Pages

Salam

Islamic Calender

Kehilangan 2025

 Assalamualaikum. 

Tahun 2025 telah melabuhkan tirainya. Penuh dengan ujian dan air mata. Kehilangan seseorang yang amat penting dalam perjalanan hidupku. Hilang insan yang mengandungkan ku selama 9 bulan. Hilangnya hanyalah kembali kepada Sang Pencipta. Alhamdulillah, dapat menemani hingga jam 2 pagi. Jam 3pagi, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital. Seakan langit gelap berada dihadapan. Fikiran seakan melayang. Tangisan memenuhi ruang lobi hospital. Langkah yang laju sebelum ini jika menemani bermalam dihospital, tapi hari ini terasa kaki ini tidak mahu melangkah. Bukan tidak boleh menerima kenyataan, tapi aku hanya manusia biasa yang cuba sedaya upaya menerima hakikat itu. Terima kasih Bonda atas segalanya yang telah diberikan kepada anakanada sepanjang hidup ini. 


Menemani Bonda sebelum dibawa ke forensik



Al-Fatihah Jamieah Binti Hj Iuar@Anuar



Kubur Bonda bersebelahan kubur Ayahanda
Al-Fatihah Sa'don Bin Abdul Basir






Barbeque night with TBAG

 Assalamualaikum. 

Masuk saja tahun baru, banyak aktiviti yang belum sempat di update. Akhir Januari menyantuni anak-anak TBAG yang akan tamat pengajian, LI, LM dan ada yg bekerja. Alhamdulillah, bonding TBAG adalah sangat baik. 29 Januari kumpul-kumpul bersama untuk berbeque. Dari prep, memasak, membakar, makan dan menonton sama-sama. Sembang-sembang hingga larut malam, banyak cerita dikongsi, sambil kenal-kenal dengan lebih dekat lagi dengan TBAG. Moga mereka semua tetap kekal bersahabat dengan baik. 



Siap-siap untuk membakar


Geng membakar dah bertambah


Prep bahan untuk bakar-bakar dan masak



Us with TBAG



Kambing-ayam-udang-ikan bakar, sup kambing merah, sup kambing, salad kentang, daun salad, sambal asam, sambal merah, roti, nasi putih dan air rebina strawberry longan. Dadih made by Ilya dan syubtakx done capture. Pistachio cheesetart beli siap. 



Makan time


All the best semua



Belakang tabir seorang editor dan broadcast crew

 Assalamualaikum.

Minggu ni penuh jadual konvokesyen. Walaupun hanya 6 Sidang, tapi letihnya hanya Allah yg tahu. Banyak yang berlaku di belakang tabir untuk. Melalui proses yang panjang, dan bagaimana mahu sync dengan yang lain. Bertindak sebagai menapis comment dan push comment di platform youtube dan dalam dewan, nampak mudah. Tekan-tekan saja. Mudah bukan, ramai saja yang boleh buat. Hakikatnya, final video nanti aku yang kene hadap. Hahaha Editing dari 2 minggu sebelum konvo sudah mula rancak untuk rakaman ucapan graduan. itu pun proses juga. hanya shooting, editing, rendering, checking. Banyak kalau nak cerita. Nanti akan update lagi.



Control comment dan push comment dalam system


Nanti kita sambung lagi. masih di office nak siapkan video untuk guna esok pagi. daaaaaa

Wassalam

1st day of Convocation

 Assalamualaikum. 

Haii, hari ni adalah 1st day convo. Sangat mendebarkan bila sidang yang pertama akan berlangsung. Segala persiapan telah dibuat, mengharapkan yang terbaik sahaja untuk output program hari ini. Kami bertindak di belakang tabir. Selaku editor untuk ucapan graduan. Nampak mudah tapi proses yang panjang. 



Kami bertiga; Syu, me and Piqa


Sidang pertama telah selesai, esok kita akan bersambung lagi untuk sidang 2. 

Wassalam


Welcome Back to Blogspot to Me

 Assalamualaikum and haii.


Lama sudah blog ini tidak di update. Menghampiri akhir tahun 2024, In shaa Allah akan aktif semula untuk menulis. Tidak lah terlalu formal, hanya cerita dan aktiviti biasa yang akan dikenang suatu hari nanti. 



Konvokesyen ke 24 UTHM tinggal beberapa hari lagi. Cantikkan pemandangan ini. 


Selamat jumpa lagi,  Wassalam.