Pages

Salam

Islamic Calender

Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Nampak Body Glider pun jadi la..

Assalamualaikum.

Al-fatihah untuk MH 370. Moga dapat dijumpai. Sejak kes MH 370, bidang kejuruteraan amat sinonim dengan misi pencarian. Hubby nyer research adalah berkaitan dengan AUV (Autonomous Underwater Vehicle). Hubby guna platform Glider. Uni hubby adalah pioneer underwater research group Malaysia. Sejak akhir-akhir ni SV hubby banyak kali dipanggil oleh stesyen tv untuk temubual samada dalam studio, phone call and video call. Tapi kali ini agak xcited sikit, walaupun interview SV tapi background tu nampak la juga apa yang diusahakan selama 3 1/2 tahun ni. I'm proud of u. Selepas ni misi untuk demo kat laut bersama team media astro awani pulak. Moga semuanya berjalan dengan lancar.

 Nampak body tengah je. Kira ok la tu. Tak nampak orang, glider pun jadila .. Kalau nampak penuh dah macam kapal selam mini ada, torpedo pun ada..hehehe

Berita dalam astro awani.

Wassalam.

Didik dalam kenangan

Assalamualaikum.

Seperti biasa, setiap hari lewat jam 5.00 bees akan balik ke rumah MIL untuk beri makan kepada haiwan ternakan. Ooo.. ada orang balik rupanya. Ada 2 BIL balik minggu nih. Masuk rumah jer BIL 1 bg tau.
" Didik dah mati."
" Ya ka". sebak dah dalam hati.
" Abang sampai tengah hari tadi. Bila tengok dalam reban dia dah tak gerak."
"ooo..emmm". Dalam hati dah menangis dah..

 " Didik!!!!Ohh didik.."..
Patutla, semalam masa bg makan dia dah tak nak dekat dengan bees. Dok jauh-jauh, nak pegang pun tak nak, wal hal biasa makan atas tangan kalau dihulurkan jagung. Bela sejak kecik n bagi makan so, memang la dia nih kesayangan MIL, Hubby n bees.

Berebut makanan dengan Ashon..Hahahaha .. Tu la dolo makan sama-sama kongsi, sekarang dah tak nak pulak.

Biawak

Assalamualaikum.

Tajuk nampak macam gerun je. Eeeee biawak.. Lama dah tak nampak biawak kat kawasan MIL. Tapi ia tiba-tiba muncul bila ada anak ayam turun tanah. Dengan lidah terjelir-jelir menyusur kat sebelah tali air. Bees mengintai dari bilik jer, nak tunjukkan muka takut dia lari pulak. Bees kan pencinta haiwan (pencinta la sangatkan wekkk..). Dengan gerak yang perlahan dan nafas yang dikawal ala-ala Steve Irwin (verangannn) pi la skodeng apa agaknya yang dicari oleh biawak tu. Ermm lidah biawak terjelir mesti nak kesan haba yang ada disekitar beliyau..Omai..Omai. Jangan la ko dayang terjah bees. Alamatnya lari satu bilik la..hahahha

 Haiwan zaman purba yang masih kekal hingga hari ini. Adakah sepurba bees..Ermm fikir-fikirkan..

 Mencari mangsa

Ini kalau sekali kena libas dengan ekor dia, mahu tak boleh jalan nih. MC seminggu truss...

Balik Kampung Jumpa Mia

Assalamualalaikum.

Minggu nih dapat balik kampung and dapat jumpa Mia. Inilah anak buah yang paling baru dalam keluarga MIL.

 Damia yang sangat mudah dijaga sebab x banyak ragam. Tinggalkan sorang-sorang pun tak nangis.

Bulatnya mata dia..

6th Anniversary_Australia

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, usia perkahwinan sudah menginjak ke angka 6 tahun pada 1 Jun 2013. Banyak dugaan dan cabaran disambut dengan sabar, tidak mudah melatah, sentiasa muhasabah dan semuanya adalah atas kehendak-Nya. Kami bersyukur atas kebahagiaan ini, walaupun rezeki cahaya mata belum hadir dalam keluarga kecil kami. Doa itu akan terus mengiringi perjalanan meniti hari yang mendatang. Terima kasih Allah atas kurniaan yang telah diberikan kepada kami.


Kerana Sebiji Laici

Assalamualaikum..

Bila suami kata tak usah, maka tak usah lah yer.. Ni kes lawan cakap akhirnya terima padah. Nampak orang makan laici, macam sedap jer terus jer beli walau dah ditegah. Ingatkan dah basuh dan rendam guna air garam ok, tapi akhirnya sakit tekak dan meleret ke demam. Allahuakbar. Haaa tak dengar cakap lagi kan dah kena. Hubby tak bagi makan pun bersebab, ni kes masa intervarsiti kat Terengganu. Makan sebiji batuk n demam, terus tak boleh fokus masa game. Tapi kalau makan yang dalam tin ok pulak. Alhamdulillah masih dapat menikmati walau yang telah ditinkan.


Aku tak pernah jemu

Assalamualaikum.


Kunjungan saban bulan ke GH tak mematahkan semangat bees untuk teruskan perjalanan ni. Manusia hanya mampu merancang. Semuanya telah ditentukan oleh Allah. Berusaha dan terus berusaha. Bunyi-bunyian sekeliling bees anggap bagaikan zikir yang menguatkan semangat ni dari terus terkubur. Bunyi-bunyian ini kalau tak dialihkan pasti merosakkan jiwa. Kesabaran bukan hanya kata-kata yang meniti dibibir sahaja, tapi dari hati yang ikhlas. Sebab tu kita perlu menjaga hati dengan sebaik-baiknya. Aku hanya mampu tersenyum dan terus tersenyum. Moga Allah memberkati perjalanan hidup keluarga kami. Ammeen.

U & ME

Wassalam..

Jagalah lidahmu

Assalamualaikum..


Terkadang, bila kita menuturkan kata-kata jagalah lidahmu. Kerana kesannya amat dalam kepada orang lain. Mungkin bagi kamu ia hanya gurauan, tapi bila melibatkan perkara yang sensitif yang satu, bisa luluh hati. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk umatnya. Kita hanya hamba dan khalifah di bumi yang hanya pinjaman. Menitis lagi air mata ini, pedih..sakitt..


Salam Ramadhan

Assalamualaikum.


Salah Tempat???

Assalamualaikum..
 


Kalo ikutkan gambar kat atas tu, mesti ada orang ingat aku salah masuk tempat.. Ya..ya.. tengok pada bekas tu jer dah tau dahh.. Mana la ada orang jual benda tu kat tempat camnih.. Yer tak??? Hahahahaaa.. abaikan saja la. Orang dah tengok semacam je bila bees bawa benda alah nih.. "Alaaa pakcik-pakcik dan makcik-makcik, jangan la pandang sedemikian rupa. Saya seganla.". Ermm salah ker?? Bees rasa betul la, sudah pasti ini tempatnyer.. Nekad je la.. Kalo tak caya cer tengok gamba kat bawah tuu..

Kesian kan, x der tabung cantik-cantik. Guna jer apa yang ada. Masa nak angkut dari kereta tu, cam tak larat jer. Sib baik opismate baik nak temankan n nak bawakan satu bekas tu.. Tq Ain.. Tabung warna coklat untuk duit seposen. Masuk bank pun buat muke seposen jer bila semua mata memandang.

Yang hijau pulak mewakili duit dua posen. Sib baik tak mengangkut ngan duit lima posen, kalo tak boleh patah pinggang den ni ha..

Nih baru cerita bawa duit, masa kira duit lagi la haru...Errkkk camner nih??? Ini babak kat kaunter plak.
Akak bank : " Nak tukar duit yer?"
Bees : Sengih sambil mengangguk. (Dah macam orang setuju nak menikah jer..Malu) Hahahah udahhhh..
Akak tu pun dengan daya yang ada membawala bekas chomel tu kat meja belakang n mencurahkan segala isi perut yang ada dalam tin tu. Selang beberapa minit..
Akak bank : "Dik, duit tu boleh tinggal kat sini tak? Mesin Stuck la."
Bees : Haa..ermm (memikir sejenak).."ok... Borang ni semua saya dah isi."
Akak bank : " Kalau mesin tu dah ok, saya akan hubungi. Nombor telefon boleh tuliskan dalam borang masuk ni".
Bees : "Ok kak,'. terus jer menulis nombor phone. "Ok kak dah siap. Terima kasih kak.." Bees berlalu dari situ dengan senyuman dan harapan dapatlah tahu total duit tu braper. Tak sabar..

Dalam hati, ' ermmm nih mesti akak ni tak sabar, dia masukkan semua skali duit tu dalam mesin. Jem la mesin tu, bees pernah tengok ada orang buat kat tabung haji. Abang tu kata ngan sipenukar duit tu " dik lambat sikit yer nak kira, tak boleh masukkan banyak-banyak terus dalam mesin nih, nanti tersangkut."... Ooo gitu rupanyer..

Ok lah.. Bersabar itu besar ganjarannya.

Wassalam

Terdengar-dengar lagu ni

Assalamualaikum...

Malam tadi sebelum tidur, terdengar-dengar lirik lagu ni.. ermmm..


Wassalam

Warna warni hujung minggu

Assalamualaikum.

Pagi-pagi dah nanges depan rezeki, tak baik kan....Hati ini kalah lagi... eeerrrmmmmm

 
 
 Tawa dalam tangisan..nangis dalam hati jew..sakit ooo...

Tak pe la, tengahari ni kan balik umah mak.. Sampai-sampai jer kat umah dah ada orang datang. Bukan saper pun, ada cina nak bli durian. Memang tiap-tiap tahun datang nak beli durian. Sebab ada dua pokok memang feberet dia. Dia dah booking dah pokok tu, tapi taun ni buah dia tak banyak. Ermm sian pulak tengok muke dia bila buah durian tu tak banyak. Tak pe la, rezeki tahun depan insya-Allah ada lagi tu. 

Rupanya kak ngah pun ada kat rumah, besttt meriahh.. Pas salam jer, mak soh makan.. Bagaikan orang yang mengantuk disorongkan bantal.. hati mendung tiba-tiba bertukar girang dan riang gembira. Bila buka tudung saji, lagi la senyum sampai telinga.


 Ayam hutan masak ungkep.. Balik ni pun sebenarnyer nak blaja masak ungkep, almaklumlah dah banyak makan semut semua benda lupaa.. Insya-Allah nak masakkan untuk hubby minggu depan sebab da menyebut-nyebut ungkep. siannn


 Hancur niat nak diet... Penuh satu pinggan. ayam masak ungkep+ ikan puyu goreng+sayur kangkung goreng+ air kosong sejukkk..Memang sedapp

 
 Dah lama tak makan ice cream camnih. Macam rainbow..ada coklat+keladi+pandan+vanilla..Singgit jer nih. Siapa kata ice cream ni low class?? silap laaa bezanyer cuma cone yang tak ada bekas cam cornetto tu... Ada tak ice cream singgit tapi rasa macam-macam???..ko ade??? Sib baik abang ni lalu depan rumah time tengah panas-panas camnih.. memang ngam laa...

Alhamdulillah.. balik dengan perut yang kenyang... hahahah bertuah punyer anak..Anak ayah la katakan.. Sayang semua...


Hujung minggu memang seronok

Assalamualaikum..

Memang seronok hujung minggu dok rumah. Banyak kerja boleh buat. Dari dalam rumah hingga ke luar rumah. Pagi-pagi lagi bees dah turun kebawah. Sambung kerja semalam petang yang tak done. habis pokok kaduk belakang rumah kena tebas pagi nih. Kononyer nak buat cover longkang tu, tapi bila da terlalu merimbun rasa semak walaupun kurang sikit bau-bauan yang 'harum' itu. Biasa la kan, duduk kampung kene buat cara kampung.

Habis menebas, bees sambung pula dengan aktiviti menebang pulak. Wahhh dah nak jadi badang ke ape..Hahahaha maner der badang, takat tebang pokok cipu tu ok lagi. Pokok bunga kenanga yang tak berbunga. Harap tinggi je dah jejak bumbung tepi rumah, tapi x der nak bunganyer. Kalo ada bunga baru best. Wangiii jer bauu kann,. Kalau maghrib-magrib bau dia boleh menegakkan bulu-bulu roma kat tangan nih..ekekekek.. Seriauuu... yang seronoknyer, kalau tak tebang alamatnyer bulu telinga bees pulak yang tumbang..ekekekek

Lepas abis bab potong pokok kenanga, bees sambung dengan pokok yang lebihhhh kecikk..Hahahah kalau lagi besar, bees bukan orang yang sesuai nak buat kerja tu. Minta maap la yer, memang la bees orang kampung tapi kedrat tu tak sampai lagi. Kalau dah sampai kedrat tu maknanyer dah boleh masuk pertandingan irongirl Langkawi. Ada ke agaknyer kategori tu?????  Nanti bees minta tolong uda ajarkan camner nak tebang pokok yang lagi besar cam pokok kelapa, durian,  rambutan dll (kecuali kayu balak okkk) Yang tu kena pakai chain saw tak boleh pakai gergaji. Kalau dah macam ni pas ni boleh buat partime tebang pokok.cara..caraa...carraa.. ehh merepek pulak, bees tebang pokok terung la..Hahahahaha kecik jer kann.. Tapi bukan terung warna purple tu, tapi terung pipit. Kalo orang jawa panggil terung pokak.. Ntah kenape nama dia camtu memang aku tak tau la... seriyesss..

Nahh.. habuan dari kerja-kerja arinih memang tak sangka sangattt..

Berbalut tu.. cam cedera parah jer.. Sib baik tangan kiri yang kena..


 Alaaaa.. ciput jerr.. Jauh lagi dari jantung..Hehehe Tapi sakit juga sebab darah meleleh-leleh keluar. Ni kes berangan masa pegang gunting sebab nak kutip terung pokak tu. Teringat kat emak, emak suka terung ni,buat sambal..Ermmm rindunye kat mak..dah sihat ke belum yer??

Alhamdulillah. Aktiviti selesai untuk ari nih. Ok
Wassalam..


Musim durian dah tiba

Assalamualiakum..

Alhamdulillah, musim durian dah tiba. Memang hantuuu laaa..

 Ambooiii..kuningnyer dia..

Nampak macam biasa jer, tapi bila dah rasaa..Waaaaaa pijar wooo.. Tapi bees suke yang pahit2 nih..

Kucing tidur..Ada macam kucing tak?? Memang mabeles laa..

Hari sabtu semalam x-roomate dtg umah nak makan doyan. Alhamdulillah, tercapai juga hajat dia. Lagipun memang da lama tak jumpe sejak lepas bees kawin. contact n FB jer... Tq deqnor sebab sudi dtg umah..Luv U lahh..

Wassalam..

Demam Snow White & The Hunstman And Prometheus

Assalamualaikum..

Minggu lepas hubby balik n ajak bees pi tengok wayang. Lama dah tak tengok wayang. So atas permintaan hubby seminggu dia balik, kami tengok Snow White & The Hunstman dan lagi satu Prometheus. Sungguh-sungguh dia nak tengok prometheus. Sib baik pi ari jumaat malam sabtu, so tak de la rasa letih bila nak pi kerja. Perfect time.

Apa yang pasti bees suka sangat ngan soundtrack for Snow White & The Hunstman. Belum start tayang lagi bees memang suke dengar lagu dia hari-hari. Muke manis tapi suara memang power.


Tapi bila da tengok movie dia ermmm...ok la.. Bila cerita dongeng kanak-kanak dijadikan filem untuk orang dewasa, cam tak puas hati sebab evil queen mati camtu je....What do you expect from this film ha??? Hahahaha... Kematian yang sangat dramatik, ???peperangan yang hebat.???

The best ialah 'Charlize Theron' la apa lagi. Evil queen memang cantik, lebih cantik dari snow white..Macam pelikkan.

" Mirror, mirror in the wall, whose the m********* (ayat kak timah) of them all??"
Hahahahah memang gelak sakannn..

Prometheus plak adalah jawapan camner bleh wujudnyer alien. Almaklumlah dari pengarah yang sama, so nak bg clear la saper mak n bapak alien nih..Ermmm kalau nak tau, pi la tengok citer nih. Fiksyen semata-mata, jangan percaya plak pada benda-benda camni plak..

K Wassalam..

Susulan

Assalamualaikum.

Daripada sesi mengubat yang lepas, bees tak dapat lagi telur ayam kampug tu. Kat umah emak, semua ayam tengah mengasuh anak so x der yang bertelur buat masa ni. Memandagkan hubby balik, kali ni hubby ajak bees pi berubat susulan guna kaedah tradisional. Kawan hubby yang bg tau sebab. Orang tu kawan hubby nyer MIL.

Bees n hubby pi lepas bees abih keja. Kata Mak Cik tu, luka bees tak sembuh lagi. Dia pun kata lebih kurang macam orang ubatkan bees sebelum ni. Mak Cik tu cuma urut perut bees guna air je untuk menggantikan minyak. Dia kata kalau ada kelapangan boleh la datang. Ermm sesungguhnya saya tidak akan putus asa.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 286  yang bermaksud :

" Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."


Wassalam

Air Pasang Besar

Assalamualaikum..

5 Jun yang lepas bees sempat pi pantai kat kawasan umah MIL. Panti minyak beku namanyer. tempat ni tak de la cantik sangat just sesiapa yang nak memancing, memang la ini tempatnyer. Kalau kena lubuk yang betul, banyak la ikan sembilang yang mengena. Wahhh best tu kalau dapat masak asam pedas.
Ehhh stop, lari topik. Hahaha ..
Bees pi pantai ngan hubby. Masa ni hubby cuti seminggu sebab ada urusan kat sinih. Alhamdulillah, seronok rasanyer bila suami ada kat sisi..Hehehehe getiksss.. Malam tu kami pi jalan-jalan tengok laut la. Sampai jer, angin kuat and ombak tinggi. Dengar dari atas pun memang kuat bunyinyer. Lain macam jer, nak kater nak ujan tak jugak. Ooooo baru teringat, kan harini gerhana bulan, so secara automatiknya tarikan graviti adalah tinggi. Fenomena angin dan ombak besar biasanya satahun sekali. Untuk info selanjutnya boleh la google yer.. Jemu plak bila nak menerangkan satu persatu. tak cukup page.

 Berani betul kereta tu harung air pasang. Takut laaa sebab air masin ...

 Sib baik nampak jalan lagi.

 Landing dikawasan yang agak tinggi sedikit.

Model pasang siap..heheheh jangan marah tauuu...

Ok lah..will be back with a new stories..
Wassalam

Bila cuaca panas

Assalamualaikum.

Dah masuk minggu ketiga kat rumah tak hujan. Ya Allah, bahangnyer sangatlah terasa. Ini baru didunia, Ya Allah kau lindungilah kami semua dari panas api neraka-Mu, Ya Allah.
Tekak rasa kering sangat bila balik kerja nih. Ermmm tegok2 kat fridge ada haaaa..mesti best bila letak ice..

 Ini lah hasilnya dari siri penggeladahan fridge...Hahahaahaha

Dah ada air, makan pun harus ada juga. Cendawan goreng.. Cendawan goreng ngan saya memang tak dapat dipisahkan.

K lah, nak melayan tekak nih. See yaa..
Wassalam

Minggu Yang Sesak

Assalamualaikum..

Minggu ni memang sesak, sesak dengan kerja ngan aktiviti hujung minggu. Kerja usahlah cerita, urusan dirumah juga boleh tahan kencangnya. Minggu ni MIL adakan kenduri Yassin, Tahlil dan Doa Selamat untuk seluruh ahli kelaurga Mana yang nak periksa, mana yang kurang sihat, mana yang ada masalah @ kerumitan, mana yang dah tiada, doa Insya-Allah tak akan putus. Biasa la, bila jadi tuan rumah memang agak kebizian. Family besar memang macam tu, meriah dengan gelak tawa abang2 ipar, biras2 serta anak buah sekalian. Semuanya bertungkus lumus nak menjayakan majlis kenduri ni.

Bila tengok anak2 buah semua dah besar2 panjang. Ada yang umurnya beza x de la jauh sangat, dalam 6, 7 or 8 tahun je. Ermmm nampak sangat bees ni kecik lagi walaupun badan x de la kecik manapun. Hahahaha (gelak menyampah nak dengar).

Ermm x larat la nak cerita lagi, next time insya-Allah kalau ada idea yg bernas akan disambung coretan ni.

Wassalam

Happy 5th Anniversary

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sudah menginjak ke angka 5. Banyak kisah suka dan duka dihadapi dan diselesaikan bersama. Rasa kasih dan sayang semakin menebal. Alhamdulillah atas diri ini kerana dikurniakan seorang suami yang amat mengasihi dan membimbing diri ini untuk menjadi seseorang (isteri yang taat kpd Allah dan suaminya. Insya-Allah).
The best part, pagi tadi bila bees lepas selesaikan apa yang patut, hubby pun bangun.(kesian sebab baru sampai dari NT. Jem teruk katanyer, 2 jam tak gerak sebab ada xcident kat highway). Hubby tunjukkan kotak n kad atas meja solek. Wahh senyum sampai telinga n air mata dah nak start jatuh. Controll..controll.. Baca kad n buka kotak la apa lagi. Alhamdulillah.. sebagai tanda kenangan 5th katanyer.. Memang sangat cantik..Speachless..

 Apakah ini..

 Berseri-seri


 Ehh..cantikla kertas-kertas nih.. Apa agaknyer kat dalam tu yer???


Alhamdulillahh..Wahhh... chanteqqqq..


My buah hati & my nyawa

 May Allah bless our familiy ( Inysa-Allah ada rezeki bertambah ahli keluarga tahun hadapan ). Doakan kami.
Wassalam..