Pages

Salam

Islamic Calender

Mee Kuah Ketam Ceruk To' Kun

Assalamualaikum..

Dah tengahari tak tau nak makan apa. Malam ni dah nak balik BP. Ermm hubby aritu ada sebut pasal mee kuah ketam. Tak pernah rasa and tengok. Kali ni berkesempatan untuk pergi and bila sampai ja alamak, ramainya orang. Terpaksa beratur untuk dapatkan meja. Tak kisah la tunggu yang penting dapat rasa.

Sambal dia tu yang sedap.

Laksa Pineng

Assalamualaikum.

Sambil jalan-jalan kat Chowrasta Market lepas beli jeruk, tiba-tiba rasa perut berdondang sayang. Dah lama tak makan streetfood. Hermm mesti ada warung dekat-dekat sinih. Sebelum ni makan kat kedai kecik yang ada jual cendol. Tapi kali ni pegi tak nampak pulak mana bayang kedai tu, salah jala kot. Tak kisah la, apa saja yang kujumpa balun saja.

Memang mabeles la. Rasa semua cukup, cuma mangkuk tak cukup besar (hahaha kalau dah namanya antu laksa pineng). Nak pesan 2 mangkuk macam segan. Nak bli cucur, alamak..berbaris panjang.. x jadi la..tak larat nak nunggu.

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan II Pulau Pinang)

Assalamualaikum.

Sejak perasmian jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang dirasmikan oleh DS Najib pada 1 Mac 2014, memang dalam hati dah pasang niat nak lalu jambatan ni. Jambatan ni menghubungkan antara Batu Kawan (Tanah Besar) dan Batu Maung (Pulau). Panjang jambatan ni 24 KM dan lebih panjang dari Jambatan Pulau Pinang (13.5 KM). Jambatan keII ni ada 28 lorong pembayaran. Bila lalu kat jambatan ni memang rasa agak lengang sedikit berbanding Jambatan Pulau Pinang. Pernah hubby balik dari kampus induk nak balik ke kampus engineering jam 5.00pm, hubby guna Jambatan II n kawan hubby guna Jambatan I. Orang sampai dulu di kampus eng. adalah hubby. So jambatan II ni adalah laluan alternatif bila malas nak menempuh jam di jambatan I.

 Ikut laluan yang betul
 
Lebar..

 Kan banyak kaunter. Luass..










Wassalam.

Assalamualaikum..

Bulan-bulan terakhir di pineng dah makin terasa. Dapur pun dah kurang berasap. Banyak barang dah packing utk dibawa balik ke Johor walaupun pindah secara beransur-ansur. Masa mula dok pineng, hanya dengan 1 beg dan 1 kotak. Sekarang ni dah lebih dari 10 kotak, dan masih ada yang belum dipacking. So selepas penat bermain ngan kotak-kotak, kita cari la makan sebab dah kelaparan. Sempat pulak tu pi Jusco cari barang kat daiso n makanan kucing..

 Takoyaki untuk alas perut sebelum makan malam kat Kuala Juru.

 Popia goreng RM 1.50. Isi penuh n masih panas lagi.

Lembut n garing & yang belakang tu cicah sos beli sendiri sebab sos yang ada x kena dengan selera. Mengada-ngada..


Bila dah kat pineng, teringat pulak budak berbulus nih.. Eeeeee comoottttt..

Karipap Daging

Assalamualaikum.

Cubaan kali ntah keberapa untuk buat karipap ni. Susah beno nak gelembung-gelembung tu keluar dengan cantik. Tapi kali ni Alhamdulillah menjadi dan adunan amat mudah untuk diterap dan dikelim. Kelim guna tangan ya, tak guna cetak pun. Lagi nampak berseni, sebab bila tak rata dan bersimpang siur tu menunjukkan sifat saya..hahahahaha..Manyak laa...

Haa kan nampak chomell..nampak chanteqq.. Secangkir kopi panas juga harus ada..Nikmatt.

Ahli Baru Keluarga ??



Assalamualaikum.

Bertambah ahli keluarga?? ..Suspen jer, ahli keluarga JOJO dah bertambah-tambah. Dolo 2(kuning n hitam+putih) , pastu 4 (hitam, kelabu, kuning, kuning coklat) dan sekarang 6 ekor (3 kuning, 3 hitam).. Banyaknyeee.. Aduhai Jojo, Jojo.. Pindah randah dia bawak anak dia..

Berkumpul beramai-ramai

Alahai, tak larat nak bawa perut

Makan banyak, patutla..Sekali keluar nahhhh... 6


Molten Chocolate Cake (Lava Cake)

Assalamualakum.

Bila hubby kat rumah memang rasa meriah sikit and semangat memasak memang banyak. Cuma maslah untuk buat portion cake jer yang susah sikit. Sebab untuk makan berdua memang susah nak budget. Alhamdulillah kali ni dah pandai skit nak budget bahan. Main agak-agak jer..




Dari segi rasa OK cuma terlebih masak sikit, so kurang la melted chocolate tu.


Kemas Store

Assalamualaikum.

Sejak pindah, semua barang kami sumbat dalam store. Dah macam beg baju yang penuh barang yang tak bersusun. Kelam kabut dalam store sebab banyak barang masih ada dalam kota, dalam plastik dan tak ada rak. Barang hubby dari penang pun dah bawak balik rumah, so bertambah-tambah la tak muat store tu. Sib baik hubby yang nak kemas untuk susun semua barang-barang tu. Kalau harapkan bees, memang sampai kesudah la nak kemas, dari 1 hari jadi 1 minggu. kih..kihh.. Thanks Hubby..

Antara barang yang telah dikeluarkan dari dalam store. Meriah kan, dah boleh buat store sale.. Hahahaha