Assalamualaikum.
Ramadhan tahun ini, vibe yang sangat berlainan. Sunyi.. sepi.
Semua Pergerakan Dan Perjalanan Manusia Dibumi Yang Penuh Dengan Nikmat Yang Telah Diberikan Oleh Allah Haruslah Disyukuri Dan Jangan Sesekali Kufur Atas Nikmat Itu.
Assalamualaikum.
Tahun 2025 telah melabuhkan tirainya. Penuh dengan ujian dan air mata. Kehilangan seseorang yang amat penting dalam perjalanan hidupku. Hilang insan yang mengandungkan ku selama 9 bulan. Hilangnya hanyalah kembali kepada Sang Pencipta. Alhamdulillah, dapat menemani hingga jam 2 pagi. Jam 3pagi, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital. Seakan langit gelap berada dihadapan. Fikiran seakan melayang. Tangisan memenuhi ruang lobi hospital. Langkah yang laju sebelum ini jika menemani bermalam dihospital, tapi hari ini terasa kaki ini tidak mahu melangkah. Bukan tidak boleh menerima kenyataan, tapi aku hanya manusia biasa yang cuba sedaya upaya menerima hakikat itu. Terima kasih Bonda atas segalanya yang telah diberikan kepada anakanada sepanjang hidup ini.
Assalamualaikum.
Masuk saja tahun baru, banyak aktiviti yang belum sempat di update. Akhir Januari menyantuni anak-anak TBAG yang akan tamat pengajian, LI, LM dan ada yg bekerja. Alhamdulillah, bonding TBAG adalah sangat baik. 29 Januari kumpul-kumpul bersama untuk berbeque. Dari prep, memasak, membakar, makan dan menonton sama-sama. Sembang-sembang hingga larut malam, banyak cerita dikongsi, sambil kenal-kenal dengan lebih dekat lagi dengan TBAG. Moga mereka semua tetap kekal bersahabat dengan baik.
Assalamualaikum.
Minggu ni penuh jadual konvokesyen. Walaupun hanya 6 Sidang, tapi letihnya hanya Allah yg tahu. Banyak yang berlaku di belakang tabir untuk. Melalui proses yang panjang, dan bagaimana mahu sync dengan yang lain. Bertindak sebagai menapis comment dan push comment di platform youtube dan dalam dewan, nampak mudah. Tekan-tekan saja. Mudah bukan, ramai saja yang boleh buat. Hakikatnya, final video nanti aku yang kene hadap. Hahaha Editing dari 2 minggu sebelum konvo sudah mula rancak untuk rakaman ucapan graduan. itu pun proses juga. hanya shooting, editing, rendering, checking. Banyak kalau nak cerita. Nanti akan update lagi.
Control comment dan push comment dalam system
Nanti kita sambung lagi. masih di office nak siapkan video untuk guna esok pagi. daaaaaa
Wassalam
Assalamualaikum.
Haii, hari ni adalah 1st day convo. Sangat mendebarkan bila sidang yang pertama akan berlangsung. Segala persiapan telah dibuat, mengharapkan yang terbaik sahaja untuk output program hari ini. Kami bertindak di belakang tabir. Selaku editor untuk ucapan graduan. Nampak mudah tapi proses yang panjang.
Kami bertiga; Syu, me and Piqa
Sidang pertama telah selesai, esok kita akan bersambung lagi untuk sidang 2.
Wassalam