Salam

Islamic Calender

Cameron Highland_Rebung & Rose

Assalamualaikum.

Memang dah niat masa pegi cameron tu, balik mesti beli madu n rebung. Dah lama sangat-sangat tak makan masak lemak rebung dengan udang. Dah tak payah lauk lain. Lagi kick kalau ada sambal belacan, memang dah tak pandang kiri kanan. Hahahah burok perangai. MIL penah nampak bees hirup kuah dari pinggan pastu kena tegur
" Ini mak mertua lalu depan pun tak nampak"
Hahahahah bees memang gelak besar la. Hubby sengih je la sebab dia tak pernah buat camtuh. Memang la tersangat burok perangai, sebab nak elak malu besar bees pun menjawab la
" sedap sangat kuah ni tu yang hirup kat pinggan je" sambil sengih lagi tunjuk gigi..
Adegan tu memang tak sopan la. Jangan ditiru oleh sesiapa ya..
Masa turun ke bawah tu, susah juga nak jumpa orang jual rebung. Mungkin sebab hari hujan, depa semua balik awal. Tapi Alhamdulillah, rezeki bees ada. Apa lagi rembat 3 bungkus rebung dan 1 botol madu. Madu asli ya, bukan 'madu' orang asli. Hahahahaha
Sampai rumah kat pineng pun dah lewat, dalam jam 4 petang. Selepastu kena kemas-kemas untuk balik ke BP pulak. Dengan peralatan dapur yang berkotak-kotak, dengan bunga ros segar, ros dalam pasu, pokok keladi dan macam-macam lagi, naik sendat kereta ni. Semua nak bawak balik dah. Kata hubby, balik ni cuma boleh beli mangga ja sebab dari siang menyebut mangga harum manis. Senyum nampak gigi je la. Yeayyy ada harapan cuci mata kat RnR.
Kami gerak dari pineng lebih kurang jam 10 malam. Nak pegi makan dulu sebelum mulakan perjalanan jauh.
Sampai BP lebih kurang jam 6 pagi sebab hubby rehat n lelap mata kejap kat RnR Dengkil. Cepat-cepat keluarkan barang dalam kereta, bersihkan diri dan segala-gala yang perlu then zzzzzzzzzzzzz tapi hubby la..
Bees tak tido then trus kemas barang-barang dan keluarkan dari kotak. Keluarkan baju yang perlu basuh dan relax depan tv.. Amik nafas skit. Pastu teringat kat Rebung n bunga-bunga yang ada.








No comments: