Salam

Islamic Calender

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin Kepada Semua..Raya tahun ni, bees sambut kat rumah MIL.Petang raya, balik kejap rumah emak n ayah bees sebab nak ziarah umah pakcik2 sebelah ayah n emak..Malam tu plak trus balik umah MIL semual.

Pagi sebelum raya, rumah MIL dah penuh dengan ramai abang2 n akak2 serta anak buah..rasa kemeriahan raya baru terasa. Menu tahun ni sama cam tahun yang sebelumnya. Ketupat, lepat, kuah kacang, rendang ayam, rendang daging, kari ayam & kuah lodeh..Masing2 da dibahagikan tugas. Setiap tahun bees akan siapkan kuah kacang..
Petang tu berbuka ramai2. Cam x muat rumah, dalam bersesak2 rasa seronok. Menu simple untuk berbuka, sup ayam, roti kosong, kambing n ayam bakar. buat ayam bakar sebab MIL n bees x makan kambing. so dapatlah rasa bbq juga kan...x la tengok dia org je makan. bees x kisah kalau x makan, tapi mengenangkan MIL x kan la x buatkan sikit utk dia.
Pagi raya, bersiap2 la kat dapur utk sediakan hidangan bila diaorg balik sembahyang nanti. Balik saje dari Masjid trus bermaafan antara satu sama lain. Yang Pentingnya, anak ngan ibu dahulu serta fmly masing2 ngan MIL. Pastu barulah antara fmly sendiri and last pada keluarga yg lain..Lepas bersalaman n makan so acara yang ditunggu2 jua tiba. Apa lagi kalau bukan sesi bergambar. Bees selitkan antara gambar bees n family MIL.



Ini Bees Hubby ngan MIL



Hubby ngan abang-abang. 2 orang lagi balik umah MIL masing-masing..



Antara akak ipar yang ada pagi tu. bees yang bongsu..hahaha



Cucu lelaki MIL. Handsome2 semuanya..



Cucu perempuan MIL. Lebih ramai dari lelaki, dah besar masing-masing..kalah maksu..

Ini sebahagian ahli keluarga yang dapat berkumpul pagi tu..

No comments: