Pages

Salam

Islamic Calender

Kisah Si Penoreh Getah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni da hari Jumaat. So da 2 minggu lebih tak dapat jumpe hubby. Walau apapun bees tetap bersyukur sebab masih lagi diberi kasih sayang ini.

Tajuk hari ni bees dapat masa tazkirah pagi tadi. Bees tak pandai sangat bercerita, so bees ringkaskan saja la yer.
********************
"Ada seorang penoreh getah tinggal kat sebuah kampung bersama dengan keluarganya. Hidupnya tidaklah berapa senang sekadar cukup makan dan pakai seisi keluarga. Hidupnya hanya bergantung kepada hasil getah yang dikerjakan setiap hari. Jika tidak menoreh, maka tiadalah hasil yang diperolehi. Getah yang ditoreh akan dibuat getah keping dan dijemur. Hasil jualan getah tersebutlah yang digunakan untuk menyara keluarga.

Suatu hari sahabat beliau datang kerumahnya kerana sudah lama tidak berjumpa. Dia menyambut rakannya itu dengan hati yang gembira dan sangat senang. Apabila melihat keadaan rakannya itu dia berasa sedikit hairan. Ada persoalan yang dia rasakan perlu untuk mendapat kepastian.
Rakan : Aku nak tanya sikit boleh tak?
Penoreh : kenape?
Rakan : Kenape engkau jemur getah keping ni ada kat dalam rumah dan ada yang kat luar rumah?
Penoreh : Oooo..aku ingatkan apa tadi. Begini, getah keping yang kat dalam rumah aku ni, hasil jualannya adalah hak kami sendiri. Manakala yang aku letak kat luar rumah tu sebahagiannya adalah hak orang lain.
Rakan: kenape pulak macam tu?
Penoreh : Setiap rezeki yang kita miliki, sebahagiannya ada hak orang lain. Kalau orang tu nak ambil, aku tak kisah. Itu adalah bahagian dia.
Rakan: Oooo..begitu rupanya.
*********
Lebih kurang la camtu ceritanya. Banyak iktibar yang kita dapat dari cerita ini sebenarnya.
1. Walaupun sedikit rezeki yang kita dapat, bersyukurlah kerana ia sangat besar nikmatnya.
2. Hiduplah secara bersederhana.
3. Jangan sesekali mengungkit akan sesuatu perbuatan baik yang kita lakukan kepada orang lain, takut akan menjadikan kita riak dan membangga diri.
4. Jika ada orang lain meminta derma atau sumbangan jangan sesekali berkata " asyik derma je?". Sebab apa yang kita katakan itu boleh menyebabkan hati yang tidak ikhlas.

Ini saja yang dapat bees kongsikan kepada semua. Sampai jumpa lagi.
Wassalam

No comments: