Salam

Islamic Calender

Uda & Dara - Memang mantap

Assalamualaikum...

Minggu ni bees sempat meghabiskan baca novel agak lewat sikit. Tak khusyuk seperti selalu. Biasanya akan habis dalam tempoh satu hari sahaja. Tapi kali ni, novel ni hanya dapat dihabiskan dalam tempoh masa 3 hari. Lamanya kann...Walau cerita amat simple tapi garapan dari Aisya Sofea menjadikan ianya nampak padat. Tak jemu nak membaca. Susunan ayat yang ditampilkan amat bijak sekali.
Beberapa kali air mata bees mengalir disebabkan terbuai dengan watak Mar (Siti Mariam). Kasih yang dipupuk sedari kecil tidak pernah putus hingga dewasa. Walaupun cuba menafikan lantaran terguris hati dengan kata-kata yang pernah dilemparkan kepadanya, namun dengan kelembutan dan kasih yang terpancar luhur dari hati seseorang yang amat dikasihi (Izzat Hilman) akhirnya dia akur.
Pelbagai ranjau yang harus diharungi untuk mengecap kebahagiaan berkeluarga. Konflik yang hadir sebelum dan selepas berkeluarga amatlah hebat. Permasalahan yang datang dari kedua-dua pihak makin menyemarakkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain. Izzat Hilman mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi manakala Siti Mariam hampir mengalah dengan dugaan dan ujian yang datang namun sikapnya yang sayang pada keluarga merubah semuanya. Mendung berarak pergi dan muncul pula sang mentari mewarnai rumahtangga yang dibina. Alhamdulillah

Itulah antara rentetan dari novel Uda dan Dara. Memang best giler bees membacanye. I give 5 Star for this novel. Tersenyum sendiri bees dengan novel ni..


 
UDA & DARA
By
AISYA SOFEA

Sinopsis

Sudah sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Nariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si Uda tidak putus asa. Si Dara harus dimiliki walau apapun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu disebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namaun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan saying pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka.

Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Maria meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad!

Berat sungguh syarat itu! Namun, si Uda tidak peduli. Si Dara perlu akur cinta sejati ereka. Bagi Izzat Hilman, jdohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“ Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Wassalam.

No comments: