Pages

Salam

Islamic Calender

Lake Kenyir- Part 1

Assalamualaikum..

Dah teperuk lama gamba-gamba kenyir nih. Hahahaha kalo jadi tapai kompem tapai tu da jadi ubi balik..Apa pun nak citer sikit gak pasal trip kenyir.

'Cuti lepas hubby ajak bees pi Kenyir. Wahhh excited tul la nak masuk hutan. Hahahaha macam la lasak sangat mak cik nih.
Bila hampir tiba hari kejadian, keadaan bees agak kurang memuaskan. Demam dan batuk datang dalam bentuk pakej. Alhamdulillah masih kuat lagi untuk melawan rasa sakit dan letih badan. Bas bees pun sampai agak lewat pagi tu kul 5.30am. Sebab banyak kenderaan menghala ke arah utara. Bercuti barangkali sama seperti bees. Sampai saje kat bus stand rasa cam dah tak larat dah. Kat dalam beg penuh ngan bekalan gula-gula batu, haks, strepsil, fisherman.. batuk masih tak nak pegi jugak. Bila hubby jemput tu, rasa mamai dah sebab tak larat. Memandangkan esuk pagi nak gerak kul 9.00am so kena gak kuatkan semangat..Semangat untuk pergi bercuti yeehhaaaa...Dah booking resort, tak kan nak cancel plak yerk..






 Menuju ke reception untuk check-in.

 Kenderaan yang digunakan sepanjang di resort untuk bergerak, kecuali untuk breakfast yer. Harus berjalan kaki untuk menikmati keindahan hutan.

 Hall yang agak luas dan juga nampak tradisional. Ukiran pada tiang memang cantik dan halus.


hubby tengah berurusan dikaunter.

 Bila tengah menunggu buggy, nampak pulak rusa tengah landing kat bawah pokok nih..

Resort yang berbaloi untuk pergi. Siapa-siapa yang suka dengan suasana yang aman, x de bunyi bisng-bising boleh la datang sinih. yang suka pada aktiviti memancing dan tracking pun amat digalakkan. Cuma satu jer yang agak kurang memuaskan, memandangkan kami ikut jalan ke cameroon highland bila sampai kat Felda Aring, jalan amatlah teruk. Tak snap plak arituh sebab dalam kereta ni bees da kalut. Dengan lopak dan jalan berlubang-lubang, memang haru la..Lopak bukannyer kecik, da macam tempat kerbau berkubang tu..Kami da la naik keta kecik bukannyer 4x4. Tayar keta tu kalo salah sikit alamatnyer kena 'on tow'.. Sedih rasanyer bila jalan ke tempat yg nak dituju camtu rupanyer. kena cari jalan alternatif lain. Next time kalo nak pi lagi kena lalu Grik. Memang adventure betul jalan dia. Rasa nak nanges pun ada.. Bila da masuk kawasan kenyir tu, jalan da ok tak de la macam jalan felda tu. Macam mana la penduduk kat situh boleh tahan. FELDA, prihatin la sikit pasal jalan kat Felda Aring ni. sedeyyy.. Ok lah..will be back lagi untuk part seterusnya.


No comments: