Pages

Salam

Islamic Calender

Bandung Trip 1

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam bees akhirnya dapat menjejakkan kaki ke Bandung. Terima kasih kat hubby yang sudi bawa bees pi Bandung. ubby bukan pi hanya untuk suka2 saje, tapi atas urusan belajar. Hantar conference paper n apa lagi bees mengendeng kat hubby..


Masa ni baru nak check in...Terima kasih kat A.Zubir n K.anis sebab hantar ke airport.


Ni la dia Lapangan terbang Hussein Sastera Negara. Kami sampai agak lewat sedikit sebab flight delay 1 jam. Sepatutnya bertolak jam 7.15 tapi 8.30 baru bleh masuk utk boarding.


Alhamdulillah, bila sampai saja kenderaan dari hotel dah sampai untuk jemput. Kalau tak, mana la nak cari teksi malam2 ni. Pastu mesti meter dia jalan laju je macam air.


Kabur plak gambar nih. Inilah kenderaan yang menjemput kami Toyota Innova. Terima kasih kepada bapak yg menjemput kami. Terima kasih juga kepada Aston Tropicana Hotel atas layanan yanb baik semasa kami tiba walaupun agak lewat.


Kat ruang tengah. Cantik betul lampu kat atas tu..

Akhirnya sampai juga kebilik yang disediakan. No. 323. Walapun pemandangan agak kurang menarik dari bilik ni sebab menghadap belakang rumah orang, tapi bilik ni besar sedikit. Sesuai la dengan 4 star n kat tengah-tengah kawasan Chehampelas n banyak factory outlet kat sini. Ok nanti akan update lagi. Doakan kami sihat dan selamat pergi dan balik.

Wassalam.

No comments: