Salam

Islamic Calender

Buruh Tempatan Tanam Rumput

Assalamualaikum.

Agak lambat untuk update rumah. Rasanya dah hampir 5 bulan baru nak update. Hahahaha biasa la.. Buat sikit2 jer, ikut budget yang ditetapkan. Kalau lah duit tu boleh keluar macam daun, bila-bila masa jer boleh siap.
Oleh sebab tanam rumput ni untuk elakkan lalang, maka kami ambil keputusan untuk tanam rumput + tanam sendiri. Larat ke nak buat, hahahaha tabah je la yer. Dari proses gembur tanah, tabur pasir dan tanam rumput kami buat sendiri. Kalau ikukan penat, memang tak larat la nak buat, tapi gagahkan juga la. 1 Hari beli pasir dan pindahkan pasir + 1 hari tabur pasir ( guna pongkis jer ) + 1 hari tanam rumput ( sib baik da bli kereta sorong) = Totally exhausted@ pitam dan hitam. Tak mampu nak bli rumput mahal-mahal, asal boleh tutp keliling kira ok la.

 Kerja meratakan pasir memang rasa tercabar, dengan cuaca panas ditambahpula hanya guna pongkis memang sangat berbaloi..baloiii kepenatan dan kekejangan otot.

 Bila kena ratakan kawasan yang lapang ni memang rentung la..

 Buruh warga tempatan. Biasa dok depan lappy sambil main game, skang ni kena menghadap kepingan rumput berjumlah 200 keping..
 Dah macam main puzzle jer...susun dan cantum, tapi bila angkat amboiii mak aihhh...beeraaatttt..
 Bahagian depan dah nak siap..
 Bahagian depan siap.
 Bahaian tepi siap..
 .Bahagian belakang pun siap. So tinggal siram untuk 2 minggu pagi dan petang. Memandangkan untuk minggu pertama ni x de kat rumah, so kena la upah buruh warga asing. Warga tempatan ketika tu banyak yang menolak atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.  

Harap-harap, kumpulan rumput ini dapat hidup dengan subur bersama-sama kami dibumi Allah ini. 

Wassalam.