Pages

Salam

Islamic Calender

Kehilangan 2025

 Assalamualaikum. 

Tahun 2025 telah melabuhkan tirainya. Penuh dengan ujian dan air mata. Kehilangan seseorang yang amat penting dalam perjalanan hidupku. Hilang insan yang mengandungkan ku selama 9 bulan. Hilangnya hanyalah kembali kepada Sang Pencipta. Alhamdulillah, dapat menemani hingga jam 2 pagi. Jam 3pagi, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital. Seakan langit gelap berada dihadapan. Fikiran seakan melayang. Tangisan memenuhi ruang lobi hospital. Langkah yang laju sebelum ini jika menemani bermalam dihospital, tapi hari ini terasa kaki ini tidak mahu melangkah. Bukan tidak boleh menerima kenyataan, tapi aku hanya manusia biasa yang cuba sedaya upaya menerima hakikat itu. Terima kasih Bonda atas segalanya yang telah diberikan kepada anakanada sepanjang hidup ini. 


Menemani Bonda sebelum dibawa ke forensik



Al-Fatihah Jamieah Binti Hj Iuar@Anuar



Kubur Bonda bersebelahan kubur Ayahanda
Al-Fatihah Sa'don Bin Abdul Basir