Salam

Islamic Calender

Susulan

Assalamualaikum.

Daripada sesi mengubat yang lepas, bees tak dapat lagi telur ayam kampug tu. Kat umah emak, semua ayam tengah mengasuh anak so x der yang bertelur buat masa ni. Memandagkan hubby balik, kali ni hubby ajak bees pi berubat susulan guna kaedah tradisional. Kawan hubby yang bg tau sebab. Orang tu kawan hubby nyer MIL.

Bees n hubby pi lepas bees abih keja. Kata Mak Cik tu, luka bees tak sembuh lagi. Dia pun kata lebih kurang macam orang ubatkan bees sebelum ni. Mak Cik tu cuma urut perut bees guna air je untuk menggantikan minyak. Dia kata kalau ada kelapangan boleh la datang. Ermm sesungguhnya saya tidak akan putus asa.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 286  yang bermaksud :

" Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."


Wassalam

No comments: