Pages

Salam

Islamic Calender

Lake Kenyir - Part 2

Assalamualaikum..

Samb.

Selepas segala urusan di kaunter selesai, maka kami terus dibawa ke bilik menggunakan buggy. Ermm memang best bila kita dikelilingi oleh kehijauan hutan, bunyi burung dan ada beberapa haiwan liar yang berkeliaran disekililing tapi tidak merbahaya kepada pengunjung.

Apabila menjejakkan kaki kebilik rasa letih hilang. Keadaan bilik yang selesa dan perabot yg minimal serta chalet menghadap ke tasik. Ermmm best betul hirup udara segar. Kalau kat BP susah nak dapat suasana yang sebegini. Silap-silap hirup debu-debu kayu dari kilang je yang banyak. tak mau cakap banyak lagi untuk 1st day nyer trip. Keadaan diri pun tak mengizinkan untuk eksplore lebih banyak tempat untuk waktu yang singkat ni.


Perjalanan kebilik melalui lereng yang curam.. Seram bila tengok kebawah...

 
Alhamdulillah..Walau tak besar mana, tapi amat selesa.

Ruang menonton bersebelahan dengan balcony..

 Pemandangan dari balcony yang menghadap tasik. Sungguh indah anugerah ciptaan Allah.


 Pandangan luar bilik adalah seperti yang sebelah tu (no. 2 dari kanan), bukan rumah yang x de tingkap tu yer.. Yang tu tak tau tempat apa.

Suke..sumer dah tersedia..siap ngan toothbrush.. Tapi colgate kena bli sendiri yer...Kawasan untuk mandi+bersiap+gobok baju+cermin = satu bilik...

Ok lah..nanti asmbung lagi untuk trip singkat hari kedua yer..
Wassalam




No comments: