Bulan-bulan terakhir di pineng dah makin terasa. Dapur pun dah kurang berasap. Banyak barang dah packing utk dibawa balik ke Johor walaupun pindah secara beransur-ansur. Masa mula dok pineng, hanya dengan 1 beg dan 1 kotak. Sekarang ni dah lebih dari 10 kotak, dan masih ada yang belum dipacking. So selepas penat bermain ngan kotak-kotak, kita cari la makan sebab dah kelaparan. Sempat pulak tu pi Jusco cari barang kat daiso n makanan kucing..
Takoyaki untuk alas perut sebelum makan malam kat Kuala Juru.
Popia goreng RM 1.50. Isi penuh n masih panas lagi.
Lembut n garing & yang belakang tu cicah sos beli sendiri sebab sos yang ada x kena dengan selera. Mengada-ngada..
Bila dah kat pineng, teringat pulak budak berbulus nih.. Eeeeee comoottttt..
No comments:
Post a Comment