haru, bila cabut rumput tu dah macam orang gila. Mula-mula memang la ada kerusi, tapi bila membongkok lama-lama, rasa sakit pulak belakang nih. Pastu tukar teknik alas dengan kotak jer, rasa leceh plak nak alihkan kotak2 nih. Akhir sekali, duduk kat atas rumput dengan santai sambil tangan laju mencabut rumput dan trim rumput yang panjang. Nak kata hitam kulit naah dah tak yah nak kata la. Cuaca sejak kebelakangan nih memang agak panas. Hasilnya, rentung la bees cuti dua hari nih. Mana la ada orang yang sanggup buat kerja-kerja macam nih. Tukang kebun pun cuma siram, sapu sampah, trim pokok or rumput itu je kot. Yang aku nih dah jadi tukang rumput la. Dah jadi macam buruh yang kat ladang2 tu. Hemmm..

 Peralatan untuk meragut merumput..

makhluk rumput asing yang perlu dinyahkan.. Ini kalau dibiatkan boleh jadi hutan belantara macam dolo-dolo..

Balik dari meragut merumput perut dah berdondang sayang. Keluar rumah kira awal la dalam kul 6, tut-tup..alamakkk jalan jemmm.. Ohhhh tidak... kaki dah lenguh, tak boleh jadi nih. Akhirnya amik jalan lain untuk balik. Bila dah lalu jalan lain, mula la kepala otak nih memikir-mikir, balik nih MIL x der.. Malas plak nak mask. Apa kata kita makan luar la yer.. Hahahaha Akhirnyaaa

 Air Chi Kong..

Satey ayam n daging.. Lapar tahap gaban sebab lunch tak makan..

ok Wassalam..

6th Anniversary_Australia

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, usia perkahwinan sudah menginjak ke angka 6 tahun pada 1 Jun 2013. Banyak dugaan dan cabaran disambut dengan sabar, tidak mudah melatah, sentiasa muhasabah dan semuanya adalah atas kehendak-Nya. Kami bersyukur atas kebahagiaan ini, walaupun rezeki cahaya mata belum hadir dalam keluarga kecil kami. Doa itu akan terus mengiringi perjalanan meniti hari yang mendatang. Terima kasih Allah atas kurniaan yang telah diberikan kepada kami.


Early Vacation 2013_Part 3

Assalamualaikum.

Dah tengok persekitaran, gamba bilik lupa plak nak upload. Kalau sesiapa yang rasa nak pi sana boleh la tengok pic ni untuk rujukan. Sesuai ke tidak dengan citarasa nak bercuti tu. Cita rasa tuan tanah, asal boleh tidor, ada peti sejuk  n tempat makan dah kira ok. Budget pun sopan-sopan jer..

Katil single ni luas..

Ada tv, fridge ada kat bawah rak tv, pemanas air n meja dan almari pakaian ( tak sempat nak snap guna hp).




Early 2013 Vacation_Part 2

Assalamualaikum

Dah tak banyak bende yang nak di bebelkan kat sini.. Tengok gambar je la yer..

 Red Bull menunggu tuan dia massage kat kerusi jenama ****
 kek Coklat, sangat pekat coklat dia..
Carrot cake yang tidak mengujakan.

Turun Tanah

Assalamualaikum.

Tuan tanah bukan tak pernah turun tanah, tapi kucing kat umah bees turun tanah. Hahaha tapi tak de la nak menyambut bagai..dengan  batang pisang, jemput kumpulan Yassin, siap ada pelamin, dah macam kenduri kendara pulak. Tapi ini bukan cerita manusia tau, ini cerita budak-budak berbulus tu. Hahaha





Jojo ajak anak-anak turun tanah beramai-ramai. semua penakut..

Buruh Tempatan Tanam Rumput

Assalamualaikum.

Agak lambat untuk update rumah. Rasanya dah hampir 5 bulan baru nak update. Hahahaha biasa la.. Buat sikit2 jer, ikut budget yang ditetapkan. Kalau lah duit tu boleh keluar macam daun, bila-bila masa jer boleh siap.
Oleh sebab tanam rumput ni untuk elakkan lalang, maka kami ambil keputusan untuk tanam rumput + tanam sendiri. Larat ke nak buat, hahahaha tabah je la yer. Dari proses gembur tanah, tabur pasir dan tanam rumput kami buat sendiri. Kalau ikukan penat, memang tak larat la nak buat, tapi gagahkan juga la. 1 Hari beli pasir dan pindahkan pasir + 1 hari tabur pasir ( guna pongkis jer ) + 1 hari tanam rumput ( sib baik da bli kereta sorong) = Totally exhausted@ pitam dan hitam. Tak mampu nak bli rumput mahal-mahal, asal boleh tutp keliling kira ok la.

 Kerja meratakan pasir memang rasa tercabar, dengan cuaca panas ditambahpula hanya guna pongkis memang sangat berbaloi..baloiii kepenatan dan kekejangan otot.

 Bila kena ratakan kawasan yang lapang ni memang rentung la..

 Buruh warga tempatan. Biasa dok depan lappy sambil main game, skang ni kena menghadap kepingan rumput berjumlah 200 keping..
 Dah macam main puzzle jer...susun dan cantum, tapi bila angkat amboiii mak aihhh...beeraaatttt..
 Bahagian depan dah nak siap..
 Bahagian depan siap.
 Bahaian tepi siap..
 .Bahagian belakang pun siap. So tinggal siram untuk 2 minggu pagi dan petang. Memandangkan untuk minggu pertama ni x de kat rumah, so kena la upah buruh warga asing. Warga tempatan ketika tu banyak yang menolak atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.  

Harap-harap, kumpulan rumput ini dapat hidup dengan subur bersama-sama kami dibumi Allah ini. 

Wassalam.

doktor cinta

http://www.youtube.com/watch?v=vacc5M5j1ps

Kerana Sebiji Laici

Assalamualaikum..

Bila suami kata tak usah, maka tak usah lah yer.. Ni kes lawan cakap akhirnya terima padah. Nampak orang makan laici, macam sedap jer terus jer beli walau dah ditegah. Ingatkan dah basuh dan rendam guna air garam ok, tapi akhirnya sakit tekak dan meleret ke demam. Allahuakbar. Haaa tak dengar cakap lagi kan dah kena. Hubby tak bagi makan pun bersebab, ni kes masa intervarsiti kat Terengganu. Makan sebiji batuk n demam, terus tak boleh fokus masa game. Tapi kalau makan yang dalam tin ok pulak. Alhamdulillah masih dapat menikmati walau yang telah ditinkan.