Pages

Salam

Islamic Calender

Balik NT

Assalamualaikum..

This week, bees ikut hubby balik Pineng naik kereta. Kebiasaannya kena naik bas. Memandangkan dah hujung tahun so, nak kurangkan cuti yang sedia ada dah sikit sangat. Nampak sangat menggunakan cuti dengan jayanya. Hahahaha. Baki cuti tinggal 5 hari jer, tapi kira ok la bukan terus habiskan. Dapatlah forward ngan GCR.
Malam tu kami gerak dalam jam 9.00 malam. Budak-budak berbulu kena tinggal ngan MIL, harap-harap tak buat hal. Kalau dalam perkiraan dalam jam 4.00 pagi sampai la kat rumah. Sedang-sedang la waktu tu. Kesian kat hubby tak tidur sampai pagi.. Bees saja yang tidur dalam kereta. Hobiii yaa..
Lebih kurang kul 11.00 dah nak masuk senawang, kenderaan bertambah banyak..Aiikk nak kemana dia orang malam-malam ni.. Hehehe macam aku sorang jer nak balik kann.. Rupanya jem, ada xcident rasanya. Sudaahhhh... Dah dekat dua jam, masih tak lepas-lepas lagi dari tempat xcident. Hubby dah start risau sebab mesti sampai lewat.. Ermmm memangpun.. Balik tu macam biasa berenti 2 tempat tapi rehat lama sikit. Satu kat Sungai Buloh ngan satu lagi kat Sungai Perak. Kat Sungai Perak hubby lelap kejap sebab dah tak tahan mata mengantuk sangat. Bees memang dah dari tadi tidur, pun masih tido jugak. Memang hantu tidur..Hahaha. Sebelum gerak buat la apa yang sepatutnya n teruskan perjalanan.
Akhirnya Alhamdulillah selamat sampai rumah jam 8.00 pagi.. Huargghh bees masih rasa nak tido lagi...

 

Muar bandar Diraja
 
 Jem yang panjang


 Inilah dia, Lori ayam rupanya. Nasib baik tak ada ayam. Masa ni ada beebrapa orang pekerja tengah memunggah kotak-kotak ayam ke lori yang lain.

Jalan kembali tenang


 Terowongg.. Sila buka lampu jika menggunakan terowong..

Dah sampai Parit Buntar, disambut dengan kabus & embun pagi..Sejukkk

Biasanya waktu-waktu gini dah sampai opis, tapi sekarang ni masih belum sampai rumah lagi..

Alhamdulillah, perjalanan yang panjang sudah sampai kedestinasi dengan selamat.

Wassalam..

No comments: