Pages

Salam

Islamic Calender

Adam & Hawa



ADAM & HAWA
By
AISYA SOFEA

Sinopsis


Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabakan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuan tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menhitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar dihatinya. Ah… Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memmang di doakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?

Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagaikan berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertangggung.

Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi…

Ulasan


Tools & Technique



Present dari hubby..

W./E

Assalamualaikum.

Semalam ada anugerah Golden Globe. Seperti biasa bees akan cari best music kan. Then yang menang adalah one of penyanyi favorite hubby. Madonna. best ever dia kata. Hahah tapi memang lagu yang simple tapi penuh makna. Bees pun suka lagu ni. Ngah nak cari movie dia ja.. Wallis & Edward VIII

Sherlock Holmes

Assalamualaikum.

Bulan ni tiba-tiba rasa nak beli novel english. La dah rasanya tak membaca novel english. Biasa beli buka malaysia je. Ubah selera sikit. Yang Lepas baru beli Holmes Affair ngan Whitechapel Horor..Baru start baca Holmes Affair.



Secret Garden

Assalamualaikum...

Citer Ni pun antara drama peberet bees. Tak jemu walau dah khatam banyak kali. Suke tenguk Hyun Bin, nampak cool walaupun agak ke'poyo'an. Hahahaha..Ha Ji Won, bila da jadi stunt woman mesti wataknyer agak kelelakian sikit.

 

Yang ni plak lagu OST citer nih. Best OST Drama utk MAMA awards kat Singapore arituh.


Wassalam..

Kisah Si Penoreh Getah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni da hari Jumaat. So da 2 minggu lebih tak dapat jumpe hubby. Walau apapun bees tetap bersyukur sebab masih lagi diberi kasih sayang ini.

Tajuk hari ni bees dapat masa tazkirah pagi tadi. Bees tak pandai sangat bercerita, so bees ringkaskan saja la yer.
********************
"Ada seorang penoreh getah tinggal kat sebuah kampung bersama dengan keluarganya. Hidupnya tidaklah berapa senang sekadar cukup makan dan pakai seisi keluarga. Hidupnya hanya bergantung kepada hasil getah yang dikerjakan setiap hari. Jika tidak menoreh, maka tiadalah hasil yang diperolehi. Getah yang ditoreh akan dibuat getah keping dan dijemur. Hasil jualan getah tersebutlah yang digunakan untuk menyara keluarga.

Suatu hari sahabat beliau datang kerumahnya kerana sudah lama tidak berjumpa. Dia menyambut rakannya itu dengan hati yang gembira dan sangat senang. Apabila melihat keadaan rakannya itu dia berasa sedikit hairan. Ada persoalan yang dia rasakan perlu untuk mendapat kepastian.
Rakan : Aku nak tanya sikit boleh tak?
Penoreh : kenape?
Rakan : Kenape engkau jemur getah keping ni ada kat dalam rumah dan ada yang kat luar rumah?
Penoreh : Oooo..aku ingatkan apa tadi. Begini, getah keping yang kat dalam rumah aku ni, hasil jualannya adalah hak kami sendiri. Manakala yang aku letak kat luar rumah tu sebahagiannya adalah hak orang lain.
Rakan: kenape pulak macam tu?
Penoreh : Setiap rezeki yang kita miliki, sebahagiannya ada hak orang lain. Kalau orang tu nak ambil, aku tak kisah. Itu adalah bahagian dia.
Rakan: Oooo..begitu rupanya.
*********
Lebih kurang la camtu ceritanya. Banyak iktibar yang kita dapat dari cerita ini sebenarnya.
1. Walaupun sedikit rezeki yang kita dapat, bersyukurlah kerana ia sangat besar nikmatnya.
2. Hiduplah secara bersederhana.
3. Jangan sesekali mengungkit akan sesuatu perbuatan baik yang kita lakukan kepada orang lain, takut akan menjadikan kita riak dan membangga diri.
4. Jika ada orang lain meminta derma atau sumbangan jangan sesekali berkata " asyik derma je?". Sebab apa yang kita katakan itu boleh menyebabkan hati yang tidak ikhlas.

Ini saja yang dapat bees kongsikan kepada semua. Sampai jumpa lagi.
Wassalam

Kami

Assalamualaikum..

2011, dah berlalu. Sekarang da masuk tahun 2012. Moga-moga apa yang dicita-cita akan tercapai juga.



Wassalam