Pages

Salam

Islamic Calender

Cuba ko cari soalan lain, boleh tak?

Assalamualaikum..

waahhh..topik hari ni agak berbeza sikit dari kebiasaannya. Minggu ni dugaan datang silih berganti. Akhirnya migrain datang bertandang dan terpaksa MC 1 hari. Nikmat sakit hanya dapat ditahan setakat 1/2 hari sahaja. Selebihnya atas bantuan ubat-ubatan klinik kesihatan. Mungkin minggu nih dah sampai tahap maksima n duummmm...meletupssss sudah...

Apa yang bees fikir rasanya tak de la kusut mane pun, tapi kesabaran tu tiba-tiba jadi tipis n jiwa tak tenteram rasanya kot. Waduuhhhh sudah di tuang konkrit pun masih boleh bergoyang jiwa nih. Bees hanya insan biasa n bukannye asimo @ teady bear @baby doll.

pertemuan yang tak dijangka oleh manusia dan diaturkan oleh Allah
tanye khabar..camne sekarang..blaa.blaa..blaa..tiba-tiba.....

mulut tak ada insurance: lamanya ko dah kawin, tak kan sorang pun tak boleh dapat?
bees: Dulu almost nak dapat 1 dah, tapi dia tak sanggup dengan janjinya. Allah saje yang tahu.
mulut tak ada insurance: ala itu dulu. Jangan-jangan ko merancang tak??.
bees: Tak de la. Allah nak bagi aku terima, tak de maknenye nak rancang-rancang.(sedapnye mulot laser ko eh)
mulut tak ada insurance: Baik ko dapatkan anak cepat, kalau tak laki ko cari lain nanti.
bees: (senyum je, malas nak panjangkan cerita & cakap ada hal n trus blah..)


p/s
1. kepada mulut tak ada insurance, bees tetap akan maafkan dengan apa perkataan yang keluar dari mulut mu itu. Moga mulut tak ada insurance cepat-cepat bertaubat& tak buat perkara sama pada orang lain.
2. Rezeki kurniaan Allah perlulah disykuri. Jangan sesekali sombong dan takbur dengan apa yang dimiliki.
3. Semua yang berlaku adalah kehendak-Nya.

No comments: