Pages

Salam

Islamic Calender

Perginya tak kembali

Assalamualaikum..

Rasanya post ini agak lewat bees upload. Sibuk sikit sekembalinya dari cuti. 3 hari cuti, banyak urusan yang tertangguh.
Minggu lepas, tanggal 9 Muharram my BIL yang sulong telah kembali menemui pencipta-Nya. Mengikut doktor punca kematian adalah disebabkan spontaneous brainstem bleed. Arwah dimasukkan kehospital jam 5 pagi di HSA pada 8 Muharram. Pagi tu bees n MIL bergegas pi HSA. Tapi hanya dapat masuk ICU jam 1.30 - 2.30pm saja. Itupun sekejap je sebab tak boleh masuk ramai2. 2 orang sahaja dalam satu masa. Then kul 4.30 - 6.30 utk sesi petang. Bees menunggu En. suami sampai di HSA jam 8.30 malam.
Malam tu en.suami n bees balik BP sebab bees ada appointment kat HBP kul 10.00 pagi. Pas abih check-up kami gerak semula ke HSA sebab dapat panggilan yang mengatakan keadaan arwah dah semakin kritikal.
Jam 4.15 petang kami sampai. Dapatlah membaca yassin n en.suami duduk di sebelah BIL sambil mendekatkan mulutnya ke telinga. Sambil kumat kamit membacakan kalimah Allah, bees masih lagi trus membaca yassin. Bees tengok wajah kak long yang sugul n nampak titis air mata semakin laju.
Jam 5.05 petang BIL menghambuskan nafas yang terakhir diatas katil dikelilingi oleh adik beradik yang lain,adik2 ipar serta isteri dan anak-anaknya. Bila doktor dah sahkan bahawa BIL dah tiada, bees lihat kak long dah tak dapat tahan air mata. Serta merta menangis dihadapan yang lain. Anak sulong kak long apatahlagi. MIL sangat tabah, redha dengan pemergiaan anak sulongnya.
Keesokan harinya jenazah selamat dikebumikan di Bukit Alip, JB. Semoga Rohnya dirahmati Allah. Al-Fatihah.

No comments: