Pages

Salam

Islamic Calender

Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Suami Aku Ustaz

Assalamualaikum..

Minggu lepas dapat habiskan novel ni dalam tempoh satu hari. novel yang banyak menunjukkan sifat kesabaran dan nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dalam hidup seharian.

Memang best buku nih..

***
semalam kat umah ayah ada terjumpa seseorang macam karakter dalam novel nih. Kalau la ada adik, memang dah kenenkan ngan dia..miahahahahaha..

Wassalam

Adam & Hawa



ADAM & HAWA
By
AISYA SOFEA

Sinopsis


Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabakan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuan tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menhitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar dihatinya. Ah… Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memmang di doakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?

Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagaikan berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertangggung.

Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi…

Ulasan


Tools & Technique



Present dari hubby..

Sherlock Holmes

Assalamualaikum.

Bulan ni tiba-tiba rasa nak beli novel english. La dah rasanya tak membaca novel english. Biasa beli buka malaysia je. Ubah selera sikit. Yang Lepas baru beli Holmes Affair ngan Whitechapel Horor..Baru start baca Holmes Affair.



Ombak Rindu

Assalamualaikum.

Gara-gara ada movie ni kat wayang, bees menyelongkar balik koleksi novel. Dulu ada beli novel nih. Cari punya cari, punggah punyer punggah, tak jumpe plak. Mana pigi ini buku haa...Hadoiii ni yang tak suka ni, dah baca sila la pulangkan kembali. Memandangkan rasa cam tak best je bila ada buku yang tak dijumpai, makanya bees beli lagi buku ni. Hahahaha sengalll...

Kasih Yang Suci

Assalamualaikum.

Hari ni upload lagi buku saya yang telah dibeli dan dibaca.


 
KASIH YANG SUCI
By
MEEN ZULAIKHA

Sinopsis

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepad sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang mula dari cinta pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagaikan baying-bayang yang tak dapat dipegang.

“ Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua,” tegas Seth.

Tapi mengapa Elenan menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Seth lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya redha menerima cinta Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itu syurganya di akhirat nanti.

Ulasan

Mesti baca.

Sayangku Merajuk

Assalamualaikum

Semalam baru beli, tapi tak habis baca lagi. Harap2 best la cerita ni.

Sayangku Merajuk

Bulan Madu Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termetrai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara?

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahirkembali demi memburu sekeping hati sedingin Iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Uda & Dara - Memang mantap

Assalamualaikum...

Minggu ni bees sempat meghabiskan baca novel agak lewat sikit. Tak khusyuk seperti selalu. Biasanya akan habis dalam tempoh satu hari sahaja. Tapi kali ni, novel ni hanya dapat dihabiskan dalam tempoh masa 3 hari. Lamanya kann...Walau cerita amat simple tapi garapan dari Aisya Sofea menjadikan ianya nampak padat. Tak jemu nak membaca. Susunan ayat yang ditampilkan amat bijak sekali.
Beberapa kali air mata bees mengalir disebabkan terbuai dengan watak Mar (Siti Mariam). Kasih yang dipupuk sedari kecil tidak pernah putus hingga dewasa. Walaupun cuba menafikan lantaran terguris hati dengan kata-kata yang pernah dilemparkan kepadanya, namun dengan kelembutan dan kasih yang terpancar luhur dari hati seseorang yang amat dikasihi (Izzat Hilman) akhirnya dia akur.
Pelbagai ranjau yang harus diharungi untuk mengecap kebahagiaan berkeluarga. Konflik yang hadir sebelum dan selepas berkeluarga amatlah hebat. Permasalahan yang datang dari kedua-dua pihak makin menyemarakkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain. Izzat Hilman mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi manakala Siti Mariam hampir mengalah dengan dugaan dan ujian yang datang namun sikapnya yang sayang pada keluarga merubah semuanya. Mendung berarak pergi dan muncul pula sang mentari mewarnai rumahtangga yang dibina. Alhamdulillah

Itulah antara rentetan dari novel Uda dan Dara. Memang best giler bees membacanye. I give 5 Star for this novel. Tersenyum sendiri bees dengan novel ni..


 
UDA & DARA
By
AISYA SOFEA

Sinopsis

Sudah sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Nariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si Uda tidak putus asa. Si Dara harus dimiliki walau apapun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu disebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namaun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan saying pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka.

Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Maria meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad!

Berat sungguh syarat itu! Namun, si Uda tidak peduli. Si Dara perlu akur cinta sejati ereka. Bagi Izzat Hilman, jdohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“ Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Wassalam.

Bukan Hanya Sesaat

Assalamualaikum

Cintamu Cintaku Satu

Assalamualaikum..